Grab the RSS feed

Aku Ingin Berubah

Hari nie dah masuk hari kedua Ramadhan untuk tahun 2010...Alhamdulillah hari pertama Ramdhan tahun aku nie aku berjaya lalui tanpa masalah, sama seperti tahun2 lepas...

skang nie dah pukul 2 pagi...aku masih tak boleh tido...dan pukul 5 nanti nak kena bangun untuk bersahur pula...boleh aja kalau aku tidak mahu bersahur tapi aku lebih suka untuk bangun bersahur walau hanya untuk minum air masak dan makan kurma...

Sekejap ajer Ramdhan tahun nie menjelma...sekarang dah masuk minggu ke-5 kuliah untuk semester ini - semester 5....

aku skang sebenarnya sangat teringin untuk berubah tapi entahlah...mungkin setan telah beranak-pinak dalam diri aku nie..haish dugaan untuk berubah memang banyak dan terasa berat sekali...

tapi dengan usia yang semakin meningkat nie, memang aku skang banyak memandang ke hadapan...aku semakin takut kematian...dan itulah yang sepatutnya aku takut kerana andai aku mati esok, aku pasti amal kebaikan aku tidak cukup untuk menolong aku...yang boleh tolong adalah amal kejahatan aku...yang menolong aku ke neraka...

dan sebba itulah aku ingin berubah...moga Ramadhan tahun ini aku boleh berubah menjadi insan yang lebih baik...

0 comments:

  •