Grab the RSS feed

PPSMI : Kenapa semua orang beria-ria sangat nie....??

Kat universiti aku nie semua orang bercakap mengenai PPSMI.....bukan setakat kat kolej aku tetapi satu negara la ni tengah cakap pasal isu PPSMI....

Esok ader perhimpunan yang aku sendiri tidak pasti haram atau halal bagi membantah PPSMI nie...dan ader beberapa kawan2 aku yang aku sendiri tidak tahu semangat apa yang telah merasuk mereka sehingga beria-ria sangat nak join perhimpunan tue...

Memula sekali, aku nak utarakan pendapat aku mengenai PPSMI...aku TIDAK SETUJU DENGAN PPSMI....tetapi aku tetap berfikir dengan rasional....sebagai bakal guru yang bakal mengguna-pakai PPSMI, aku rasa ader baik dan buruknya dasar nie dilaksanakan....

yang baiknya...Sains dan Matematik memang perlu diajar dalam bahasa Inggeris kerana kebanyakan buku rujukan terdadapat dalam Bahasa Inggeris sahaja....maka ia akan memudahkan para pelajar untuk mengulang kaji mata pelajaran tersebut....

sekarang yang buruknya....tujuan PPSMI dilaksanakan adalah disebabkan kerajaan mahu penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar semakin mantap...malangnya saya tidak nampak keperluan belajar sains dan matematik dalam English dengan penguasaan para pelajar dalam Bahasa Inggeris....malah para pelajar semakin benci dan tidak berminat untuk belajar bahasa inggeris dan juga subjek sains dan matematik...ini amatlah merugikan para pelajar....seterusnya negara juga amat rugi sekiranya generasi masa depan tidak menguasai subjek sains dan matematik...

okay, ini pula alasan-alasan orang yang nak menyertai perhimpunan membantah PPSMI esok:

  1. memperkasakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa pengantar
  2. nak masuk tv dan surat khabar setelah dipukul dan dibaling bom asap oleh polis
  3. nak raih undi rakyat dalam pilihanraya akan datang
  4. menyokong parti politik mereka yang mana para pemimpin parti politik tersebut turut menyertai perhimpunan esok
  5. saja-saja nak buang masa sebab takde buat apa kat kolej
  6. nak rasa pengalaman bersesak-sesak sambil berlari-lari bila dikejar polis
  7. nak mandi ditempat awam setelah disembur air oleh FRU
  8. nak ikut kawan-kawan
entahlah ini aje alasan yang mampu aku fikirkan sekiranya aku tanya mereka sebab-sebab nak pergi menyertai perhimpunan tersebut...

tapi inilah realitinya jawapan-jawapan yang sebahagiannya memang aku dapat dari kawan-kawan aku...

sengal tak kawan-kawan aku?

pepun, tak kira la aku setuju ke tak dengan PPSMI nie, aku SANGAT-SANGAT TIDAK SETUJU dengan mereka-mereka yang mengadakan perhimpunan haram nie...sebabnya cuba lihat gambar di bawah...


babi kan HARAM...pastu orang buat PERHIMPUNAN nak tengok babi...
maka jadilah PERHIMPUNAN HARAM....

hahah takde kaitan pon...

nie sebab-sebab aku BENCI perhimpunan haram termasuklah mereka-mereka yang mengadakannya...

  1. menganggu lalu lintas dan mengakibatkan jem
  2. memburukkan imej negara
  3. membazirkan wang rakyat apabila FRU ngan Polis kena bekerja
  4. membuat sampah dari banner-banner dan poster-poster termasuklah plastik-plastik makanan dan minuman yang derang gunakan sepanjang perhimpunan tue
  5. menakutkan pelancong asing sekaligus merugikan ekonomi negara
itulah aku kadang-kadang buat dosa kering apabila mengutuk dan mengeji mereka-mereka yang menyertai perhimpunan haram nie termauklah kawan-kawan aku yang mungkin akan menyertai perhimpunan membantah PPSMI esok...

mereka kata tak setuju PPSMI dilaksanakan sebab nak mempertahankan Bahasa Melayu...tetapi mereka sendiri tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan betul malah mereka merosakkan lagi bahasa melayu dengan perkataan-perkataan yang tidak pernah wujud dalam bahasa melayu....campur aduk bahasa Melayu-Inggeris....carut-mencarut dan sebagainya...aku malas nak bertekak dengan mereka-mereka ini...sebab aku pon sama...kuikuikui

kalau dari segi sms, aku rasa aku boleh dicalonkan untuk mendapat anugerah penggunaan bahasa mealyu yang betul dalam sms (kalau aderla anugerah tue)...aku AMAT jarang menggunakan bahasa ringkas dan campur aduk bahasa Melayu-Inggeris dalam sms aku...kalau tak caya, cuba korek balik sms-sms yang korang dapat dalam henpon korang tue....

tapi dalam blog, aku lebih santai menggunakan bahasa yang dituturkan seharian...

oh pepun, tak kira la esok perhimpunan PPSMI tue jadi ke tak aku tetak tak kisah sebab esok aku balik kampung...sempena cuti maulidur rasul... aku balik ngan Butang kawan aku...bley la aku bawak Butang jalang-jalang...

0 comments:

  •