Grab the RSS feed

Pi makan buffet!

lalala, aku nak pi makan buffet nie kat kedai nama Royal Orchid kat Selly Oak. Sajer jer nak bagitau korang...

Penyakit merbahaya!

Hari nie aku tak sihat pasal ader satu penyakit telah menyerang aku. Nak kata bahaya, tak bahaya. Nak kata tak bahaya, bahaya sebenarnya. Tapi, aku kena kuatkan badan aku supaya lawan penyakit nie. Kalu tak, alamatnya memang lambat baikla dari penyakit nie.

Penyakit yang aku maksudkan nie adalah penyakit malas nak hupdate blog. Huhuhu....bukan aper pasal dah 3 hari turut-turut aku tak lekat kat bilik. Asyik takder jer kat bilik. Kan dua hari lepas aku sibuk dok tolong bebudak nie angkut barang. pastu hari nie plak berjalan sakan. Ala bukan pi mana pon. Kat sekitar city centre jer. Aku bukannyer teman Amir beli barang tapi aku jalan2 ngan bebudak sengal *matila aku kena belasah nanti*. Sian Amir, dia gi shopping ngan Pian sajork. Tapi takper kan Amir? Ko tak marah kan? Amir pon dah balik Bristol petang tadi.

Kitaorang kuar city centre pon dalam kul 12.30 tghari. lambat gakla. Memula gi Woolworth kat Coventry Road. Bukan nak beli aper pon. Sajer gi tengok dalam tue ader jual aper. Pastu makan lunch kat situ. Lepas semyang zuhur kat situ, kami pi kedai SportsWorld kat Bullring. Pastu lepak2 kat Bulring. Lepas siap shopping kat situ *bukan aku yang shopping pon*, kitaorang plan nak gi tgk wayang tapi bila sampai kat wayang tue takleh masuk plak. Sebabnyer dier tak bagi bawak masuk beg pakaian yang hairi ngan p-jo beli kat Bullring tue. Sebabnyer? Entahler, kitaorang pon tatau.Lagipon bebudak nie bukan bersungguh pon nak tengok wayang. Sajer jer nk buang masa.

oleh sebab tak jadi tgk wayang, kami pi la lepak kat umah auntie kawan kitaorang nie yang tak jauh dari panggung wayang tue. Ingat nak lepak kejap jer sekali ader game werlkap kat tv. Maka tersangkutla kami kat situ sebab nak tengok bola kaedahnya. Tapi sempat lagi pi Tesco sekejap beli eskrim...

Pastu dalam kul 9.30 malam barula terhegeh-hegeh nak balik Tennis Court. So, terusla aku hupdate blog nie sebelum masuk tido *walhal isyak tak masuk lagi nie,musti ader yang terbabas karang. kalu tak isyak, subuh*.

Sengal badan

Ya, hari ni aku ader masa nak hupdate blog aku nie walaupun badan aku nie dah start rasa sengal. Dah dua hari aku ader kejap jer kat bilik. Banyak masa aku yang lain sama ada dalam keter atau kat umah orang lain. Sibuk tul dua hari nie.

Dua hari nie iaitu hari nie ngan semalam, kitaorang bebudak Birm sibuk menjalankan operasi memindahkan barang ke rumah baru. Tapi bukan umah bebudak lelaki tetapi umah bebudak pompuan iaitu umah Ada dan umah Nisa. Walaupon diaorang tak start lagi kontrak untuk umah derang tapi landlord derang ngan baik hatinya telah memberi tempat sebanyak 2 bilik setiap umah untuk depa letakkan barang2 sementara derang balik Mesia. next sem, Ada akan duk ngan Jija, Nebby, Nadiah Azmi ngan Korporal Fuzana. Manakala Nisa plak akan duk satu umah ngan Pana, Fido, Aishah Siput ngan Lana. Dua-dua umah pon kat Selly Oak tapi jauh gakla antara satu sama lain. Selly Oak kawasan student dari universiti kitaorang sewa rumah. Almost 80% rumah kat Selly Oak tu student sewa.Jarak dari Selly Oak ke universiti dalam 10 minit jalan kaki.

