Grab the RSS feed

Karaoke 50 Jam?

Alahai...sapa la punya idea nak mengadakan karaoke 50 jam tanpa henti nie....dalam ruangan hiburan Utusan Malaysia hari nie ader berita mengenai Kementerian Pelancongan yang ingin mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Records dengan membuat aktiviti berkaraoke selama 50 jam tanpa henti (baca lebih lanjut di sini- Utusan)....



aku rasa idea tue mengarut sesangat...yerla apa pekdahnya derang buat aktiviti tue....ceh konon-kononnya dapat tarik pelancong la...masalahnya 50 jam tanpa henti? bukankah ini bermakna yang aktiviti tue akan asyik berterusan termasukla semasa azan dan juga masa sembahyang?....even kalau la katakan yang aktiviti tue akan berhenti 5 minit bagi menghormati azan, adakah cukup sekadar menghormatinya saja?..setakat 5 minit berhenti dari melalak-lalak nak dengar azan pastu sambung melalak balik, apa kejadahnya? itu nasib baikla kalau derang berhenti 5 minit, silap2 tak berhenti langsung....yerla kang kalau berhenti setengah jam tak dapat cipta rekod pulak kan...inilah namanya aktiviti bengong yang dicadangkan oleh orang bengong di bawah seliaan orang yang bengong....

View dari tingkap bilik aku pada pukul 9.50p.m...
kan aku dah cakap yang siang lebih panjang dari malam...


Malas aku nak kutuk lelebih...takut kang aku dapat surat kata biasiswa di tarik atas sebab melanggar kontrak...faham2 ajela yer...walaupon negara kita demokrasi dan konon-kononnya bebas bersuara, tapi adakah realitinya begitu?...by the way...agak-agaknya bila elaun aku nak masuk?...dah pokai dah nie!

Ok, hari nie...ke semalam...not really sure...logo sukan olimpik 2012 London telah dipertontonkan kepada orang ramai...well what can i say...it was hideous...seriously tak cantik...memang membazir taxpayers' money aje...hahaha walaupon itu duit rakyat Britain...dan bila aku tengok poll kat website BBC, ramai yang mengatakan memang logo itu buruk bebenor...so, entahlah...samada derang akan tukar logo itu ataupun tidak, tunggu ajela...

0 comments:

  •