Grab the RSS feed

Subuh Yang Hening

Memang best waktu2 nak dekat subuh nie...sejuk aje membuatkan taknak keluar dari duvet/selimut...tapi aku lain ceritanya hari nie pasal takleh nak tido...mana taknye petang tadi lepas balik dari keje terus membuta...nak kate penat sangat hari nie idakle tapi mungkin sebab cuaca mendung kot membuatkan mata nie terkatup...

Pepun aku tertarik ngan berita dalam Utusan Online bertajuk 'Lelaki ke dapur jika perempuan kuasai universiti'...bagi aku topik nie dah lapuk...dah beberapa tahun dah benda nie berlaku...



memang aku akui yang kat Malaysia lebih ramai pelajar perempuan dari pelajar lelaki di universiti2 seluruh negara...secara amnya pelajar lelaki lebih berminat melanjutkan pelajaran di institusi2 lain di Malaysia seperti Institut Kemahiran Mara, Institut Teknikal dan lain2 yang lebih berorientasikan teknikal berbanding teori...sebabnya pelajar lelaki nie cepat hilang tumpuan dan cepat boring bila belajar teori jadi benda2 praktikal lebih menarik minat...tapi bukan semua lelaki la yer...nanti ader plak yang melatah bila aku cakap macam nie...dan ramai juga lelaki2 yang bila tamat SPM terus masuk tentera dan polis tanpa melanjutkan pelajaran terlebih dahulu...bukan aku kata tak bagus tapi bukankah lebih baik menjadi tentera dan polis yang berilmu...

Tapi kadang2 bukan derang tak hendak masuk universiti cuma result exam derang yang kurang menyerlah berbanding pelajar pompuan membuatkan derang gagal masuk universiti...yerlah persaingan memasuki universiti sekarang semakin sengit sebab makin ramai pelajar pandai dan ramai pelajar pandai tue adelah pelajar pompuan...pelajar terbaik SPM pon pompuan jadi nak buat camna tue...memang tak dapek den nak nolong...




Selain tue kat Malaysia, ramai juga lelaki2 yang memasuki institut2 lain seperti Institut Pemulihan Dadah, Institut Pemulihan Akhlak dan lain2 yang memang tak menjanjikan peluang pekerjaan bila mereka keluar dari sana maka sesuailah tajuk berita yang lelaki menjadi surirumah, isteri keluar bekerja...

Memang la tak salah tapi bukankah suami yang sepatutnya menyara keluarga...jadi kesimpulannya, ajarlah anak2 lelaki anda cara memasak dan mengemas rumah sejak dari kecil...ngeh ngeh ngeh...

0 comments:

  •