Grab the RSS feed

Terasa Diriku Begitu Berharga

Haha apa punya tajuk aku pilih...geli ketiak plak rasanya...bukan apa cuma hari nie ader perjumpaan ngan bos2 besar kitaorang...derang buat satu majlis kecil untuk meraikan pekerja2 part time macam aku nie pagi tadi...ala-ala nak berterima kasih kepada kitaorang la atas kerja keras yang telah ditunjukkan...


kerja keras la sangat kan....padahal...?


tapi kira okla bos2 yang tak pernah kitaorang jumpa tue nak turun padang semata2 nak jumpa kitaorang...so kiranya tak sia2 la berpenat lelah turun naik bukit semata-mata nak pegi mencuci bilik2 student yang keadaannya hazab sekali...selepas beberapa minggu penat bekerja, at least derang appreciate keje kita...

dan juga, dah bermacam2 jenis bilik yang kitaorang jumpa dari yang bersih sehinggalah yang keadaannya macam loji pembersihan najis...tapi biasalah bilik student macam aku... masa aku duduk hall uni dulu pon bukannya rajin sangat aku nak cuci bilik ngan toilet...kira fair n square la kan...tapi at least takdela sampai tahap loji najis bilik aku dulu...

oh, meeting dengan bos tue kejap aje, dalam setengah jam aje...pas makan2, minum2, sembang2, sambung keje balik...

0 comments:

  •