Alhamdulillah..hari nie kat Birm hujan lebat...tapi takdela lama sangat hujan...lebey kurang 1/2 jam sajor...tapi itu dah cukup untuk menurunkan suhu panas kat Birm nie...dah lamer tak tengok hujan lebat macam tadi...tapi sayangnya tak kelihatan pula akan pelangi...kalu ader pelangi, lagi best...so sekarang nie rasa nyaman jer...rasa macam duduk dalam air-cond...dan weather forecast plak cakap esok sampaila hari senin akan ader hujan...mintak2 la betul...hujan jer sampai senin...dan untuk hari selasa biarla cahaya matahari memancarkan sinarnya supaya dapat aku jalani kehidupan baru...
Dan untuk pengetahuan korang...nie adalah malam terakhir aku kat Tennis Court...mulai esok aku akan tinggal kat umah Esah...tapi entah kenapa aku rasa sayang plak nak tinggalkan bilik nie... rasa macam ader sesuatu...dah 9 bulan aku tido kat bilik nie...tapi nak wat camna...kontrak hall dah abes...terpaksa la pindah...
Hujan
Post Info
- Shunjike7
- 3:17 PG
- 0 comments
2 in 1
(i) France vs Portugal (1-0)
Ya, sebentar tadi baru jer habis semi-final Werlkap antara Perancis ngan Portugal di mana kemenangan telah memihak kepada Perancis dengan kelebihan 1 gol jaringan pemain sensasi Zinedine Zidane. Walaupun dah kertu, dia still lagi mempunyai taring yang mampu menikam mangsanya *matila harimau*. Muahaha, dengan ini, Perancis sudah menempah tiket ke final Werlkap tahun nie. Dan sudah tentu aku akan memihak kepada Perancis apabila pasukan itu menentang Itali nanti.
Tapikan, aku sokong pon bukannyer sokong giler2 babi *babi pon tak gila nak sokong Perancis*. Aku sokong gitu2 jer. Ala2 poyo gitu. Takde nyer aku berusaha duduk depan tv tengok bola. Baikla aku dok depan laptop tengok Sangdoo *ooppss*. Aku nie bukannyer tahu sangat pasal bola. Aku sokong Perancis pon pasal aku kenal SORANG sajork pemain dier iaitu Zidane. Yang lain tu, aku pon tak kenal. Pasukan Itali lagi la aku TAK kenal sorang pon pemain dier. *Hiks matila aku yang sokong pasukan tu sebab kenal pemain*. Tapi still sokong gak kan? Kalu dulu, aku sokong Korea Selatan ngan Jepun *hiks sebab aku suka tengok citer Korea ngan Jepun*. Tapi apakan daya derang dah out awal2 lagi. Tapi aku memang sokong German dari dulu lagi tau. Sebab derang main chantekk punya.
*ZIDANE Zinedine (FRA) and CRISTIANO Ronaldo (POR)
Ha, bagi yang tatau tu, si Cristiano Ronaldo tu sama umur ngan aku dan juga korang *kalu korang lahir sama tahun ngan aku la. kalu tak sama, mampus korang la*. Umur 21 tahun, dia dah wakil negara die masuk werlkap. Aku plak umur 20 tahun wakil negara aku jugak, datang UK belajar maths. Sebulan gaji die ribu-ribu pound. Aku plak sebulan dapat elaun ribu-ribu RM (sedey tau. tak sampai pon 1/2 ribu pound elaun aku sebulan). So, apa yang bley di simpulkan dari kenyataan aku nie? *merasala korang jawab kat ruangan komentar*
--------------------------------------------------------------------------------------
(ii) Kemas barang
Hari nie aku dah start kemas barang2 aku yang masih bersisa kat bilik nie. Nak kater banyak tue, takdela banyak sangat, Ader 2-3 barang dapur, pastu ader sikt barang makanan, ader buku 2-3 buah, 2 biji bantal (ader 4 biji bantal sebenarnya tapi setiap bantal itu amat nipis sekali. so aku jadikan 2 bantal sebagai 1 bantal), pastu ader duvet, baju-baju aku, pastu ader sikit2 lagi barang. So petang tadi aku bawak bawak 2 beg pi umah Esah. (Yer! umah Esah). Satu beg tu isi baju2. Satu beg lagi isi duvet. Yang tinggal kat bilik aku nie 2 biji bantal, buku-buku dan juga barang dapur termasukla makanan. Itu aku ingat nak angkut sekaligus jer kot pi umah Esah.
So, buat pengetahuan korang, macam yang aku citer sebelum nie, aku akan pindah masuk ke umah Esah. Aku akan stay ngan derang selama cuti summer nie. Bukan stay sebilik la, stay serumah yang aku maksudkan. Aku akan duduk kat tingkat atas kat bilik yang paling kecik tu. Walaupon bilik tue paling kecik, tapi aku suka bilik tue. Lana ngan Esah dok kat 2 bilik lagi kat tingkat atas manakala lelaki cina tu akan duduk kat bilik bawah. Camtula citer nyer. So, memandai la kami menjaga kehormatan diri kami sepanjang kami duduk bersama.
Post Info
- Shunjike7
- 5:49 PG
- 0 comments
Werlkap
Waaa, German kalah. Antara German ngan Itali, aku sokong *Mesia* German tapi German dah kalah 0-2 ngan Itali. Ish ish ish. Walaupon aku nie kaki bangku dan tatau apa pon pasal bola tapi at least aku ader gak pasukan yang aku suka seperti German. Apsal la German bley kalah kat tempat sendiri. Pastu kat stadium kegemaran diaorang plak tue iaitu Dortmund. Habisla rekod tanpa kalah German selama derang main bola kat stadium nie. Sebelum2 nie derang tak pernah kalah langsung sepanjang derang main kat Dortmund tue. Cuma derang ader seri sekali jer. Tapi kali nie derang dah kalah ngan Itali. 2 gol plak tu. Maka punahlah harapan German nak masuk final werlkap kat negara sendiri. Huhuhu.
