Grab the RSS feed

Hosmet

Hari nie hosmet aku datang nak clearkan barang2 dalam bilik dia. Hosmet aku nie sama saiz ngan aku tapi dia suka main kriket tak macam aku yang suka buat senaman mulut sahaja (matila perut buncit aku). Ekceli aku bukan rapat sangat pon ngan hosmet2 aku tapi dek kerana nie adalah last time aku jumpa dier aku buat2 la ramah. Hiks, kirenye aku berlakonla.Lepas nie mungkin aku dah tak jumpa dia walaupon blaja satu universiti pasal aku nie kan sombong orangnyer pasal department dia jauh ngan department aku (5 minit jalan kaki pon jauh gak kan). Buat2 tanya la apa dia dah buat sepanjang cuti nie, pegi melancong ker, keje ker, apa ker. Dia cakap dia lepak umah sajer.

Rupa-rupanya dier banyak lagi barang2 dalam bilik dia yang dia tak angkut bawak balik umah lagi. Baju ader 2 beg, pastu dier ader bawak kerusi dari umah, video player, pastu pebende lagi ntah. Kat kabinet dapur pon ader banyak lagi makanan2 segera yang dia tak clearkan lagi. Hosmet aku nie memang mengamalkan makanan2 segera yang selepas dimasukkan dalam microwave selama 10 minit dah bley makan. Kalu nak tengok dier guna dapur pon sebulan sekali masa dier masak spaghetti. Itupon sebenarnya cuma panaskan sos spaghetti dalam botol tue. Kalu takpun dia akan guna oven ataupun tempat grill masak jacket potato.

Aku hari nie entahler. Rasa malas sangat nak layan orang2 yang cuba nak kontek aku tak kirala samada guna internet ataupun telepon. Ader orang call, aku buat tatau jer. Ader dapat sms pon aku tak baca. Pastu hari nie ramai lak yang nak bermuhibbah ngan ber'buzz buzz aku kat ym. Bila time aku rasa nak bermuhibbah, orang tu plak sibuk. takpun takder plak ber'buzz buzz kat ym aku. Itupon ader gak yang aku reply *contohnya macam 'shoe', aku ader reply tapi dier plak buat donno*. Tapi sorila ek kepada korang yang nak bermuhibbah ngan aku hari nie. Esokla kot aku check sapa yang misscall and sms aku.

motif bergambar ngan bunga?

0 comments:

  •