Grab the RSS feed

Tido Di Hospital

aku baru ajer sampai ke kolej dari hospital...malam tadi catat sejarah buat aku pertama kali aku tido di hospital....tapi tido ker? hehe sila baca cerita selanjutnya dibawah....

semalam hari senin...aku ada exam...2 paper lagi....pagi dan petang....malam sebelumnya iaitu ahad malam tue aku tak cukup tido sebab study (read : last minute studi)....so takpela pagi tue pergi exam ngan ilmu tak penuh di dada....

petang plak satu lagi paper exam....

habis exam petang tue, aku Nuar ngan Imran gi amik kunci rumah sewa ngan landlord sebab nak pindah masuk barang....then balik dari amik kunci, aku drop off Imran kat bengkel kereta....kereta dia dah 3 hari dalam bengkel sebab nak perbaiki klac....klac kereta dia kena ganti....RM 400 kena...so lepas drop off dia, aku ngan Nuar gi rumah sewa jap...saja nak tengok2...then lepas tue balik kolej...sampai kolej tengok Imran tengah sembang ngan kawan pompuan coursemate dia, Arissa... derang lepak tepi kereta Imran...so kami lambai tangan la kat dia....aku ngan Nuar terus balik bilik...

lupa nak cakap, petang semalam paper terakhir budak Geografi...so Nuar ngan Imran kira dah merdeka la....jadi malam nie cadang nak makan kat luar....hosmet aku sorang lagi si Zaki pon budak geografi gak...dia nak balik Perlis malam nie...bapak dia datang jemput....so ingat nak tunggu Zaki blah baru nak kuar gi makan...so lepas solat maghrib, Imran tak balik rumah lagi...dia biasalah kadang2 pi lepak rumah member so takde fikir apela...then si Ngah datang nak pinjam kereta Pet kejap nak pindah barang ke rumah sewa...

so nampak la derang angkut barang naik kereta...bebudak rumah aku plak semua lepak kat rumah Butang kecuali Nuar yang busy kemas barang2 nak masuk dalam kotak...yerla dia dah habis exam so bley la start kemas barang dah...esok lusa nak angkut barang letak kat rumah sewa...

tetiba, dia mai rumah Butang jerit panggil nama aku...

'wei, wei Imran KEMALANGAN!!!'

aku macam terkejut giler taktau nak cakap apa...terus suruh dia bersiap nak pi tengok dier kat hospital...aku ajak Pet sekali...masa tue memang aku macam blur giler cuma nak pi hospital cepat2...siap ala kadar...disebabkan kereta Pet takder, kitaorang plan nak naik motor jer...motor aku, Nuar ngan Cdot...

tetengah bersiap tue si Angah telepon tanya kitaorang dah tau ker belom yang Imran eksiden...kitaorang cakap dah tau...Angah kater dia on the way nak ke rumah sewa tetiba nampak kereta Imran...tue yang dia tau tue...dia pon on the way ke hospital...

so kitaorang pon kelam kabut....masa nak turun tangga tue nampak kereta Zaidee so aku cakap nak pinjam kereta Zaidee la nak pi tengok Imran...in case tak teruk bolehla bawak balik Imran ke kolej naik kereta....so aku ngan Nuar naik kereta, Pet ngan Cdot follow belakang naik motor...

masa on the way nak ke hospital tue, kami pon nampak kereta Imran...yang membuatkan kami terkejut, kereta tue terbalik...melihatkan keadaan kereta Imran tue, aku ngan Nuar rasa keadaan Imran teruk...lagila aku pecut kereta...

lupa nak cakap...hospital yang maksudkan di sini bukanlah hospital tetapi hanyalah klinik kesihatan...kat tempat aku nie takde hospital cuma ada klinik kesihatan sahaja...

sampai aje kat sana nampak dah ramai bebudak kolej aku...yerla bebudak yang nak pindah barang masuk rumah sewa la...si Angah, Tonah, Zack dan 3-4 orang lagi....semua pon baru aje sampai...taktau lagi keadaan Imran kat dalam sebab kami tak dibenarkan masuk...tapi bley nampak si Arissa tengah dirawat...

