Grab the RSS feed

A Hectic Week

Minggu nie memang minggu yang sangat hectic bagi aku dan juga orang2 di sekeliling aku...sebabnya ada assignment falsafah pendidikan yang sangat menguji jiwa dan raga semua para pelajar yang mengambil subjek tersebut...

Dan kerana subjek tersebut aku merasa tertekan....tertekan bukan kerana nak menyiapkan assignment di last-last minute tetapi tertekan dengan groupmates yang hanya mengambil sikap sambil lewa...groupmates yang tidak memberikan komitmen terhadap kerja berkumpulan itu...apapun aku dah settled down sekarang nie...aku dah cool down...

Apapun aku sangat bersyukur kerana aku berjaya menyiapkan assignment itu berbantukan kengkawan aku yang lain yang kebetulan kena hantar assignment tue pada hari yang sama...kami buat sesama, perah otak sesama, saling 'copy n paste'....sebabnya lecturer kami tak sama maka memberikan peluang kepada kami untuk saling 'copy n paste' kerja masing-masing...thank god for getting me a really nice friends, roommates and housemates yang saling memahami masalah masing-masing....

Buat pengetahuan korang semua, rumah aku nie sentiasa menjadi tumpuan semua orang...sentiasa akan ada tetamu yng berkunjung sama ada untuk membuat assignments, melepak, berborak, bergosip mahupun yang hanya untuk mempau rokok...plus rumah aku nie jugak menjadi sarang-sarang penagih untuk melihat movies...sebabnya roommates aku ade desktop plus with a great speaker...just like Raais masa kat Kolej Cemara dulu...what a experience

Dan minggu nie boleh dikatakan atas meja makan paling kurang akan ada 3 bijik laptop....yang paling maximum pernah ada 8 laptop kat atas meja makan aku nie plus sebiji desktop...giler tak giler...berselirat wayar-wayar....pepun i don't mind cos more is merrier...

Aku Stress

Aku stress...

Stress ngan groupmates...

Assignments berkumpulan membuatkan aku stress...

Aku stress...

Bila groupmates tidak memberikan komitmen...

Sedangkan aku dah siapkan separuh dari assignment tersebut...

Aku stress...

Stress mengenangkan masih ada banyak baki pengajian perlu dihabiskan...

Ia bermakna masih banyak assigment berkumpulan perlu disiapkan...

Public Speaking


Hari nie aku kena buat public speaking...untuk kelas Bahasa Inggeris la kan...for some people, they might said that for someone that understands every words that our lecturer said, he might be great in public speaking...but the truth is - it was not!!

Walaupun aku boleh bercakap, bertutur, membaca dan memahami Bahasa Inggeris dengan mudahnya namun apabila tiba giliran untuk berucap di depan kelas seorang diri, aku akan panik, aku akan jadi kaku...bukan setakat bahasa Inggeris tetapi benda nie tetap terjadi pada aku skeiranya aku berada dalam kelas Bahasa melayu, atau dalam kelas Bahasa Urdu sekalipun aku nak terangkan dan tekankan yang aku tak boleh berucap depan orang ramai....

Jadi, hari nie sudah tiba giliran aku untuk memberi ucapan...teks ucapan sudah aku siapkan 2 minggu yang lalu...dan hanya pada pagi tadi aku menghafal teks ucapan tersebut dengan alasan yang diberikan kepada diri sendiri ialah kalau hafal awal2 aku akan lupa nanti (baca:sebenarnya malas nak hafal)...dan slides show yang akan membantu aku membuat public speaking aku siapkan pada pukul 3 pagi tadi....5 minit sebelum aku masuk tido...

so petang tadi seusai aku makan tengahari, aku terus melangkah ke motor untuk merempit ke kelas (baca:aku makan kat Bitarasiswa yang hanya 15 minit berjalan kaki ke kelas tetapi sebab malas maka aku merempit ke kelas)...degupan jantung aku rasa sudah nazak....aku semakin panik....untuk menghilangkan aku pegi legakan isi kandungan perut aku dulu...kemudiannya, pensyarah aku sampai ke kelas diikuti para pelajar (baca:para pelajar datang ke kelas lebih lambat dari pensyarah)...maka waktu yang ditunggu pon tiba dengan dimulai pelajar pertama, pelajar kedua dan seterusnya....aku pon sudah lupa bilangan aku apabila tiba-tiba nama aku dipanggil untuk berucap...

