Grab the RSS feed

The End Of March

hah ko, dah akhir bulan mac dah...esok plak April Fool Day - 1 April...

Bulan nie aku sempat post 3 topics aje...membayangkan aku sangat busy la ini bulan....

pepun, assignment aku dah nak habis...tinggal 2 aje lagi...discrete maths ngan pengurusan ko...yang lain semua dah settle....legaaa

then, ader final exam...biasa la tue kan...nothing new...

oh aku dah pasti dapat rumah sewa sebab dah bayar duit booking kat tuan rumah so next semester i'll be away from kolej...yeahuuu....it's nearer to my campus compared with my college now....

Baghdad


Last weekend, aku ikut roommate aku balik kampung dia...nak tau kat mana?

Hehehe kat Baghdad nun...

Eh tipu ajela...Baghdad tue ekceli nama singkatan kepada Bagan Datoh...tak faham lagi...BAGan DAToh -> BagDat -> Baghdad


Kampung Dalam Ladang Kelapa Sawit


Homestay kat Bagan Datoh tue...
tapi bukan kitaorang yang duduk kat situ...
homestay tue bagikat penceramah a.k.a
pensyarah uni aku tue duduk


Buat apa aku ikut dia balik kampung...sah sah la sebab dia ajak....and then kat kampung dia ada majlis ceramah Maulidur Rasul...yang bagi ceramah plak pensyarah universiti aku sendiri....so ader la majlis makan-makan sikit...so tolongla yang mana patut...tolong tengok ajela....

Masa ceramah....

selain aku ader Dut, Mijie and Butang yang join balik kampung roommate aku tue...

yang aku nak cerita kat sini ader dua benda...


yang pertama...kampung tue majoritinya orang Jawa...sah sah la derang cakap Jawa...dan aku obviously tak faham cakap jawa...so bila depa bercakap, aku, Mijie ngan Butang melangut tak paham apa depa cakap...sedey ajer...yang si Dut tue orang Jawa gak so dia la yang kami paksa untuk translate apa orang kampung tu cakap...hehehe barulah faham sesikit....

Bergotong-royong masa masak lauk

yang kedua...kan ader makan-makan....so ader satu lauk tue...gulai kambing....masya'allah sedapnyer famili roommate aku masak...aku nie dahla penggemar kambing cuma jarang sangat dapat rasa sebab famili aku tak suka dan kalau beli kat kedai, tak sedap pon rasa benda tue...tapi kat majlis tue memang sedap gilerr gulai kambing dia...sampai sekarang aku masih lagi terasa akan kesedapan gulai kambing tue...

Bergotong-royong merobohkan khemah


hai bilalah aku dapat merasa gulai kambing tu lagi?

Aku Rasa Bebas Sangat

Hah barulah aku rasa boleh bernafas hari nie....sini pon dah lama tak jengah...memang 2 minggu nie aku macam orang gila...tapi kemuncaknya adalah bermula dari hari khamis sampailah semalam....

Khamis 12 Mac -

Pagi - Pegi SMKA S... R.... teman kawan aku buat survey
Petang - Pegi cari rumah sewa
Malam - Test Advanced Calculus

Jumaat 13 Mac

Pagi - Pegi kelas
Tengahari - Semayang Jumaat
Petang - Pegi tengok rumah sewa
Malam - Buat assignment

Sabtu 14 Mac

Pagi - Kelas Pengurusan Ko dan juga BSMM
Petang - Siapkan assignment
Malam - Kelas Pembangunan Sahsiah (disebabkan hujan plus assignment tak siap lagi, i skip this class. oh by the way i REALLY hate the subject...tak membangunkan minda langsung....ada ke buat kelas ganti malam sabtu...please lah.....malam sabtu malam berlibur...)

Ahad 15 Mac

Pagi - Kelas Pembangunan Sahsiah (now u guys understand why i REALLY hate this subject, why on earth he want to do classes on sunday morning...but since i need to do presentation, i have to go to that class)
Tengahari - relaxkan minda plus cooling my mind after mencarut-carut sepanjang kelas berlangsung dengan pergi lepak makan mengumpat kat KFC with my friends...
Petang - Studi untuk test Pembangunan Sahsiah (eurghhh this subject again)
Malam - Aku tingtong jadi aku tido awal

Isnin 16 Mac

Pagi - Siapkan skrip untuk Forum EC
Tengahari & Petang - Pergi kelas
Malam - test Pembangunan Sahsiah (do i need to say anything more)

Selasa 17 Mac

Pagi - Siapkan skrip untuk Forum EC
Tengahari - Pegi kelas
Petang - Forum EC
Malam - Study Dicrete Mathematics

Rabu 18 Mac

Pagi - Study Discrete Mathematics
Petang - Tido
Lewat Petang - Test Discrete Mathematics
Malam - yeaahhuuuu dah habis....yorlah kan...buat assignment BSMM sikit...then tengok citer StepBrothers sampai kul 3 pagi

Khamis 19 Mac

Pagi - Bangun subuh, pastu tido kejap...kul 8 dah bangun sebab hosmet melalak-lalak

PPSMI : Kenapa semua orang beria-ria sangat nie....??

Kat universiti aku nie semua orang bercakap mengenai PPSMI.....bukan setakat kat kolej aku tetapi satu negara la ni tengah cakap pasal isu PPSMI....