Dan kitaorang bebudak lelaki pon tumpang letak barang gak kat rumah derang sampai bulan 9. Bulan 9 baru kontrak sewa rumah kitaorang bebudak lelaki start. Tapi rumah yang bakal kami bebudak lelaki sewa tue bukan kat Selly Oak tapi kat Pershore Road. Lebey kurang 45 jalan kaki ke universiti atau 10 minit naik bas awam. Kitaorang sesajer jer amik umah yang jauh dari universiti tue sebab kawasan dekat bakal rumah sewa kitaorang tu adalah kawasan orang islam duduk. So, kedai-kedai untuk membeli barang2 makanan halal dekat ngan bakal rumah sewa kitaorang dalam 5 minit jalan kaki jer. Rumah yang bakal kitaorang sewa tue ader 6 bilik. So, satu bilik sorang. kat sini memang kena sewa satu bilik sorang bukannyer macam Mesia yang satu bilik bley sumbat 4-5 orang. Pulak tue kalu nak sewa umah kat UK nie kena sign kontrak. Sebulan setiap bilik/orang kena bayar lebey kurang 170 pound. Kira murah la tu kalu nak di bandingkan ngan rumah2 sewa kat selly oak yang kena bayar paling murah 200 pound seorang.

So, semalam ngan hari nie memang penatla memindahkan barang ke Selly Oak. Itu pun nasib baik ader dua biji keter yang telah di pinjamkan kepada kami. Satu milik Kak Mag/Dr Hafizal dan satu lagi milik Abang Sulaiman. Memang berterima kasih bebanyakla kepada mereka. kalu tak terpaksa la panggil teksi. Dan terima kasihla pada Adawiyyah and the gang pasal SUDI menumpangkan barang2 bebudak lelaki. Walaupun aku tak balik Mesia tapi aku tetap ader simpan barang2 aku seperti jaket2 dan baju2 sejuk. Yerla, skang nie kan musim panas, buat aper nak pakai jaket ngan baju sejuk. So baik simpan jer kat umah derang masa cuti summer nie.

Dan hari nie ex-schoolmate aku dari Bristol, Amir Syafiq datang pasal nak shopping barang kat Birm. Yerla, Birm nie kan syurga membeli belah. Tapi, bagi aku sama jer rege barang kat Birm ngan tempat lain. Entahla pasal aku tak penah shopping pon kat tempat lain cuma orang lain yang datang ke Birm yang cakap shopping kat Birm nie best. Amir nie plak ex-collegemate kpd Pian, Hairi ngan P-jo. Tapi sian kat Amir pasal datang pada tarikh yang tak seswai pasal kitaorang semua kan sibuk memindahkan barang2. So, terpaksala dia merayap/shopping kat Bullring tue sorang2. Sian...sian...Last time aku jumpa dier adalah dua setengah tahun dulu masa kat sekolah memandu. Aku waktu tu nak amik lesen moto. Huhuhu, kenangan beb kat sekolah memandu tue.

Esok plak cadangnye nak gi jalan2 lagi. Aku sajer jer kuar pasal bosan duduk sorang2 kat dalam bilik. Baikla aku gi jalan2.

penat skali

maaf la yer, aku penat sangat hari nie sebab dok angkut barang2 pi letak rumah Ada kat Selly Oak. so, esok jela aku hupdate blog aku nie.

Selamat hari baper...

Hari nie adalah hari bapa kat Mesia! Korang tau tak? kalu tak tau nie aku dah bagitau.Jangan ingat ader hari Ibu jer, hari Bapa pon ader gak tau. Ermm, kepada korang yang ader bapa lagi, bley la wish. masih tak terlewat lagi untuk wish.

Kat Mesia selain bapa, ader beberapa lagi nama panggilan lain seperti ayah dan abah. kalu nak panggil dad or father tue bley gak. Dan hari nie merupakan hari spesel untuk kiter meraikan bapa2 kiter. Janganla ingat hari nie jer nak raikan sebab tetiap hari pon bley.

Kalu nak raikan tue, bagila hadiah ker, kad ker. At least call la bapak kiter dan wish hari bapa sajer pon ok gak supaya tunjukkan kiter ingat kat bapak kiter *matila sesapa yang kredit/free minutes phone dier dah abes pasal call pakwe/makwe*.

Tapi aku nie dah takder sapa untuk aku wish selamat hari bapa.Kalu nak wish pon, aku wish kat abang aku jela.Pasal dier dah ader 2 orang anak. Abah aku dah meninggal. Yang tinggal mak aku jer. Nak wat camna, dah sampai masanya abah aku tinggalkan dunia. Dan memang itu lumrah sebagai manusia iaitu ader kelahiran dan kematian. Cuma aku terkilan sebab aku ader banyak bende, banyak perkara untuk aku tunjukkan kat abah aku. Aku nak bagitau abah aku yang aku skang nie ader dah abes sekolah. Aku dah masuk universiti.Aku kat UK skang.memang banyak sangat aku nak tunjuk dan bagitau abah aku. Tapi aku takder kesempatan tue.Dan jauh lagi perjalanan hidup aku yang kalau bley abah aku ada dan lihat sendiri.

