Grab the RSS feed

Zoom Malaysia : Part 2

Hah, nie citer Zoom Malaysia sambungan dari post yang lepas....dan Zoom Malaysia nie still jugak berlaku semasa aku cuti semester bulan lepas...

Kalau dalam Zoom Malaysia : Part 1, aku ngan Eddy berdua aje tapi kalau dalam Part 2 nie, aku Zoom ngan famili aku pulak...

25 Dec, Khamis - Zoom : Pulau Pinang

Pepagi buta dah kuar rumah tapi takdela terus ke P.Pinang, pegi rumah my brother dulu kat Kulim...kami akan stay kat rumah my brother sepanjang Zoom Malaysia kat utara nie...then baru gerak ke P.Pinang...itupun dah petang sebab destinasi utama adalah Pesta Pulau Pinang...dan pesta tu hanya dibuka pada waktu petang dan malam aje...kalau sesapa yang pernah ke sana tau la kan apa yang ada kat situ...pelbagai jenis barang2 dijual dari pakaian, peralatan rumah hinggalah pelbagai jenis makanan...plus fun fair yang ader multi rides...

balik dari pesta, after 4 jam sebab my niece masuk fun fair menyebabkan opahnya a.k.a mak aku dan aku duduk melangut orang lalu lalang, kami pi makan dinner kat kedai mamak 'apakenama aku dah lupa'...sedap woo nasi beriani, roti nan ngan tandoori dia...marvellous sangat...dan masa makan tue adala 2-3 meja penuh ngan foreigners...cayalah orang putih makan kat kedai mamak minum teh tarik

Pastu terus balik sebab my mom dah penat...itupon disebabkan aku gatai nak juga naik feri, terpaksala tunggu sejam lebih dan sampai Kulim dalam kul 1...

26 Dec - Jumaat Zoom : Perlis

hari nie kami akan ke Perlis...of course untuk shopping...kami pi Padang Besar...awal pagi dah bertolak ke sana...pastu bila dah sampai sana punyalah banyak kereta...so aku biarkan my mom berjalan ngan mi sis dulu before aku pusing2 cari tempat parking...and after an hour or so baru dapat parking spot...

dan dah namanya orang perempuan, kalau dah shopping tak ingat dunia, tak ingat masa...sebagai anak yang baik, ikut ajele...(walaupun muka macam ayam jantan tersumbat telur)

dah habis shopping, itupun dah petang, ingat nak balik terus tapi sekali mak aku bagi hint...

'Kalau pi pekena laksa kuala perlis pon orait gak'

Great...aku pon dah lama nak gi sana makan sebab kawan aku kater sana ada seafront food court...fulamak...memang best laa...dahla masa tue matahari tgh terbenam...lawa giler...but then harga makanan kat sana MAHAL NAK MAMPOS...trust me okay

lupa nak mention yang on the way ke padang besar tu kitaorang guna highway changloon-kuala perlis dan keluar ikut Chuping...kalau sesapa yang tak pernah sampai lagi ke Perlis, you must go to this place cos the view of sugarcane (tebu) there, are marvellous...sangat cantik...but kalau korang rasa tak cantik aku tak tau la kan...

27 Dec - Sabtu. Zoom : Tanjung Dawai, Pantai Merdeka, Kedah

Pantai Merdeka mestilah famous sebagai tempat orang mandi-manda tapi tak secantik pantai di sebelah pantai timur semenanjung la...plus too many people there at the time we arrived there...then kami bergerak ke Tanjung Dawai...mind you that from Pentai Merdeka, Tanjung Dawai were just across the bay but to reach there by car, it took us almost an hour...Tanjung Dawai were famous with seafood products such as belacan, keropok lekor and keping, ikan kering and many more...

but please bear in mind that Tanjung Dawai were a small town which i found it rather dirty...

Kat Kulim, ada satu kedai capati yang sangat famous sehinggakan masuk rancangan pada bulan ramdhan lepas iaitu Jom Bersahur (haha aku pon tak ingat tajuk citer tue tapi pengacaranya ialah Ally Iskandar)...kedai tue adalah Capati Abang E...kat situ, ada pelbagai roti yang dijual but their specialty is roti capati la...memang sedap giler....even roti-roti yang lain seperti roti arab dan roti nan pon sedap wa cakap lu...kuah cicah pon boleh tahan...

dan kepada orang pompuan (termasuklah yang ala-ala), silalah ke sana sebab pelayannya semua terdiri daripada jejaka-jekaka melayu yang hensem sehinggakan aku naik jeles...ish tak bley jadi nie...

pepun disini, aku sekali lagi menyeru kepada semua agar mengunjungi kedai Capati Abang E, bertempat di Jalan Lunas-Kulim berhampiran stesen minyak Esso (or is it shell)...

28 Dec - Ahad. Zoom : Sungai Sedim, Kulim Kedah

Kepada sesapa yang tak tahu, Sungai Sedim nie famous ngan white water rafting (kalau tak tahu apekebendanya tuh, silalah google ye) and juga tree top walk...

Tapi kami ke sana bukan nak buat kedua-dua benda tue (although i really love to do it) but we go there to mandi-manda....bagi tempat tue okay aje...cuma air dia sejuk...ala korang mesti cakap kat tempat mandi lain pon air dia sejuk...tak kisahla kan...cuma ada beberapa perkara yang kureeeng kat situ...tandas tersumbat...takde tempat salin pakaian dan parkingnyer sikit...

tapikan, lepas beberapa jam berendam sampai jari jemari kecut, we all semua pon nak balik la kan...sekali jam pulak sebab diantara jalan utama ke tempat parking, cuma ada satu jalan kecik yang hanya boleh dilalui sebuah kereta pada satu2 masa...masalahnya jalan tue panjangnya dalam 800m so mana nak tau kalau ada kereta dari arah bertentangan...so leceh la sikit terpaksa berhenti pada bahu jalan or reverse kalau bahu jalan penuh ngan kereta (sebab tempat parking kecik)...


So,lepas mandi-manda, kami balik ke rumah my brother untuk berehat sebelum balik ke my home town...masa nie dah penat giler...samapi my hometown dalam kul 11 malam terus boom tidor....sebabnya keesokknya plak, Zoom Malaysia part ketiga akan bersambung...

2 comments:

  • MAAK berkata...

    aku dah naik tree top walk tu, takdela enjoy mana pun yet the longest canopy walk in the world, siap aku promote lagi benda tu kat sini. aku faham betul pasal jam tu. tak sure jalan lecah tu dah siap or still lecah lagi.

    nicksaver berkata...

    ye..permandangan sekeliling ladang tebu tu sangat cantik. aku setuju.

    ikan kering tanjung dawai sedapnya..cicah dengan sambal belacan pelam. yummah~

  •