*penyumbang gol kepada Itali, Alessandro Del Piero (no.7)
*pemain-pemain German yang kecewa
Hari nie plak Portugal lawan Perancis. So aku hari nie mintak-mintakler Perancis bley menang pasal Zinedine Zidane tu kan hebat katenyer. Aku nie takdela minat sangat ngan dier nie cuma aku teringat waktu aku form 1. Waktu tue nama Zidane nie heboh seantero dunia akan kehebatan dier menyumbangkan gol kepada Perancis sehingga mengalahkan Brazil pada game final. Dan tahun nie dia sekali lagi menjadi hero kepada pasukan negara dia semasa mengalahkan Brazil last week waktu quarter finals eventhough bukan dier yang menjadi penyumbat gol.
Post Info
- Shunjike7
- 5:57 PTG
- 0 comments
Mengantuk
Hiks semalam aku tido awal sekali. Aku rasa sebelum maghrib aku dah tido. It means aku start tido lebey kurang dalam kul 8 malam. Dan aku bangun kul 4 pagi tadi. Waaaa abis 3 waktu semayang aku miss- maghrib, isyak & subuh- tak sedar langsung. Aku pon tak sedar camner aku leh tertido. Sedar2 dah kul 4 pagi. Dah cerah pon kat luar tingkap tue. Maka gigihla aku semayang untuk 3 waktu terus pagi nie. Nak kater aku letih sangat semalam, aku bukannyer buat aper pon. Tapi maybe sebab aku tak tido petang semalam kot pasal so far tetiap hari aku akan tido petang *sebab tu perut aku makin memboyot*. Tapi takpela, nak wat camner...
So, aku nak citer sambungan kisah blender yang sengal. Maka semalam aku pon pi la kedai Argos tu balik nak minta refund alkaedahnye. Memula dia tanya apa yang tak kene ngan blender tue. Aku jawabla yang mende alah tue tak berfungsi. Pastu dier tanya nak ganti yang baru atau nak refund. Oleh sebab kater2 akak yang menerjah aku tue masih lagi terngiang2 kat telinga aku nie maka aku amik keputusan aku nak duit aku balik. Taknakla aku ganti yang baru. Kang kalu rosak lagi, tak ke naya aku kena pi city centre lagi sekali. So takpela. Yang aku terkejut tue, dia tak check langsung blender yang aku pulangkan tue. Dia cuma tanya aku semua compartment blender tue ader dalam kotak tue ker. Aku kater aderla. Pastu dia tak bukak langsung kotak tue nak check sama ada aku tipu ke tak. And dia terus bagi duit aku 19.99 pound.
Tapi inlah cara kat UK kalu korang nak tau. Dia takdela nak soal jawab bagai macamla korang tue pencuri. Derang anggap orang lain tue jujur kaedahnyer. Yerla kalu naik tren pon bukannyer ader mesin check tiket macam ktm komuter tue. Kalu korang tak beli tiket pon korang bley naik tren. Tapi kalu nasib tak baik, aderla pemeriksa tiket atas tren tue. Selama aku naik tren nie, baru sekali aku jumpa pemeriksa tiket *tapikan aku jarang naik tren, aku selalu naik bas sajork*. Pastu takpela, aku pon pi la bukak balik katalog barang2 kat Argos tue. Memula aku ingat nak beli blender jenama Philips tapi terperasan ader jenama Kenwood. So aku pon beli la blender Kenwood tue ngan rege 24.99 pound. Mahal 5 pound sajer dari rege blender hanjeng jenama Moulinex tue.
*inilah dier rupa blender Kenwood tue
Post Info
- Shunjike7
- 1:19 PTG
- 0 comments
Blender yang sengal
Cerita hari ini adalah mengenai blender yang sengal. Alkisah akan ceritera ini bermula pada pukul 11.30 pagi tatkala aku sedang mendengar muzik sambil berkaraoke di perhentian bas depan Tennis Courts. Akan tidak lama selepas ketibaan bas maka aku pon naik dan sedar2 udah sampe ke stesen universiti untuk menaiki tren ke citi centre kaedahnye. Maka apabila udah nyampe ke citi centre, aku pon menuju ke kedai argos untuk membeli blender.
Setelah membayar harga barangan sebanyak 19.99 pound (1 pound ~ 7 hinggit), dengan tidak sabarnya aku pon pi la ke kaunter untuk memungut barang yang telah dibayar iaitu blender berjenama Moulinex. Akan tetapi apabila aku hendak mengambil blender itu dari pekerja kaunter, tanpa ribut Katrina mahupun tsumawi datangla seorang kakak yang menerjah aku dan juga pekerja kaunter sambil menyuruh aku supaya memeriksa dahulu blender yang aku beli. Ini kerana dia mendakwa sudah dua kali dia datang membuang masa untuk menukar blender yang dia beli kerna blender itu defective kaedahnya. Dan blender yang dia beli berjenama yang sama seperti yang aku baru beli.
