Grab the RSS feed

Jalan-jalan Cari Kotak

Alkisahnya bermula pada pagi tadi ketika masih terlekat taik mata dan juga sambil mengelap air liur basi di mulut, membaca satu sms yang diterima mengandungi satu arahan dari seorang gadis macho (macho??? oppsss...) bernama Lana. Arahan itu berbunyi 'If it doesn't rain later, pegi cari kotak2 kat dalam tong sampah around da street!'.

Maka selepas saja membaca sms itu, tanpa berlengah-lengah lagi saya terus sambung tido...

Sedar saja dari tido, jam menunjukkan kul 10 pagi. Masih lagi dengan gaya bersantai di tepian pantai, terus saya on'kan laptop dan mula mendownload drama Jepun bertajuk 'Orange Days' yang mengisahkan seorang lelaki yang ingin mencari kerja dan juga pasangan hidupnya...

Selepas itu, pegi ke toilet membasuh muka sambil membuang taik hidung yang mengganggu saluran pengudaraan di samping membersihkan karat2 di gusi...

Tanpa membasahkan badan, terus menyediakan bahan2 yang akan digunakan untuk memasak makanan tengahari...selepas siap memasak, barulah saya gi mandi...

Tidak lama selepas itu, ketika ingin memulakan perjalanan 'jalan2 cari kotak'...tetiba seorang gadis dari timur sampai membawa beg besar lagi berat nak mampus sampaikan roda begnya itu patah......ya, Fido telah balik ke Uk dari Mesia....

Setelah bertanya khabar dengan Fido, maka bermulalah cabaran 'jalan2 cari kotak'...di mana saya sempat pergi ke bank di university centre dan juga shopping di Tesco sebelum berjaya menyempurnakan tugasan yang telah diberikan oleh Lana dimana 2 kotak sederhana besar telah di temui semasa perjalanan pulang ke rumah...maka itulah dia laporan terkini mengenai 'jalan2 cari kotak'.

Ps: sebenarnya kotak2 tue akan digunakan utk mengisi barang2 yang akan dibawa berpindah ke rumah baru Esah pada hari sabtu ini...Esok saya akan siarkan laporan terkini mengenai misi perpindahan ke rumah baru.

0 comments:

  •