Tapi masa abah aku masih ader, aku tak jadi anak yang baik. Aku selalu lawan abah aku. Selalu susahkan dier. Selalu buat dier marah, sedih...even masa abah aku sakit pon aku masih jadi jahat. Dan aku sangat menyesal. Kenapala aku dulu tak jadi baik? Dengar apa abah aku cakap...Buat apa yang dia suruh...Layan abah aku bebaik...

Biler dah besar macam nie, barula rasa menyesal. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna! Moral of the story, korang janganla jadi macam aku. Jangan bila mak bapak korang dah takder kat dunia nie, baru nak menyesal. Baru nak jadi baik.Baru nak dengar cakap.

So, aku cuma nak ucapkan kepada semua bapa-bapa kat luar sana termasukla bakal-bakal bapa, selamat hari bapa!

Balik kampung

ermm, hari nie aku tgk dah ramai bebudak omputih yang angkut barang nak balik kampung derang. Kat mana tue aku taktau la.Yerla, kebanyakkan derang dah dapat result exam semalam. So, dah takder apa dah kat university, lebey baik derang balik kampung.Mak bapak derang pon ader tolong angkat2 barang.

Kat hall aku nie cuma tinggal beberapa kerat jer lagi yang tak balik termasukla bebudak yang tak dapat result lagi macam aku dan bebudak yang tgh tunggu masa jer nak balik.Derang semua yg tgh tunggu nak balik tue plak sibuk dok kemas2 barang sebab nak balik.Aku? Takder apa pon yang aku buat ari nie pasal aku tak pi mana2 pon. Lambat lagi aku nak kuar dari hall nie so takyah kemas2 barang,Aku akan stay kat hall nie sampai awal bulan depan. Lepas tue aku tatau lagi nak lepak mana.

Hai, best nyer kalu kampung aku kat uk. Bley cuti nie aku balik kampung. Tapi malangnya kampung aku kat Mesia pasal aku kan Malaysian.Sah-sahla kalu aku nak balik kampung aku kena balik Mesia. Tapi aku plak gatai tak nak balik Mesia cuti nie atas sebab2 yang bley dielakkan. Secara otomatiknya aku tak balik kampung dan aku kena stay kat UK nie.

Pepun aku tak kisah sangat pon pasal balik kampung nie. As long as aku tak fikirkan pasal Mesia sangat, aku ok jer. Takder apa yg aku perlu rindukan kat Mesia selain mak ngan famili aku. Benda2 lain aku tak rindu pon macam makanan ker, pasar malam ker,tv ker. Sebab tue aku tak rasa homesick sangat. Makanan kat sini pon ok jer.Kat Mesia ader McD ngan KFC, kat sini pon ader cuma takleh makan jer. kalu kat Mesia ader pasar malam, kat sini ader car boot. Tv pon ader kat sini.



Cuma 3 bulan nie aku akan lonely la sikit pasal bebudak sengal kat sini balik Mesia so takder sapa nak kutuk aku dan takder sapa untuk dikutuk aku kecuali si siput. 3 bulan aku akan tengok muka yang sama. itupon kena jaga batas2 *sayur* pergaulan. Takleh nak bertepuk tampar *macam orang tue yang tepuk aku bagai nak rak biler aku curi tgk kad dier masa main kad*. Tapi takpela. Itu dinamakan .....(nama apa ek? aku pon tatau ia dinamakan apa).

So, fighto...oh!

Sedey tau

ish, awat la department aku nie lembap sangat nak periksa kertas exam. Bebudak department lain semua dah dapat. bebudak bio, budak fizik, budak engineering semua dah dapat. Tinggal bebudak maths belum. padahal bebudak maths la abes exam paling awal antara bebudak lain. Tapi nak wat camna. Kertas exam kitaorang beudak maths nie complicated sikit pasal nak kena check semua jalan kerja. yerla semua kertas exam kami 3 jam. Setiap paper ader lebey kurang 13-14 soalan. Jawapan untuk setiap soalan tue pulak panjang. Pastu kitaorang punya bilangan pelajar pon ramai. Sebab tue la lecturers kitaorang amik masa nak tanda paper exam.

Walau apa pun aku ucapkan tahniah kepada semua bebudak yang dapat proceed ke 2nd year tanpa perlu resit exam. Kalu tak naya jer nak kena datang balik ke universiti bulan 8 nanti. kalu nak amik resit exam kat mesia pon bley tapi kena bayar mahal.

Bebudak lelaki-amar,pian,rafizol, hairi, ruslan-baru jer balik bilik. Kitaorang sajer jer malam nie makan malam sesama. lagipun nak meraikan tetamu iaitu Azlan, budak Bath yang datang melawat Birm.Menu makan malam hari nie adalah sotong goreng tepung ngan nasi beriani.

