Grab the RSS feed

Sabtu Sore

Malam nie lepas isyak, rumah teman buat sedikit kenduri doa selamat dan kesyukuran....sempena meraikan kami masuk rumah baru...yerlah walaupun rumah sewa tapi eloklah dibuat kenduri doa selamat supaya kami yang menghuni rumah nie selamat kehendaknya dari perkara-perkara yang tidak elok...

tetamu jemputan terdiri dari 3 orang pensyarah universiti kitaorang....2 dari 3 pensyarah tue jiran kitaorang sebenarnya....pastu kengkawan kitaorang...macam teman, teman ajak eddy dan seisi rumah sewanya....yerla kalau aku ajak eddy sorang ajer tidak manislah kiranya...

yang hosmet aku pon aderla ajak 2-3 kengkawan derang...

menu malam nie....

LAKSA PENANG

yeayyy

pastu biasakla ada 2-3 jenis makanan ringan yang lain sebagai kudap-kudapan...

nanti malam nie aku update lain...insya'allah

--------------------------------------------------------------

alhamdulillah kenduri rumah teman baru ajer selesai dengan jayanya...

tetamu yang datang adalah seramai 6 orang....En. Zul jiran depan rumah....dan juga 5 orang dari rumah sewa Eddy....

makanan ringan semua habis...yang tinggal cumalah laksa....tapau untuk keluarga En. Zul....then passkan kat jiran kiri kanan rumah teman nie....

pepun teman rasa puas hati sebab dalam rumah sewa teman nie takde yang hanya goyang kaki...semuanya bekerjasama dalam menjayakan kenduri doa selamat sempena masuk ke rumah sewa teman nie...mintak-mintak beginilah sikap kesemua hosmet teman sampailah teman grad.....

0 comments:

  •