Grab the RSS feed

Selesema Khinzir

cheh tengok tajuk teman...sopan tak teman guna tajuk selesema khinzir berbanding selesema b4b1?

yer skang nie universiti teman, UPSI telah dilanda wabak Influenza A (H1N1) yang nama asalanya ialah Selesema B4b1....

kisah ini bermula pada 29 julai pada pukul 1.30 pagi dimana betika ahli bilik teman sedang nyenyak tido, kami dikejutkan dengan suara halilintar Dauh yang buka pintu bilik teman sambil kata pagi nanti semua kuliah dibatalkan....Dauh mendapat berita ini melalui kawannya yang tinggal di kolej...

kira-kira 1/2 jam sebelum itu iaitu pada pukul 1.00 pagi, kesemua pentadbiran 4 kolej UPSI telah mengeluarkan arahan dalam bentuk pengumuman iaitu bermula dari pengumuman dibuat, kesemua kolej telah dikuarantin dan semua pelajar tidak dibenarkan keluar dan tiada orang luar yang dibenarkan masuk ke dalam perkarangan kolej....

tak lama lepas Dauh bagitau, kawan sekursus teman telefon bagitau diaorang kena kuarantin...so confirm pagi nanti semua kuliah batal....

paginya...ahli rumah teman pon kecoh bergembira sebab semua kuliah dibatalkan...lepas makan tengahari, kami satu rumah meraikannya dengan pergi mandi-manda di sungai samak...

kesian bebudak kolej kena kuarantin, kami plak bley gi mandi manda....

balik dari mandi manda tue, bukan MyUpsi portal ada pengumuman mengatakan mulai 30 julai, universiti akan ditutup sehingga 5 ogos....semua kuliah dibatalkan....

cuti mid-semester plak akan diawalkan dari 1 ogos sehingga 9 ogos maka sehubungan dengan itu semua pelajar yang sihat dibenarkan pulang manakala pelajar yang sakit walaupun tidah menghidapi H1N1 tidak dibenarkan balik sehingga mereka sembuh.....

maka dengan itu maka universiti teman telah diarah tutup mulai semalam oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak....setakat yang teman ketahui, seramai 6 orang telah disahkan positif dijangkiti oleh wabak ini.....

jadi maka dengan itu teman mengisytiharkan yang teman sekarang sedang BERCUTI!!!!!

0 comments:

  •