aku pasangkan slides show di screen dan dengan lafaz Bismillah, aku mulakan ayat aku 'Ladies n Gentleman....'

aku tidak sedar apa yang aku ucapkan...yang aku sedar bila ada tepukan kedengaran menandakan ucapan aku sudah habis...tangan ku kebas...tapak tangan ku berpeluh...aku terus kembali semula ke tempat duduk...

dan hanya itulah yang berlaku...aku tidak tahu apa yang aku ucapkan...sedar-sedar aja sudah habis ucapanku...

Slumdog Millionaire

Slumdog Millionaire

Hah nie teman nak kabo dekat kome semua pasei satu filem hebat nie...

Tajuknya : Slumdog Millionaire

Sinopsis : Mengisahkan seorang remaja, Jamal (Dev Patel) yang sedang bertanding di dalam satu rancangan game show 'Who Wants To Be A Millionaire' yang dipengacarakan oleh Anil Kapoor. Dalam memberi jawapan kepada setiap soalan, filem ini akan membawa kita mengimbas kembali perjalanan hidup Jamal dari kanak-kanak kecil sehinggalah dia menyertai rancangan game show tersebut di mana jawapan-jawapan itu dapat dia jawap berdasarkan pengalaman hidupnya. Dia menceritakan pengalaman hidupnya kepada seorang anggota polis yang menahannya atas dakwaan menipu.

Yelah, bagaimana seorang yang tidak mendapat sebarang pendidikan, berasal dari kawasan setinggan, dan juga hanyalah seorang chaiwalla (aku rasa maksud chaiwalla nie pembantu peribadi yang menghidangkan teh) di sebuah pejabat telefon mampu menjawab semua soalan yang terdapat di dalam game shoe tersebut dia tahu jawapannya. Tetapi tidaklah semua soalan. Ada 3 soalan yang dia memang tidak tahu antaranya apakah maksud lambang yang terdapat pada bendera India, pasal pemain kriket dan juga nama seorang lagi musketeer selain arthos dan porthos. Soalan2 tue jamal terpaksa menggunakan talian hayat. Malah dia juga tidak tahu gambar siapakah yang terdapat pada not wang 1000rupees India.

Pandangan aku yang tak berapa orang nak pandang: Pada aku, ceritanya sama sahaja dengan citer bollywood yang lain iaitu bertemakan kisah percintaan dan juga kehidupan orang India kaya menindas yang miskin. Yang bezanya ia adalah hasil arahan pengarah Hollywood dan tiada adegan nyanyi-nyanyi-tari-menari. Tapi aku tidak tahu sama ada ia adalah kerana hasil pengarah atau penulis skrip tetapi makanya cerita ini adalah sedikit kelainan yang aku tidak tahu gambarkan tetapi ia menarik aku untuk menontonnya dari awal sehingga habis (did i mention that there is a blackout at my college for nearly 1 hour in the middle of the film?).

Tetapi bagi aku, cerita ini memang bagus untuk ditonton kerana ia bukanlah cerita Bollywood yang klise di mana Lathika (Freida Pinto) memakai pakaian seksi walaupun dia terlibat di dalam kegiatan yang tak senonoh, atau ketiadaan scene tarian atau mungkin hanya aku aje yang merasakan filem ini best. Whatever it is, you need to see this film by yourself in order to know what it it really about.

Tengok dulu baru tau sama ada cerita itu best atau tidak. Kalau best, katakan best. Kalau tidak, katakan tidak. Pandangan mengenai sesebuah filem itu ialah subjektif di mana tiada satu jawapan tepat akan kita dapat. Selera setiap orang adalah berbeza dan selera aku kuat mengatakan yang aku nak makan nasi lemak kukus pasar malam hari nie.