Aku dan pekerja kaunter itu pon sangatlah blurr mendengar dakwaan kakak itu. Tetapi pekerja itu kater dia cuma bley bukak kotak blender itu untuk aku tengok isi kandungan barang tapi dia tak bley cuba test menggunakan electric kerna itu adalah polisi Argos katanya. Tetapi pekerja itu berkata yang aku bley bawak balik dahulu blender yang aku baru beli tue dan test sendiri kat umah. Sekiranya memang betul blender itu tak berfungsi, aku bley bawak balik ke kedai untuk ditukar yang baru atau dipulangkan duit dalam tempoh 16 hari dari tarikh pembelian. Oleh kerna aku sedang mengejar waktu *aku tengah sakit perut sebenarnya waktu tue* dan maleh nak bertekak ngan pekerja tu, aku pon setuju je la ngan pekerja kaunter tue untuk bawak balik dan test kat umah.
plastik kedai Argos
Arakian di pendekkan cerita setelah aku sampe semula ke rumah, tanpa berlengah-lengah lagi aku menuju ke toilet untuk mengeluarkan sisa bahan buangan. Arrgghhh, lega sekali nikmat itu. Dan hanya selepas itu barulah aku mengeluarkan blender dari kotaknya dan sambungkan wayar blender itu ke plug elektrik yang berdekatan. Setelah aku menekan suis elektrik itu, aku mendapati dakwaan akak itu adalah benar. Blender yang aku beli itu defective kaedahnya. Puas aku belek-belek blender itu tapi masih juga tidak berfungsi. Hanjeng sangat blender mahal itu. Dan juga hanjeng sangat kedai Argos tue. Nampak gayanya, terpaksa aku pi citi centre lagi esok sebab nak tukar blender tue.
gambar blender kat luar kotak
Maka, itulah cerita aku hari nie. Sehingga kita berjumpa lagi di siaran akan datang di website yang sama bersama saya, shunji.
Post Info
- Shunjike7
- 5:05 PG
- 0 comments
Post Info
- Shunjike7
- 4:21 PG
- 0 comments
Hosmet
Hari nie hosmet aku datang nak clearkan barang2 dalam bilik dia. Hosmet aku nie sama saiz ngan aku tapi dia suka main kriket tak macam aku yang suka buat senaman mulut sahaja (matila perut buncit aku). Ekceli aku bukan rapat sangat pon ngan hosmet2 aku tapi dek kerana nie adalah last time aku jumpa dier aku buat2 la ramah. Hiks, kirenye aku berlakonla.Lepas nie mungkin aku dah tak jumpa dia walaupon blaja satu universiti pasal aku nie kan sombong orangnyer pasal department dia jauh ngan department aku (5 minit jalan kaki pon jauh gak kan). Buat2 tanya la apa dia dah buat sepanjang cuti nie, pegi melancong ker, keje ker, apa ker. Dia cakap dia lepak umah sajer.
Rupa-rupanya dier banyak lagi barang2 dalam bilik dia yang dia tak angkut bawak balik umah lagi. Baju ader 2 beg, pastu dier ader bawak kerusi dari umah, video player, pastu pebende lagi ntah. Kat kabinet dapur pon ader banyak lagi makanan2 segera yang dia tak clearkan lagi. Hosmet aku nie memang mengamalkan makanan2 segera yang selepas dimasukkan dalam microwave selama 10 minit dah bley makan. Kalu nak tengok dier guna dapur pon sebulan sekali masa dier masak spaghetti. Itupon sebenarnya cuma panaskan sos spaghetti dalam botol tue. Kalu takpun dia akan guna oven ataupun tempat grill masak jacket potato.
Aku hari nie entahler. Rasa malas sangat nak layan orang2 yang cuba nak kontek aku tak kirala samada guna internet ataupun telepon. Ader orang call, aku buat tatau jer. Ader dapat sms pon aku tak baca. Pastu hari nie ramai lak yang nak bermuhibbah ngan ber'buzz buzz aku kat ym. Bila time aku rasa nak bermuhibbah, orang tu plak sibuk. takpun takder plak ber'buzz buzz kat ym aku. Itupon ader gak yang aku reply *contohnya macam 'shoe', aku ader reply tapi dier plak buat donno*. Tapi sorila ek kepada korang yang nak bermuhibbah ngan aku hari nie. Esokla kot aku check sapa yang misscall and sms aku.
motif bergambar ngan bunga?
Post Info
- Shunjike7
- 3:50 PG
- 0 comments
Cerita Anggun
Video nie aku dah curi tanpa kebenaran dari blog Nizam Zakaria. Video nie bagi aku sangat kreatif, inovasi dan kualiti. Andai kater dier atau orang yang mempunyai kaitan dengan dier melihat video nie, maafkan sayer kerna telah mencurinyer...
Post Info
- Shunjike7
- 7:27 PG
- 0 comments
Panas
Lalala, dalam 2-3 hari memang terasa bahangnya musim panas kat sini. Memang terasa panas. Panas dia lain macam. Kulit aku rasa kering sangat. Tido memalam pon kena bukak tingkap. Pastu tak pernah2 aku pakai krim moisturizer tapi 2-3 hari nie aku pakai mende alah tue.
Kat Mesia skang ni pon tengah panas. Panas pasal kisah Mawi putus tunang. Aku dah agak dah yang dia takkan kahwin ngan tunang, ehh bekas tunang dia tu. Dia kan skang dah glemer. Apa class kawen ngan orang biasa. Aku harap jangan la Mawi kawen ngan Marsha mahupun Diana Rafar pasal dua-dua tu pon bagi aku getek sangat. Tak sesuai la kan bagi Mawi yang kononnya suka pompuan bertudung seperti Salima. Tapi kan, kesian plak aku kat Mawi tue pasal ayah dia meninggal. Mawi takder kat sisi ayah dia masa ayah dier menghembuskan nafas terakhir.Sibuk berPESTA citrarasa katanya di JB. Takziah la aku ucapkan kat seluruh keluarga Mawi.
'Worlddd'
Pastu kat German pon panas gak pasal England kalah kepada Potugal. Ini pon aku dah agak dah pasal so far England main cam sampah. Siap berlagak lagi kata yang permainan derang tu bagus walaupon aku yang kaki bangku nie tengok permainan derang tue errmmm sama cam budak kampung aku main *matila aku yang tak pernah join budak kampung aku main bola*.
