Grab the RSS feed

Pusing-pusing Cari Mekanik

Hari nie aku dah plan nak gi KL tgk wayang ngan member aku...destinasi adalah Cineleisure Damansara....berbekalkan kereta kawan aku yang keretanya sungguh otai, kami berlima memulakan perjalanan tanpa doa....

dari TG. Malim ke plaza tol Kota Damansara adalah lancar tanpa masalah...gua sangat respek dengan kuasa kereta member aku ini untuk memecut walaupun kalau ikut ic kereta ini, ia sepatutnya sudah menopous...

keluar dari plaza tol, kereta member aku berjalan perlahan...bukan kerana ia semput tetapi kerana manusia-manusia lain pon sebok nak guna jalan itu jugak...maybe diaorang pon nak gi tgk wayang macam aku jugak kot...so kereta yang aku pandu bergerak dengan sangat perlahan...

tetiba...poofff....keluar asap dari enjin....gua yang panik terus kejutkan tuan punya kereta yang tengah sedap membuat taik mata di kerusi belakang...terus bagi signal ke kiri dan tekan punat lampu emergency...semua member aku turun tgk apa yang menyebabkan berlakunya letupan asap sebentar tadi....rerupanya wayar kipas enjin sudah short dan terbakar...

tuan punya kereta mengarahkan aku untuk pusing kat kawasan itu mencari kedai baiki kereta...dengan patuh gua pon pandu kereta yang kipas enjinnya tidak berfungsi mencari kedai baiki kereta....

nasib baiklah jumpa dan keputusannya kena tukar motor kipas tue...selepas 3 jam tersadai di kedai itu, kami pon memulakan perjalanan ke Cineleisure Damansara yang kurang 10 minit dari situ...

alhamdulillah berjaya jugak kami berlima tengok wayang citer The Twilight Saga: Eclipse yang telah membuatkan aku terlelap selama 5 minit tanpa berdengkur disebabkan oleh jalan ceritanya yang perlahan...

0 comments:

  •