Esok ader perhimpunan yang aku sendiri tidak pasti haram atau halal bagi membantah PPSMI nie...dan ader beberapa kawan2 aku yang aku sendiri tidak tahu semangat apa yang telah merasuk mereka sehingga beria-ria sangat nak join perhimpunan tue...

Memula sekali, aku nak utarakan pendapat aku mengenai PPSMI...aku TIDAK SETUJU DENGAN PPSMI....tetapi aku tetap berfikir dengan rasional....sebagai bakal guru yang bakal mengguna-pakai PPSMI, aku rasa ader baik dan buruknya dasar nie dilaksanakan....

yang baiknya...Sains dan Matematik memang perlu diajar dalam bahasa Inggeris kerana kebanyakan buku rujukan terdadapat dalam Bahasa Inggeris sahaja....maka ia akan memudahkan para pelajar untuk mengulang kaji mata pelajaran tersebut....

sekarang yang buruknya....tujuan PPSMI dilaksanakan adalah disebabkan kerajaan mahu penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar semakin mantap...malangnya saya tidak nampak keperluan belajar sains dan matematik dalam English dengan penguasaan para pelajar dalam Bahasa Inggeris....malah para pelajar semakin benci dan tidak berminat untuk belajar bahasa inggeris dan juga subjek sains dan matematik...ini amatlah merugikan para pelajar....seterusnya negara juga amat rugi sekiranya generasi masa depan tidak menguasai subjek sains dan matematik...

okay, ini pula alasan-alasan orang yang nak menyertai perhimpunan membantah PPSMI esok:

  1. memperkasakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa pengantar
  2. nak masuk tv dan surat khabar setelah dipukul dan dibaling bom asap oleh polis
  3. nak raih undi rakyat dalam pilihanraya akan datang
  4. menyokong parti politik mereka yang mana para pemimpin parti politik tersebut turut menyertai perhimpunan esok
  5. saja-saja nak buang masa sebab takde buat apa kat kolej
  6. nak rasa pengalaman bersesak-sesak sambil berlari-lari bila dikejar polis
  7. nak mandi ditempat awam setelah disembur air oleh FRU
  8. nak ikut kawan-kawan
entahlah ini aje alasan yang mampu aku fikirkan sekiranya aku tanya mereka sebab-sebab nak pergi menyertai perhimpunan tersebut...

tapi inilah realitinya jawapan-jawapan yang sebahagiannya memang aku dapat dari kawan-kawan aku...

sengal tak kawan-kawan aku?

pepun, tak kira la aku setuju ke tak dengan PPSMI nie, aku SANGAT-SANGAT TIDAK SETUJU dengan mereka-mereka yang mengadakan perhimpunan haram nie...sebabnya cuba lihat gambar di bawah...


babi kan HARAM...pastu orang buat PERHIMPUNAN nak tengok babi...
maka jadilah PERHIMPUNAN HARAM....

hahah takde kaitan pon...

nie sebab-sebab aku BENCI perhimpunan haram termasuklah mereka-mereka yang mengadakannya...

  1. menganggu lalu lintas dan mengakibatkan jem
  2. memburukkan imej negara
  3. membazirkan wang rakyat apabila FRU ngan Polis kena bekerja
  4. membuat sampah dari banner-banner dan poster-poster termasuklah plastik-plastik makanan dan minuman yang derang gunakan sepanjang perhimpunan tue
  5. menakutkan pelancong asing sekaligus merugikan ekonomi negara
itulah aku kadang-kadang buat dosa kering apabila mengutuk dan mengeji mereka-mereka yang menyertai perhimpunan haram nie termauklah kawan-kawan aku yang mungkin akan menyertai perhimpunan membantah PPSMI esok...

mereka kata tak setuju PPSMI dilaksanakan sebab nak mempertahankan Bahasa Melayu...tetapi mereka sendiri tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan betul malah mereka merosakkan lagi bahasa melayu dengan perkataan-perkataan yang tidak pernah wujud dalam bahasa melayu....campur aduk bahasa Melayu-Inggeris....carut-mencarut dan sebagainya...aku malas nak bertekak dengan mereka-mereka ini...sebab aku pon sama...kuikuikui

kalau dari segi sms, aku rasa aku boleh dicalonkan untuk mendapat anugerah penggunaan bahasa mealyu yang betul dalam sms (kalau aderla anugerah tue)...aku AMAT jarang menggunakan bahasa ringkas dan campur aduk bahasa Melayu-Inggeris dalam sms aku...kalau tak caya, cuba korek balik sms-sms yang korang dapat dalam henpon korang tue....

tapi dalam blog, aku lebih santai menggunakan bahasa yang dituturkan seharian...

oh pepun, tak kira la esok perhimpunan PPSMI tue jadi ke tak aku tetak tak kisah sebab esok aku balik kampung...sempena cuti maulidur rasul... aku balik ngan Butang kawan aku...bley la aku bawak Butang jalang-jalang...

Another Free Day

Hari nie aku takdok kelas...as usual la kan....

Tapi aku tak plan pon nak wat apa lagi...maybe aku nak siapkan assignment ulasan jurnal kot...tapi masalahnya jurnal pon aku tak cari lagi...nak gi library? err tengoklah dulu...paling mudah cari kat internet la...

2-3 hari nie mood aku kureng sikit...although i'm happy and cheerful at the outside but inside me, i don't feel great....i'm battling with my mood...

pepun, i'll try my best to be a person with no stress...