pastu Nuar mintak masuk nak jumpa Imran...n dia bley masuk...dia pon gi jumpa...tak lama lepas tue dia keluar...dia kata Imran ok bley cakap apa semua...cuma bibir, siku kanan ngan lutut kaki kanan yang teruk...oh selain Imran, dalam kereta tu ada Arissa ngan Afzar....tapi derang cedera ringan jer...masa kemalangan tue hanya Afzar aje yang sedar ...Imran ngan Arissa pengsan...

so kami tunggu ajela kat luar bilik kecemasan kat klinik kesihatan tue...

tak lama lepas tu, nuar masuk ke dalam sekali lagi...then Nuar kata Imran maybe akan dihantar ke Hospital S R...so takpela...tak lama lepas tue, Arissa ngan Afzar keluar...Arissa kena dihantar Hospital S R jugak sebab walaupun dia tak cedera teruk kecuali calar di pipi berdekatan mata, namun sebab dia pengsan masa kemalangan tue jadi doktor kat klinik kesihatan kater dia perlu dirujuk di Hospital S R jugak...Afzar plak dibenarkan pulang malam tu jugak...

Then Imran pon ditolak keluar...terbaring atas katil terus ditolak masuk ke hospital...tak sempat nak cakap apa2...and ambulans terus gerak ke Hospital S R....yang ader dalam ambulans tue sorang kawan pompuan Arissa...

kami yang kat klinik kesihatan tue berbincang...bebudak yang nak pindah barang ke rumah sewa tue kami suh derang settlekan barang2 derang...Pet nga Cdot plak aku suh settlekan kereta Imran yang still terbalik kat tengah jalan....manakala aku ngan Nuar decided ikut Imran ke Hospital S R...

so Nuar ngan aku pon terusla ke Hospital S R...sampai kat sana nampak kawan si Arissa...dia kata derang berdua ada dalam bilik kecemasan tengah diperiksa doktor...so aku ngan Nuar duduk je la kat bangku kat luar bilik kecemasan tue dengan si kawan Arissa tue...

pastu doktor panggil Nuar nuar ngan kawan Arissa tue masuk...dipendekkan cerita, Arissa kena tahan di wad selama 12 jam untuk pemerhatian sekiranya ada kecederaan dalaman...

Imran plak still lagi kat dalam bilik kecemasan tue...Nuar keluar untuk informkan famili Imran so aku masuk la dalam tue...masuk jer Imran macam hyperactive panggil nama aku...first impression aku bila tengok dia ' oh budak nie ok, takde apa2'....

but then bila aku start sembang ngan dia....dia macam tak ingat apa yang berlaku...dia tanya aku apa yang berlaku...so aku ceritala kat dia...then dia tanya a few questions lagi macam dia dah habis exam ke blom, bapak dia camana dan lain-lain lagila....cuma yang pelik selang beberapa minit dia akan tanya soalan yang sama...seolah-olah dia cuma ingat untuk beberapa minit...dan aku dah start macam takut sikit..apsal aku rasa takut?...entahlah cuma aku rasa macam tue masa dia ulang soalan-soalan yang sama selang beberapa minit...then petugas kat bilik kecemasan tu suruh aku keluar...

pastu dipendekkan cerita, Imran kena dimasukkan ke wad jugak...oh kaki kanan dia kena letak pelapik keras lebih kurang macam simen tapi bukan tutup habis kaki dia...cuma separuh aje...sebabnya kakinya macam terkehel or terseliuh...entah macamana aku decide biarlah aku yang stay jaga dia malam tue....so Nuar balik kolej naik kereta ngan Pet, Cdot, Ustaz ngan Pak Din yang datang lepas settlekan kereta Imran...

masa nie tepat jam 12 tengahmalam...masa aku sampai kat wad tue, katil Imran memang betul-betul letak depan kaunter nurse...oh Hospital S R nie hospital baru...memang lawa sangat wad dia...dalam wad Imran nie ada beberapa bahagian yang berlainan dan setiap bahagian ada 5-6 katil ajer dan juga 2 toilet...ala-ala first class tapi bukan first class pon....yang bestnya kat bahagian Imran tue cuma dia seorang aje...katil lain semua kosong...