'Worlddd Cup'
Post Info
- Shunjike7
- 4:40 PG
- 0 comments
Another day of a boring day
Sigh, i'm so damn bored. What i need to do to get a damn job. I already sending 2 damn application forms, go through 2 damn interviews, sending 4 damn cv's, called 5 damn person but i still don't get a damn job. I just getting damn bored by just sitting in my damn room doing nothing. If i don't get a damn job by next week, i'll just give up to find a job and i'll just 'ternak badan' and sitting in front of my laptop watching *pornography* korean/japan drama series and surfing the internet.
Gambar yang takder kena mengena ngan entry
Post Info
- Shunjike7
- 4:06 PG
- 0 comments
Penjaga
Halu, mari kita bersiaran lagi sekali bersama saya, shunjike7 yang kini sedang bersiaran langsung dari Selly Oak (habisla aku yang berangan menjadi deeejay radio). Yer, aku kini berada di Selly Oak iaitu di rumah Aishah. Kenapa aku di rumah Aishah? Ya, itu aku akan terangkan sebentar lagi (lingkupla kementerian penerangan yang tak class tu).
Ceritanya camnie. Aku sebenarnya dah 2 malam tido di rumah Esah nie. Malam kelmarin ngan malam semalam. Sebabnya aku terpaksa menjadi penjaga keselamatan si Esah ngan Lana. Mr Yip, landlord a.k.a tuan punya rumah sewa si Esah nie bengong campur *tuuuutttttt* (ditapis oleh lembaga penapisan blog-LPB). Ada ker patut sesuka hati dier jer nak masukkan orang lelaki ke dalam rumah sewa yang disewakan kepada bebudak pompuan. Rumah sewa nie ader 4 bilik tapi yang disewakan cuma 3 bilik. So, landlord si Esah nie cari seorang lagi penyewa untuk sewa bilik yang lagi satu tue. Kalu penyewa tue pompuan takpela tapi adeker patut dia cari penyewa lelaki. lelaki tue orang cina Malaysia gak berusia dalam lingkungan 40-an. Apa yang lelaki tue bagitau, dia dah duduk sini berbelas tahun, dah tamat tempoh visa. pastu dia kater dia still lagi belajar kat Strafford dan sekarang tgh keje part time. Entah betul entah tidak apa yang dia bagitau tue. Ntah2 dia ting-tong kitaorang jer.
Kalu hangpa nak tau, landlord si Esah nie, Mr Yip tu orang cina Malaysia gak tapi buruk perangai. Dia dah menetap kat UK berpuluh tahun sebab tue bley beli rumah dan sewa kat orang. Mr Yip nie memang teruk. Dia sewa rumah nie mahal giler. Seminggu bayar 55 pound untuk satu bilik. Memang standard la kan sewa bilik kat Selly Oak nie 55 pound seminggu tapi rumah lain yang bagi sewa harga macam nie tak macam rumah si Esah nie. Rumah lain tue lagi best dari rumah Mr Yip nie. Rumah lain tu lengkap segala kelengkapan macam katil, almari, meja studi pendek kater sesuai la ngan rege bilik yang dibayar. Tak macam rumah si Esah nie. Katil buruk, almari buruk, meja tulis buruk pendek kater memang terukla condition rumah sewa si Esah nie. Kalu rumah lain ader at least 3 sofa kat ruang tamu, rumah si Esah ni plak cuma ader 1 sofa jer. Pastu dia nie adalah landlord yang tak bertanggungjawab langsung. Ada ker Esah mintak beli alat vacuum baru dah nak dekat setahun, dia tak nak beli. Macam2 alasan dia bagi. Pastu bilik air tersumbat, dah nak dekat 2 minggu complen pon dia bley buat donno jer. Sepatutnya dia sebagai landlord, dia yang bertanggungjawab pasal bende2 cenggitu.
Bila tang mintak duit sewa bukan main rajin lagi, tapi tang perbaiki rumah sewa bukan main malas. Memang teruk sangat Mr Yip nie. Aku pon tataula apa la nasib aku bila aku masuk rumah sewa awal bulan 9 nanti. Bakal landlord aku tue nanti orang Pakistan. Kirenye orang Islam la tapi entahla. Senior cakap orang Pakistan kat UK nie malas sikit orangnye. Tapi mintak2 landlord aku nie baikla pasal anak2 dier semua pon educated. Sorang tue jadi doktor dan 2 lagi anak dier jadi businessman. Rumah bakal landlord kitaorang tue gilerr besar dan tak jauh dari bakal rumah sewa kitaorang. Kirenye tak sampai 10 minit jalan kaki pon. So kalu ader apa2 berlaku kat rumah sewa, senang jela kitaorang pi rumah dia nak suruh dia perbaiki.
Ha, aku berbalik semula kepada sebab aku kena jaga si Esah nie. Bilik si Esah nie takleh kunci dari dalam bilik. (See, this is another reason i say a bad things about Mr Yip). So, kalu memalam dia rasa takut la kalu ader aper2 terjadi. Yerla, kalu ader lelaki yang dia tak kenal tapi duduk bawah satu bumbung mestila dia rasa fobia.Walaupon ader si Lana, tapi dedua orang tu kan pompuan. Jadi si Esah nie ajak aku temankan dier memalam. jangan korang nak wat speku lak. Bukan teman duduk satu bilik. giler hapa kalu teman duduk satu bilik. Aku duduk kat bilik Iqa kat tingkat bawah while Esah, Lana ngan lelaki tue kat tingkat atas. So, kirenye dah dua malam la aku tido kat umah si Esah nie.