Dev Patel as Jamal

Freida Pinto as Lathika


Jamal masa kecil (tgh berak)

Jamal, Lathika, Salim

Jamal in the game show with Anil Kapoor

Ending: Jamal n Lathika

Mati Hidup Kembali



Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Chorus:

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Kesengalan Terserlah

Hari nie hari terakhir Karnival Ilmu a.k.a Hari Terbuka KAB...dan malam nie adalah malam penutup...sat lagi aku sebagai urusetia kena turun pi buat keje...

Malam penutup sat gi nie ada artis Waheeda ngan Akhil Hayy...oleh sebab i have no interest in both the singer, so i'm not soo excited to meet them...unlike my other friends who really want an autograph from the artists...

Sepanjang 4 hari karnival nie berlangsung, memang terasa meriah sangat kolej aku nie yang berada 'out of nowhere'...ader pelbagai gerai jualan sama ada makanan, minuman, produk kesihatan dan juga pakaian....linguaphone pon dok bukak satu gerai kat sini...

dan aku? busy melepak menunggu mendapat kerja...walaupun aku urusetia tapi aku bahagian persiapan tempat...maksudnya aku hanya ada kerja apabila sesuatu program nak bermula dan berakhir...di antaranya tue aku tak buat apa2...

itu ajela

hah nie aku nak citer pasal kesengalan aku semalam...pagi semalam aku ada kelas kokurukulum...macam biasa nak merempit la gi kelas...so macam biasa turun nak gi kat motor, ader mamat nie pandang aku...so aku ingat dia terpegun ngan kehenseman aku la...pastu kat gelanggang sepaktakraw ada ramia orang sebab kejohanan sukan terbuka...bila aku lalu je ngan motor aku, semua orang toleh tengok aku...pon aku tak heran sebab motor aku bunyi enjinnya kuat...

pastu nak kuar gate kolej ader pondok guard...macam biasa aku angkat la tangan kat pak guard tapi pak guard tue tak pon balas tangan dia tapi jeling semacam aje kat aku...takpala aku ingat dia gaduh ngan bini dia la kot...

pastu rempitla ke uni...after dalam 4 kilometer ke 5 kilometer dari kolej ada la bus stop dan ader orang kat situ tgh tunggu bas...semua pon tengok aku dan ada sorang tue geleng kepala...aku pon bertambah la pelik...tetiba aku teringat apsal ramai sangat tengok aku hari nie...

then aku terasa apsal la kepala aku ringan sangat...pastu rasa rambut aku mengerbang...YA ALLAH, AKU TAK PAKAI TOPI KELEDAR....

huih giler ko dah 4 @ 5 kilometer aku naik motor tak pakai topi keledar...aku dah cuak giler dah...then terusla buat u-turn balik ke kolej...nasib baikla polis takde...sebab kat tempat aku buat u-turn tue selalu polis buat road block...mungkin dah nasib aku semalam...

masa balik kolej tue, aku lalu depan court sepaktakraw sekali lagi...ada akak tue gelak kat aku...kurang asam boi punya akak tu...sabor ajela...

maka itulah kesengalan aku semalam...

Busy Busy Busy


Masya'allah aku sangat busy minggu nie...

hari nie dah hari rabu...ada assignment nak kena hantar tengahari nie tapi alhamdulillah dah siap minggu lepas...

petang nie aku ada test Matematik Diskrit...bab 1 dan bab 2..bab 1 bagi aku ok cuma bab 2 tue agak kepayahan sikit...pepun aku dah prepare masa weekend so tak risau sangat dah...

esok aku takdak kelas...tapi aku mungkin akan terperap kat library untuk siapkan assignment subjek falsafah dan dasar pendidikan...due date nyer senin depan dan aku tak siapkan apa lagi...nak 20-25 pages so i'll struggle to finish it...but thank god i already have all the material i needed and i've done the draft...just tinggal taip sajor...

pastu esok juga akan start Karnival Ilmu KAB a.k.a Hari Terbuka...khemah semua dah pasang kat kolej aku nie...dah start meriah dah dengan student2 yang terlibat dah mula bergerak membuat latihan dan persiapan...termasukla aku...kalau tiada aral melintang aku terpaksa-rela untuk menjadi master of ceremony or mc on friday evening for a talk regarding Palestine...oh my god...