tapi masa aku duduk kat sebelah Imran tue, dia start tanya soalan2 sama macam kat bilik kecemasan tadi...aku pon jawabla soalan2 dia tue...memula tue aku cakap yang betulla...tapi dia plak sibuk nak gi tengok Arissa ngan Afzar....pastu selang 2-3 minit dia start tanya soalan yang sama...aku terpaksa berbohong kata dia hanya eksiden seorang diri supaya dia tak sibuk nak jumpa Arissa nga Afzar...

dari kul 12 sampailah kul 3 pagi dia asyik tanya soalan yang sama berulang-ulang...aku pon jawabla...macam-macam jawapan aku bagi...bukan saja-saja nak tipu tapi terpaksa supaya dia tak fikir banyak....dalam dok jawab soalan2 dia aku suh gak dia mengucap....selawat...

pastu nurse datang...nurse suh aku gi kat bahagian sebelah untuk tido...katanya sudahla kalau dilayan sampai pagi esok aku ngan Imran tak tido...aku pon blahla pi bahagian sebelah..Imran asyikla panggil nama aku...aku pon macam kesian tapi aku kuatkan hati sebab aku nak dia berehat...sampai kul 4 pagi dia asyik panggil nama aku...kesian kat pesakit lain kat wad...mesti depa tak bley tido...yerla Imran panggil nama aku dengan kuat...

bila aku dah tak dengar nama aku dipanggil...barula aku bley tido...pastu dalam kul 5 lebih aku tersedar sebab nurse dengan pekerja hospital asyik ulang alik dalam wad tue...aku rasa derang tukar syif kot...

aku pi kat katil Imran tengok dia tengah tido...so aku just duduk kat situ dan nak terlena tapi tak bley sebab bising...kan katil Imran kat depan kaunter nurse so of course la agak bising sikit...

pastu dalam kul 7 lebih Imran tersedar...dia tanya aku dia kat mana...aku cakpala dia kat Hospital S R...dia tanya apa yang berlaku sebab dia memang tak ingat apa2....kali nie soalan dia tak cama soalan soa aku rasa dia dah ok kot...so aku ceritala satu persatu kat dia...aku tanya dia tak ingat ker apa yang berlaku semalam...dia cakap dia tak ingat...dalam kul 8 doktor datang buat pemeriksaan...tanya 2-3 soalan...pastu doktor tue gi kat kaunter nurse buat panggilan...then after that doktor tue datang balik bagitau yang Imran akan dihantar ke Hospital Ipoh untuk buat c-t scan nak check otak dia ada kecederaan tak sebab dia insomnia which is lupa ingatan...

then aku sekali lagi kater aku yang akan follow dia ker Hospital Ipoh...kenapa?...entahla maybe sebab nurse kater aku yang patut ikut sebab aku yang temankan dia semalaman so aku tau apa yang terjadi kat Imran sepanjang aku temankan dia....

oh Nuar, Ustaz, Pet ngan Butang datang pagi tadi, tapi derang pon dapat jumpa kejap aje disebabkan Imran kena hantar ke Hospital Ipoh...

dan alhamdulillah lepas dapat resul c-t scan tue, doktor kat Hospital Ipoh tue kater otak dia takde kecederaan so dia bley balik ke Hospital S R tapi kena tahan satu malam lagi untuk pemerhatian....

petang tadi famili Imran dah sampai dari Pahang...tak lama lepas tue kengkawan kitaorang datang....so lepak2 sembang ngan Imrang, kitaorang pon blah...malam nie famili Imran yang akan stay...

pepun aku bersyukur Imran takde apa2...dan itulah pengalaman pertama kali aku tido di hospital...yang pentingnya aku tido sebagai orang sihat, bukan sebagai pesakit...

1 comments:

  • Amin berkata...

    Oh sorry about your friend. Hope everythng goes well for him. IA okay nnt. My dad pon macam tu jugak after accident haritu. Kept asking the same questions over and over again tapi doktor kate xpe. Skrg dh okay dah =)

    Hope your friend's well.

  •