Tapi yang menyedihkan kat umah Esah nie, router untuk tenet dah rosak. So, cuma ader satu komputer jer yang bley guna tenet itupun sambung wayar terus ke modem. Maka dah dua malam berturut-turut aku takleh guna tenet. Ingat nak guna GPRS sambung laptop ke tenet ikut hp tapi malangnya aku lupa bawak wayar hp.So memalam aku layan citer korea jer. Eleh, even kalu aku ader tenet pon bukannyer setiap masa aku berintenet. Aku still tgk citer Korea gak.
Aku ingat malam nie aku balik tido kat Tennis Court kot pasal aku dah pesan kat si Esah tu beli engsel pintu. pastu ley aku pasang. Jadi memalam tue at least Esah ngan Lana bley kunci pintu dari dalam bilik waktu derang tido. Selamatla sikit. Sikt jer selamatnyer, tak banyak pon. Selagi mamat cina tue tak kuar dari rumah Esah nie, selagi tu la tak selamat.
Post Info
- Shunjike7
- 6:35 PTG
- 0 comments
Semalam
hiks, kalu tajuk entry aku sebelum nie adalah 'Hari nie', untuk tajuk entry hari nie plak adalah semalam. Bengong plak aku rasa. Apa punya tajuk daa?
Sebenaqnya hari nie aku nak citer pasal semalam. Sebabnya hari nie aku takder citer menarik. Yang kedua pasal semalam aku ader cerita yang takdela menarik sangat tapi at least menarik dari cerita hari nie (korang faham tak ayat keling aku nie) . Tapi semalam aku tak sempat nak citer.
Semalam aku kuar gi shopping ngan Lana. Well, ekceli bukan shopping apa pon. Just teman dier gi beli barang dapur. Kalu nak di ikutkan, aku sebenarnya malas nak kuar pada hari ahad pasal hari ahad kat UK nie bukan macam ari ahad kat Mesia. Hari ahad kat sini sangat tak best. Sebab kalu hari ahad, mostly kedai- apa2 kedai jer - akan bukak sekejap jer. maksud aku, derang akan bukak lambat dan tutup awal. Kebanyakan kedai hanya akan bukak paling awal kul 10.30 pagi dan akan tutp paling lambat kul 4.30 ptg. Hadui, bosannyer hari ahad kat UK nie. Kalu kiter kat Mesia, hari sabtu ngan hari ahad la kedai2 akan bukak awal pagi dan tutup lambat tapi kat sini hari sabtu jer macam tu while hari ahad sangat bosan. Even public transport pon tak banyak.
So, disebabkan bas no 46 takder service pada hari ahad (bas 46 nie lalu kat hall aku. bus stop dier kurang 5 minit jalan kaki dari bilik aku.see, this is another reason i hate to go out on sunday), i need to walk to Bristol Road which is 15 minute walking to get a bus. Tapi takpela kan, disebabkan aku dah janji ngan Lana maka terpaksa la aku pi jugak. Lagipon aku ader barang nak kena beli jugak.
Selain aku ngan Lana, ader Kak Diba. Kak Diba nie postgrad kat universiti aku. She's taking Phd in Mathematics which is in same department as mine. tapi Kak Diba nie nak balik Mesia dah on the day after tomorrow. So, dia ader barang2 yang kena beli untuk dibawak balik ke Mesia.
Destinasi utama-Perry Barr. Perry Barr nie adalaha kawasan imigran seperti orang2 Pakistan, India, Africa, Latin dan juga termasukla Malaysian. Memang banyak imigran -haram dan halal- yang tinggal kat sini. So, kat sini adelah kedai2 yang jual makanan halal. Selain tue, kat Perry Barr nie ader One Stop shopping centre dan kat dalamnyer tue ader supermarket Asda. Hehehe, bagi aku, niela supermarket yang paling aku suka. Sebabnyer, rege2 barang kat sini lebey murah nak dibandingkan dengan Tesco dan Sainsbury. Ala,murah 2-3 sen jer tapi still murah kan?
So, kitaorang pon bershopping la kat situ. Tapi kelam kabut sikitla pasal kitaorang sampai situ pon dah kul 3 petang and Asda tu plak tutup kul 4 ptg. tapi sib baik sempat beli barang2 yang kitaorang nak. So, takpela.
Dah habis shopping kat Perry Barr tue, kitaorang pon naikla bas nak balik ke rumah. Tapi alangkah malangnya, sebelah kitaorang duduk tue ader pakcik tua tgh minum arak. Masya'allah baunya, tak dapat aku nak bagitau korang. Yang paling tak tahan masa dier tuang masuk dalam cawan (siap ader cawan tue), baunya sangat2la menusuk hidung. EEiiii bencinya ku. Aku taktaula korang pernah bau arak ke tak. Tapi tu tak cukup horror lagi. Paling horror adalah masa dier MUNTAH..Bluuueeekkkkk (nie semua salah mulut Lana. Masin tul mulut dier. Dier kater yang pakcik tue akan muntah). Ya rabbi, aku pon terikut nak muntah masa aku tengok tue. Ditambah baunya lagi. Kalu nak diikutkan aku, mau jer aku turun dari bas la tue jugak. Tapi mengenangkan dah nak sampai, aku tahankan jer. Tak lama pastu, pakcik tua tu pon turun. Ha, lega tapi bau arak + muntah dier tue still ader.
Aku pon dah nak termuntah masa tu tapi aku tahan jer pasal malu la aku kalu aku muntah depan Lana ngan Kak Diba. Jatuhla maruah aku kalu aku muntah. (eleh, si Esah mesti kutuk + gelakkan aku biler dier baca nie). Sib baikla tak lama lepas tu kitaorang pon turun dari bas yang lahanat tue. Bas tue tak lahanat tapi pakcik tu yang lahanat. Aper punya nasib daa semalam.
