Grab the RSS feed

Lets Go To The Zoo

Yea....hari nie aku pegi jalan2....dah lama tak gi jalan2....maksud aku jalan2 keluar dari bandar Birmingham nie...setakat jalan2 kat dalam Birmingham nie, dah naik bosan dah....so hari nie jalan2 luar dari Birmingham...aku pegi tengok haiwan2 kat safari...yer tuan2 dan puan2....safari yer, bukannyer zoo...

Nama penuh safari nie adalah West Midlands Safari and Leisure Park...terletak kat pekan Kidderminster, lebih kurang 20 miles atau 45 minutes by car from Birmingham....so dekat aje...tapi dekat pon still bley terlelap la juga duduk dalam kereta tue...

Yang pergi jalan2 hari nie seperti biasa geng2 yang kuat jalan...sapa lagi kalau bukan Hairi, Amar, Ruslan dan aku...Pian tak ikut pasal dia nak pi London manakala Rafizol plak...err entahlah...dia tak nak ikut...tapi dia memang bukan geng suka berjalan pon...so kitaorang 4 orang pon bertolak la pepagi buta...

Bila sampai tue...memang best woo...sebab seumur hidup tak pernah rasa pengalaman berada dengan haiwan2 liar sebegitu rapat...kalau pegi zoo kita boleh tengok dari jauh aje pasal haiwan2 tue duduk dalam kandang tapi kat safari nie konsepnya lain sikit...kita pandu masuk kereta ke dalam safari tu untuk tengok binatang2 tue....binatang2 tue pulak bebas berkeliaran...tapi bukan semua haiwanla...ader haiwan yang bebas dan ader haiwan yang terpaksa di pagar dalam pagar elektrik...

antara haiwan2 yang bebas berkeliaran adalah rusa, kanggaroo, badak sumbu, gajah, kuda belang dan ader beberapa haiwan lagi la termasukla singa afrika....memang best dan takutla...bayangkan kat depan dan tepi kereta korang ader singa berkeliaran...woo memang best....pastu daripada haiwan2 yang bebas berkeliaran nie, ader yang kita berpeluang untuk bagi makan dan pegang macam rusa dan kuda...tapi yang harimau tue tak bley la sebab takut kang ader plak yang hilang sebelah tangan plak ...dan sepanjang dalam safari nie, semua orang kena duduk dalam kereta...tak bley keluar langsung daripada kereta...tingkap kereta plak hanya dikawasan2 tertentu sahaja yang dibenarkan terbuka so that kalau nak pegang or bagi makan haiwan2 tue semua pon melalui tingkap kereta...

pastu antara haiwan yang kena duduk dalam kurungan plak macam harimau putih, harimau bengal, dan 1-2 haiwan lagi yang aku tak ingat....memang nie adalah antara haiwan2 yang aggresif....tapi still rasa best sebab sebab bley tengok dari jarak dekat...tak serupa langsung macam kita pi zoo yang nak tengok singa seekor pon susah....

nak pusing satu safari nie paling kurang amik masa sejam setengah....memang besar safari tue...keluar aje dari safari tue, cari tempat nak parking kereta plak sebab nak masuk tempat ala2 mini zoo...kat situ ader macam pameran binatang2 yang kecil macam ular, buaya, serangga, singa laut pon ader jugak....

Pastu kalau ader ahli2 rombongan yang tak berapa minat nak jumpa haiwan2, kat safari tue jugak ader satu section permainan...kecik sikit dari Genting punya outdoor park tapi still okla...ader 2 roller-coaster, 2 water-rides dan lain2....but don't expect much from the rides....

Conclusionnya.....sesapa yang ader anak2 kecik mahupun yang tak kecik, yang takder anak mahupon isteri/suami pon bolehla pegi melihat haiwan kat safari tue....itupon kalau yang kat UK nie la...kalau yang kat Malaysia tue tak bleyla nak rekemen pasal jauh tapi kalau buat satu safari macam nie kat Malaysia ok jugak....takpon pi la melawat Zoo Taiping and Night Safari dan juga zoo-zoo lain di Malaysia...

P/s: Ingat nak letak gambar tapi semua gambar2 kat safari tue ader kat Ruslan...tengokla 2-3 hari lagi baru aku post gambar2 tue...

0 comments:

  •