Untuk sabtu, paginyer aku ada kelas ko-kurikulum...dan petangnyer aku kena jaga gerai jualan untuk unit kiosk...rasanya sepanjang petang sabtu tue aku kena bertugas...

dan akhirnya ahad..hah setakat nie aku takde tugasan yang perlu dibuat pada hari ahad tue melainkan siapkan assignment aku yang due hari senin...

nie pon hari nie aku akan start buat assignment aku...dengan stay kat library...why library if you ask me? because internet connection there are fast plus dengan katil takde sebab untuk memanggil-manggil aku untuk landing di atasnya.

Puteri Sakdung + Hari Terbuka

Pernah tengok teater?
Aku dah pernah...

For the first time i got to watch a teater...teater bangsawan lagi ko...
Sabtu lepas, aku yang tak pernah tengok teater nie teringin sangat nak pergi...actually dah seminggu dah aku asyik ajak bebudak nie gie tengok teater tu tetapi semua pon busy but then hari sabtu malam tue akhirnya kitaorang gie jugak tengok...

Tajuk teater tue, Puteri Sakdung....di pentaskan di Panggung Budaya kat universiti aku yang tersohor nie (tersohor la sangatkan)...hasil gabungan para pelajar dan staf-staf Fakulti Seni dan Muzik kat uni aku nie ditambah dengan penglibatan sebuah kelab warisan bangsawan dari luar, memang teater tue sangat mantap...walaupun masih ada beberapa kesilapan yang mencacat-cela kan persembahan tersebut namun keseluruhannya aku masih bagi standing ovation kat para pendokong watak dalam teater tue...

Tapi sebagai orang yang pertama kali menonton teater, mungkin aku masih tak tahu akan rupa bentuk teater yang sempurna...adakah seperti teater Puteri Gunung Ledang?

dan di antara babak teater tersebut, diselitkan persembahan tarian dan nyanyian yang memukau jiwa...malah lagi sedap daripada nyanyian para pelajar AF...

Oh did i mention that Aisyah, the powerful singer also watched the teater with me?...yeah yeah yeah she might be not sitting beside me but in the same hall with me...and guess what? i think there is at least 2000 people watched the teater with me...memang tak cukup tempat duduk, terpaksa duduk kat tangga...

apa-apa pun, i'm proud to say i've been to a Teater

then petang semalam, boring-boring tak tau nak wat apa, aku ajak (asyik aku aje ajak, nampak sangat aku suka keluar berjalan-jalan) bebudak rumah aku gi merempit kat satu tasik dekat aje ngan kolej aku nie....hajat dihati nak main kayak kat tasik tu...tapi tengah jalan hujan rintik plak...so tukar plan kitaorang gi Hari Terbuka KHAR, salah satu kolej kat uni aku nie...macam biasa ada gerai2 jualan baju, cenderamata, produk kecantikan dan makanan-makanan la of course...selain tue ada jugak persembahan artis, forum perdana, dan lain-lain la...tapi banyak aktivitinya menjurus kepada wanita...almaklumlah lelaki kat universiti aku dah pupus...


My College

Kalau minggu nie Hari Terbuka KHAR, minggu depan a.k.a start Khamis nie sampai ahad adalah hari terbuka kolej aku yang terchenta nie plak...pelbagai aktiviti2 telah disusun, pelabagai gerai jualan akan dibuka...dan pelbagai program akan dijalankan...so marilah beramai-ramai ke kolej aku, Kolej KAB...dan sepanjang Hari Terbuka KAB nie, aku busy...mana jadi ajk persiapan tempat, nak jaga gerai jualan lagi, pastu ada kemungkinan jadi mc (although i don't think i'll be called)...and mind you that on monday i have an assignment to send....die la me like this...