So, biler sampai bilik semalam, terus aku jadi pening2 lalat sebab bau-bauan dalam bas tue. Apalagi, terus telan panadol 2 biji. Ingat nak telan 4 biji terus tapi nasib baik aku masih waras. Maka lepas tu jer aku terus tak sedarkan diri sampai kul 3.30 pagi tadi. Errmm sampaikan maghrib+isyak terlepas. Subuh pon tinggal nyawa2 ikan jer.
Lepas subuh tue aku dah takleh tido. Pusing kiri, pusing kanan, pusing kiri balik. Bangun, duduk, bangun, duduk tapi still takleh tido. Maka aku pon amikla langkah drastik, telan lagi sebiji panadol. Tak sampai 10 minit aku tido balik. Itupon waktu tue dah nak kul 5.30 pagi. Tapi takpela pasal aku bukan nak wat apa pon pagi nie. Keputusannyer, aku bangun kul 10.30 pagi nie. Lambat skit dari kebiasaan.
So, itula citer aku untuk semalam dan pagi nie...
Post Info
- Shunjike7
- 4:25 PG
- 0 comments
Hari nie
erm, hari nie aku dok berkurung jer dalam bilik. Tak kelua rumah bilik langsung kecuali pi toilet 7 kali dan pi dapur 6 kali (macam anak dara plak aku nie berkurung dalam bilik sajor). Precise tak aku sampaikan berapa kali aku pi dapuq pon aku kira. Itu dinamakan betapa bosannyer aku hari nie sampaikan aku bley ingat berapa kali aku pi dapuq ngan toilet. Bila bangun pagi tadi terus on'kan ym. Ader 4-5 orang jer yang online. Si siput ngan teman serumahnyer itu pon tak online. Masih tido lagi (apa punya anak dara, matahari dah atas kepala pon tak bangun tido lagi). Pastu ader kawan yang baru aku kenal ajak chat. Aku kenal dier nie pon sebab dier kawan kepada kawan lama aku. Gigih aku nie pasal ngan tak mandi, tak gosok gigi terus chat ngan orang lain.
Maka bermulalah sesi berkenal-kenalan (poyo jer aku nie ader sesi berkenalan konon). Kalu dier nie kawan kepada kawan aku maksudnyer dier nie musti satu kepala ngan kawan aku tue which is satu kepala ngan aku. Seronok tau ader kenal orang yang satu kepala nie. Senang kalu nak sembang. Takderla poyo jadinya aku nie. Tapi aku nie yakin jer dier satu kepala ngan aku. Ntah2 tak satu kepala. Tapi takpela. At least aku ader kawan baru. Takdela bosan sangat hidup aku nie kalu asyik ngan kawan lama jer. Bak pepatah, 'ader yang baru, yang lama dilupa jangan'. *Hiks, pepatah cipta sendiri*. Sembang punya sembang, rupa-rupanya dier nie kenal plak ngan kawan aku sorang lagi. Errmm, what a small world. Aku kat UK, dier nie kat Aussie dan kawan aku tue kat Mesia.
Dah habis chat ngan dier barula si Lana online ym. Itupon hangpa nak tau apa dier kasitau aku? Dier cakap yang si Esah tue tido lagi dan dier pon nak masuk tido balik. Apa punya anak dara nie. Ish, ish, ish. Kalu anak teruna lain ler *hikhikhik, bias tul aku nie* bley la tido sampai tengahari. Siap wish good night lagi kat aku. huhuhu...
Then, aku tengok drama Korea. Entahler sejak datang UK nie, suka betul aku tengok drama Korea. Ni suma salah Pana (berani nie salahkan orang lain). Kalu orang lain layan Prison Break, Supernatural, aku plak layan 1% of Anything, My name is Kim Sam Soon dan banyak lagi la. Tapi takper, aku dah azam masa cuti summer nie aku nak donlod citer2 omputih macam Prison Break, Supernatural, The O.C dan a few other series. So far aku dah abes donlod dan tengok citer Desperate Housewives ngan House M.D.
Aku nak habiskan cepat2 citer Korea nie pasal bebudak yg balik Mesia nie ader tinggalkan aku a few citer omputih ngan anime. Ruslan kasi kat aku citer Tru Calling. Amar plak ader kasi a few anime which is i don't remember the tittles. Lunch tadi aku masak nasi goreng sajork bersama battered fish portion and kepak goreng. Ingat nak pi Big John beli chicken and chips tapi malas plak aku nak tunggu bas 46 tue. Bila aku tunggu bas musti bas tu lambat. Bila aku tak tunggu, berderet-deret plak bas tue lalu aku tengok. Bengang giler.
Bila dah habis aku tengok drama Korea tue, aku sambung tengok anime. Tajuknyer Yakitate. Anime ni aku pinjam dari si Esah. So, ini sajela yang aku buat sepanjang hari nie. Macam mana tak gemuk kalu dok ajer dalam bilik. Ingat esok nak pi jalan2 la. Bukan jalan2 kat mana pon tapi pi jalan2 kat The Vale sajor tengok itik berenang. Tapi plan ajer. Entah jadi entah tidak.
Bebudak tue musti dah sampai Mesia. Tapi tak call aku pon lagi. Entah2 derang tue bukannyer ingat kat aku. Yerla kalu dah dengan keluarga tue mana nak ingat aku. Lagipon kat Mesia tue kan ramai lagi kawan2 derang (emo plak aku nie tak pasal2). Tapi yang pentingnyer derang dah selamat sampai.
Ok, aku nak pi sambung tengok Yakitate...
