Grab the RSS feed

Slumdog Millionaire

Slumdog Millionaire

Hah nie teman nak kabo dekat kome semua pasei satu filem hebat nie...

Tajuknya : Slumdog Millionaire

Sinopsis : Mengisahkan seorang remaja, Jamal (Dev Patel) yang sedang bertanding di dalam satu rancangan game show 'Who Wants To Be A Millionaire' yang dipengacarakan oleh Anil Kapoor. Dalam memberi jawapan kepada setiap soalan, filem ini akan membawa kita mengimbas kembali perjalanan hidup Jamal dari kanak-kanak kecil sehinggalah dia menyertai rancangan game show tersebut di mana jawapan-jawapan itu dapat dia jawap berdasarkan pengalaman hidupnya. Dia menceritakan pengalaman hidupnya kepada seorang anggota polis yang menahannya atas dakwaan menipu.

Yelah, bagaimana seorang yang tidak mendapat sebarang pendidikan, berasal dari kawasan setinggan, dan juga hanyalah seorang chaiwalla (aku rasa maksud chaiwalla nie pembantu peribadi yang menghidangkan teh) di sebuah pejabat telefon mampu menjawab semua soalan yang terdapat di dalam game shoe tersebut dia tahu jawapannya. Tetapi tidaklah semua soalan. Ada 3 soalan yang dia memang tidak tahu antaranya apakah maksud lambang yang terdapat pada bendera India, pasal pemain kriket dan juga nama seorang lagi musketeer selain arthos dan porthos. Soalan2 tue jamal terpaksa menggunakan talian hayat. Malah dia juga tidak tahu gambar siapakah yang terdapat pada not wang 1000rupees India.

Pandangan aku yang tak berapa orang nak pandang: Pada aku, ceritanya sama sahaja dengan citer bollywood yang lain iaitu bertemakan kisah percintaan dan juga kehidupan orang India kaya menindas yang miskin. Yang bezanya ia adalah hasil arahan pengarah Hollywood dan tiada adegan nyanyi-nyanyi-tari-menari. Tapi aku tidak tahu sama ada ia adalah kerana hasil pengarah atau penulis skrip tetapi makanya cerita ini adalah sedikit kelainan yang aku tidak tahu gambarkan tetapi ia menarik aku untuk menontonnya dari awal sehingga habis (did i mention that there is a blackout at my college for nearly 1 hour in the middle of the film?).

Tetapi bagi aku, cerita ini memang bagus untuk ditonton kerana ia bukanlah cerita Bollywood yang klise di mana Lathika (Freida Pinto) memakai pakaian seksi walaupun dia terlibat di dalam kegiatan yang tak senonoh, atau ketiadaan scene tarian atau mungkin hanya aku aje yang merasakan filem ini best. Whatever it is, you need to see this film by yourself in order to know what it it really about.

Tengok dulu baru tau sama ada cerita itu best atau tidak. Kalau best, katakan best. Kalau tidak, katakan tidak. Pandangan mengenai sesebuah filem itu ialah subjektif di mana tiada satu jawapan tepat akan kita dapat. Selera setiap orang adalah berbeza dan selera aku kuat mengatakan yang aku nak makan nasi lemak kukus pasar malam hari nie.

Dev Patel as Jamal

Freida Pinto as Lathika


Jamal masa kecil (tgh berak)

Jamal, Lathika, Salim

Jamal in the game show with Anil Kapoor

Ending: Jamal n Lathika

0 comments:

  •