Cuti Day


Hari nie hari cuti bagi aku...bukan hari nie aje tapi tetiap minggu hari khamis...

asalnya hari jumaat pon aku cuti tanpa mempunyai kelas tetapi coursemates aku yang lelain yang bijak tapi kurang cerdik telah memilih hari jumaat pukul 11-12 tengahari untuk diadakan kelas Discrete Mathematics...betapa aku terpaksa bersetuju namun dalam hati aku *&^%&$&*#%Y$....macam takde hari lain nak pilih...tapi aku masih bernasib baik mereka memilih pagi jumaat instead petang jumaat...kalau petang jumaat, wajib aku *^%%$@&%$ depan muka sorang-sorang...

plan nak siapkan assignment subjek Falsafah dan Dasar namun jauh di dasar hati aku tahu yang hari ini cuma akan berlalu begitu sahaja...

sabtu nie pula macam biasa ada kelas ko-kurikulum...betapa aku tertunggu-tunggu kelas pada sabtu ini agar aku dapat release tension dengan mendengar celoteh pensyarah di dalam kelas itu yang mampu menggeletek bulu ketiak aku sehingga menjadi kerinting...

cuma pada hari ahad agak membuat aku tension...sepatutnya aku balik ke kg pada petang sabtu sebab hari ahad kan thaipusam maka otomatiknya senin cuti...kan dapat 3 hari cuti...tetapi uni aku yang gah (gah la sangat) telah membuat program kecemerlangan akademik pada tengahari ahad tue dan aku diwajibkan hadir(cuba teka? sebab aku cemerlang ke sebab aku tak cemerlang) makanya kalau aku nak balik kg, aku kena balik pada petang ahad dan kembali ke kolej pada petang senin...huh buang masa dan duti aje aku balik kalau setakat dapat semalam aje tido ngan mak aku...

pastu kalau aku balik, for sure la aku tak studi...giler ko...minggu depan senin cuti, selasa aku ada test untuk subjek killer, pastu rabu ada satu test lagi yang membunuh plus ngan satu assignment yang nak kena hantar...nasib baik assignment tue celah gigi aje aku buat...

pepun minggu depan memang akan menensionkan aku...so 99% aku takkan balik kg dan hanya 1% sahaja aku akan balik kg...tapi mana tahu...siapa tahu...kalau aku akan amik 1% tue...

----------------
Now playing: Kangen Band - Kembali Pulang
via FoxyTunes

Assignment...

Skang nie kat kolej aku nie sentiasa sejuk aje...bukak kipas pon paling tinggi no 3...kalau semester lepas, hah amik kalau ada n. 10, no 11 aku bukak...panas ya amat...tapi sejak masuk semester baru nie...pindah masuk rumah baru nie...asyik rasa sejuk aje...bukan setakat masa malam ngan pagi aje, waktu tengahari buta pon rasa sejuk aje dok dalam rumah...takde angin yang bertiup pon tapi rasa sejukla...best gilos...kalau waktu malam kadang-kadang tak bukak kipas pon...

hari nie negeri aku nie cuti...cuti sempena perayaan jubli emas sultan negeri aku nie memerintah jadi sultan...so hari takde kelas...aku tido aje la...tapi takde la sampai tak bangun dari katil, melampau la tue... ingat badak ape tak reti-reti bangun tido...

skang nie assignment aku adela 2-3 yang dah siap...semuanya assignment individu...yang tinggal skang assignment kumpulan...memang aku tak gemor buat assignment kumpulan sebab akan melembabkan keja aku...tension woo nak bekerjasama dalam kumpulan nie...walaupun kadang2 yang dalam kumpulan tue kawan baik sendiri tapi belum tentu lagi kerja yang dia buat tue akan memuaskan hati kita...so tue tak termasuk lagi mereka mereka yang kita tak kenal tapi terpaksa menjadi ahli kumpulan...wuii mencabar zahir dan batin aku nie...itu yang bley menyebabkan aku dapat stress nie...

pepun aku tetap berusaha yang terbaik untuk mendapat keputusan yang terbaik...alhamdulillah masa semester 1 aku dah dapat result yang ok...moga-moga semester 2 nie aku dapat keputusan yang lebih baik...