Post Info
- Shunjike7
- 3:41 PG
- 0 comments
Lonely
erm dalam 10 minit lagi flight bebudak nie akan berlepas dari terminal 3 Heathrow Airport. Flight derang kul 10 malam nie. Aku plak, tgh dok hupdate blog sambil pikiaq kat depa. Sepanjang hari nie aku dok teringat jer kat depa. Apala yang depa dok buat sehari suntuk kat Heathrow tue. yerla flight depa dari Manchester kul 10.15 pagi tadi dan sampai kat heathrow lebey kurang kul 11.30 pagi. pastu depa lepak sana sampaila malam nie.
Mintak2 takder apa2 la yang berlaku. Semoga selamat sampai mesia. kalu malam semalam aku pi makan ramai2 ngan depa, malam nie aku makan sorang2 *ekceli tak makan pon pasal malas masak*. Kalu malam semalam aku dok bergelak ketawa dok mengutuk ngan depa, start hari nie aku dok ketawa sendiri2, kutuk-mengutuk dalam hati *ala, aku nak kutuk sapa lagi kalu tak si siput tue*. Tapi, bila dok pikiaq balik, bukan lama pon depa balik Mesia. awal bulan 9 depa balik sini balik. tak sampai 3 bulan depa balik.
So, aku akan lepak kat hall nie sampaila 7/7/06. It means another 2 weeks before i'll moved out to stay with another friends of mine. Untilthen, i think i will be hibernated in my room except if i got a job!
Post Info
- Shunjike7
- 5:04 PG
- 0 comments
Hangus terbakar
Hari nie hari last bebudak nie kat Birm. Esok derang akan berangkat ke Manchester untuk balik ke Mesia. Ekceli flight derang balik Mesia sebenaqnya dari Heathrow malam esok tapi derang akan amik flight dari Manchester ke Heathrow pagi esok. So hari nie adalah hari terakhir kat Birm sebelum balik Mesia.
Erm, pagi tadi aku bangun awal gakla *matila selalu aku bangun bila dah nak zuhur* dalam kul 8. Entah pasal apa ntah tapi aku terbangun awal dan tak leh nak sambung tido. Macam biasa terus bukak tenet sebab nak check e-mail ngan baca blog-blog orang lain. Itu ajer yang aku buat sepanjang pagi tadi sampai tengahari. Dengan tak mandi, tak gosok gigi, aku dok ayik baca blog2 orang lain. Pastu tengahari baru aku gi buat rutin harian iaitu mandi, gosok gigi dan ehem-ehem *jangan nak buat speku.aku tak buat mende tak baik tau*. ala ehem-ehem tue korang pon selalu buat.
Lepas tu aku ingat nak pi uni pasal nak gi masukkan duit kat bank. Banyak sangat duit yang ader kat tangan aku pasal derang bayar duit khemah. Lepas gi bank, aku pi JobZone kat Guild. Sajer tengok2 kot-kot ader keje yang bley aku apply. Kali nie dah masuk 5 kali aku gi JobZone tue sejak abis exam aritu. Dah banyak keje aku apply tapi tak dapat2 lagi. Macam2 alasan yang aku dapat.
Nak experience la, keje tue untuk local sajela. Hai nak cari keje part time pon susah. kan best kalu keje tue datang bergolek-golek kat kaki aku. Tinggal pilih je lagi.
Then aku singga department kejap. Akhirnya aku gi gak amik result. Aku rasa aku nie orang terakhir yang amik result compare to other Malaysian student. Bukan aper, malas sebenaqnya. Tapi aku tak dapat result secara detail. Yang aku tau aku takder kene resit aper2 paper dan layak untuk masuk 2nd year. Alhamdulillah...lega pasal takyah nak ingat pasal buku masa cuti nie.
Pastu aku pon balikla bilik balik. bebudak nie dah start dah pindahkan barang2 derang ke bilik aku pasal KONON-KONONNYA derang akan check out dari hall petang tadi. Tapi tak jadi pasal semua pon nak checkout pagi esok lepas subuh sebelum bertolak ke Manchester. Maksudnya dalam kul 5 pagi esok. Nasib baik Tennis Courts nie termasuk dalam kampung The Vale. So kalu nak checkout kena pi kaunter kat Shackleton. kaunter tue plak akan bukak 24/7. Memang takder masalah. Bila2 pon bley checkout.
Dek kerana lapaq, maka aku pn buatla cucuq jagung bagi bebudak nie makan. Sambil dok goreng, sambil sembang. Kejap jer rasanya masa berlalu. Rasanya baru semalam kami semua sampai kat Uk.Esok depa akan balik Mesia kecuali aku. Tinggalla aku, Aishah n Lana yang tak balik Mesia. Ekceli ader a few other Malaysian student yang tak balik Mesia jugak macam Sekeng dan Muszaidi.
Oleh sebab dah kenyang makan cucuq, kitaorang decide akan makan dinner lambat sikit. Dan oleh kerna ini adalah malam terakhir sebelum derang balik Mesia, aku ajak bebudak nie makan buffet kat Royal Orchid kat Selly Oak. Murah sajork iaitu 5 pound per person excluding drinking water. rege air dalam 1.20 pound segelas. Kat kedai orchid tue dier ader nasi goreng cina, nasi putih, pastu nasi aper nama ntah. pastu ade kepak ayam bakar, roti apa nama ntah, pastu ader a few sos, tomyam, dan pelbagai jenis masakan ayam. Ader a few dishes lagi la tapi aku lupa nama apa.
Nak kater sedap sangat tue, takdela tapi memang PUAS la makan kat situ. First sebab murah. Second sebab ader 3 jenis nasi. Dan aku suka tomyam dier. Walaupon kosong tapi memang sedap *bagi aku la.bebudak nie kater takdela sedap sangat*.
Pepun, mulai esok, aku akan tinggal sorang jela kat Tennis Courts nie *sebenqnya ader jer 4-5 budak lain lagi tapi bukan Malaysianla*.
Alamak, lupa plak aku nak citer pasal tajuk entry aku hari nie. Huhuhu, memang nasib baik sangat aku hari nie. Cam nie citernyer. pagi tadi aku masak megi. pastu terasa nak makan fish fingers. Sambil dok masak megi, aku letak fish finger tue dalam tempat grill kat dapur. Lepas megi aku siap masak, aku pon bawakla megi tu masuk bilik pasal nak makan megi sambil tengok citer korea kaedahnya. Nasib baikla setiap kali aku masak aku akan tutup pintu dapur. Dah tue, memang bestler layan citer korea nie. layan punya layan, sedar-sedar dah tengahari dan aku dah plan nak ke universiti. So, aku nak pi la mandi. Bukak jer pintu bilik, aku pon pelikla apsal la umah aku nie banyak sangat asap. Aku pon pelikla. Hah, BARU AKU TERINGAT. AKU ADER GRILL FISH FINGERS. Kelam kelibutla aku bukak pintu dapur. mak aih, terbatuk-batuk aku sebab sedut banyak sangat asap. Dahla aku terlupa bukak tingkap dapur masa masak megi tue. terus aku matikan api grill tue dan bukak semua tingkap dapur aku luas2. Jenuhla aku mengipas asap2 tue *bukan kipas punggung tau* supaya keluar ikut tingkap dapur aku. Sampai sesak napas aku di buatnyer. Gigih nie sambil mengipas asap sambil pekup mulut ngan hidung.
Yang aku peliknya smoke detector tak bunyi. Tapi smoke detector tue bukan kat dapur tapi kat hallway umah aku. Kan aku dah cakap yang aku tutup pintu dapur masa aku masak. Obviously of course la kan mende alah detector tue tak bunyi. Last-last biler aku dah setengah mampus mengipas asap sambil sedut asap *sampai naik kembung perut*, aku pon stop dan pi mandi dulu. Dah abes segala aktiviti dalam toilet *hikhik lama gakla aku dalam toilet. kalu nak masak nasi pon kirenyer nasi tue dah masak*, aku pon pila dapur. Tengok2 dah abis semua asap kuar. yang tinggal adalah bau hangit dan dinding dapur aku yang nampak terbakar. Biler aku bukak tempat grill aku, hancur luluh hati aku. 7 fish finger aku dah jadi arang. Huhuhu....sedeynya. habis musnah impian aku nak makan fish finger hari nie. Terpaksala aku masukkan 'arang' tue dalam tong sampah. Walaupon aku tak nanges tapi hatiku sedey.
Pepun aku bersyukur sangat pasal aku selamat. Yerla cuba korang bayangkan kalu aku tak teringat nak pi mandi, obviously aku stay jer dalam bilik aku dan tak sedar ader benda terbakar kat dapur. Dan aku akan sedut jer asap sebab aku tak bukak pon tingkap bilik.Sedut dan sedut sampaila aku.... And the worst thing is if there is an explosive. Alamatnya naya la aku nanti.Tak pasal-pasal aku jadi tajuk berita utama esok. Terpampang muka cute aku di muka surat depan suratkhabar2 dan juga kaca tv kat UK dan Mesia.Silap2 nama aku jadi perkataan yang paling banyak orang taip kat search engine. Aku nie dahla pemalu. Nanti semua orang kenal aku. Tapi, nasib baik mende suma tue tak berlaku. Aku sempat sedar. dan aku bersyukur sangat. Aku masih hidup dan sihat untuk aku taip sekarang nie untuk ceritakan kat korang semua. Dan aku sempat masak cucuq jagung bagi kawan2 aku makan petang tadi.
Moral of the story, depa kater aku buat cucuq tue sedap sekali *cenggitu plak*. Selain tue silalah berhati-hatila semasa buat apa2 keje. Dan jangan sekali-kali lalai dan lupa. Tapi, inilah kuasa drama Korea yang mampu mebuatkan aku lalai dan lagha *musti Pian buat point masa nasihatkan aku nie*. Alhamdulillah...
Dan so far, inilah entry aku yang paling panjang pernah aku tulis. Mesti penat korang baca entry aku nie *berangan nie ramai baca blog aku*.
Post Info
- Shunjike7
- 4:19 PG
- 0 comments
Mengenai Saya
- Shunjike7
- Lembah Bernam, Perak, Malaysia
- aku nie seorang yang kuat makan, kuat tido dan tak suka belajar...
Labels
- ADV xxxx (1)
- Afrika Selatan (3)
- Argentina (1)
- Bad Mood (1)
- Batu Kurau (1)
- Belanda (1)
- Bernam 22 (3)
- BookCafe (1)
- Brazil (1)
- Bukit Jana (1)
- Catatan Kenangan (1)
- Cuti Sekolah (1)
- Cuti Semester (2)
- France (1)
- Geng Ayu Tapi Ganas (1)
- Geng Gila2 (1)
- Geng Otai (1)
- Geng Serumah (2)
- German (2)
- Ghana (1)
- Jenjalan (1)
- JPJ (1)
- K'naan (2)
- Kenduri Kawen (1)
- Kg. Baru (2)
- KL (3)
- Kolej (1)
- Lagu (1)
- MPHOnline (1)
- Nancy Ajram (1)
- PTS (1)
- Ramadhan (3)
- Road Tax (1)
- Rumah Sewa (2)
- Selesema (1)
- Semester 5 (6)
- Setiawangsa (2)
- Shah Alam (1)
- Shakira (1)
- shopping (1)
- Syah Jihan (1)
- Tg. Malim (3)
- TV3 (1)
- UPSI (2)
- Uruguay (1)
- Video (1)
- World Cup 2010 (6)