Lupa plak nak cakap hepi birthday kepada rafizol sebab hari nie birthday dier. Aku awal2 lagi dah wish dier tgh malam tadi. Ermm, dah bertambah umur kawan aku nie. Aku punya birthday lambat lagi.

Bengang

Bodoh punya omputihs! Tatau ka pukul 3.30 pagi adalah waktu untuk tido. Bukannyer waktu untuk melalak. itula, mak bapak suruh belaja, taknak belaja. tau minum arak ngan makan vavi jer *matila sesapa yang vegetarian tue*. Tapi, takkan takleh nak pikiaq pepagi buta macam nie ader orang lain nak tido?

Mogok

Kalu nak diikutkan calendar universiti, esok sepatutnya aku akan dapat result. Tapi....disebabkan mogok yang dilancarkan oleh lecturers, maka sesi menanda kertas peperiksaan telah terjejas. Maka, aku takkan dapat result exam aku esok.

Mogok yg pensyarah2 buat nie dah lama dah start. Sejak bulan februari lagi dan bukan kat universiti aku jer tapi kat seluruh UK. Tapi nasib baik diaorang still lagi buat kuliah sampailah habis silibus. Cuma diaorang taknak periksa kertas jawapan exam. Diaorang mogok sebab nak mintak kenaikan gaji depa. Depa cakap gaji depa dah 20 tahun tak naik. Asyik sama jer gaji dari dulu sampailah sekarang. Lama tuee, nak dekat 2 dekad, sama umur ngan aku skang. Itu sebab la lecturers semua bengang. Ekceli dah 2-3 tahun depa buat mogok tapi tak berjaya jugak naikkan gaji. So, tahun nie depa buat tindakan drastik iaitu taknak periksa kertas exam. Ader lecturers yang extreme langsung batalkan exam untuk subject yang dier ajar. Tapi bukan lecturer aku la, itu lecturer lain. Aku tetap kena amik semua exam subject yang aku belaja.

Tapi minggu lepas mogok diaorang dah berjaya. Apa yang depa mintak tu dapat iaitu kenaikan kaji termasukla gaji yang tertunggak. So, derang baru nak start periksa kertas exam. Dan sebab tue jugak aku takkan dapat result aku esok. Department aku cakap seawal-awalnya isnin depan baru result kuar dan selambat-lambatnya ari rabu. Bebudak Bio akan dapat result esok petang. Budak fizik iaitu amar dah dapat result dier pagi tadi dan dia lulus. So dier dapat proceed ke second year.

Huhuhu, mintak2la aku pon lepas. Tak sanggup rasanya nak resit.

Camping di Wales - Pt 3

Uiihhh, panjangnyer entry aku pasal camping nie. Nie baru hari kedua, tak masuk hari ketiga lagi. Detail sungguh aku cerita pasal camping nie. Tak macam orang tue *sapa tatau* yang citer pasal camping nie dalam satu entry sajork. Aku rasa entry dier tue adalah rumusan kepada semua entry pasal camping yang aku tulis nie. Maka kalu korang taknak buang masa baca entry aku nie, korang clicklah kat SINI . Tapi kalu korang baca entry aku pon bley gak sebab sambil baca cerita camping, bley tengok2 gambar yang aku amik masa camping tue. Ala, biasa sajork gambar2 aku tue sebab guna kamera MURAH lagi TAK CANGGIH milik aku ittew. Tapi ia baru berusia seminggu sahaja *jenuhla aku nak lari pasal ader orang kater aku riak*.
---------------------------------------------------------------------------------------
Disebabkan aktiviti meronda sekitar south wales telah ditunda kepada esok hari, maka pada petang ahad itu, jadual aktiviti telah diubah. Pada petang itu, kem komandan memberi arahan agar bebudak lelaki akan masak bbq dan juga nasi goreng. Namun begitu, aktiviti memasak itu hanya akan di mulakan pada pukul 5 petang. Maka bebudak lelaki mempunyai banyak skali masa terluang. Maka kami menghabiskan masa ngan berborak dan membuta. Aku ngan Hairi membuta dalam khemah yang amat panas lagi hazab itu *tapi panas lagi api neraka*. Budak pompuan plak ader aktiviti mereka sendiri. Yang pastinya mereka tak membuang masa seperti kami. Tepat kul 5, kami pon memulakan aktiviti memasak. Nasi goreng telah ditugaskan kepada 3 orang jejaka dari Coventry Uni. manakala aktiviti bbq ayam telah diserahkan kepada 6 jejaka Birm. Uni. Kami pon apa lagi, dengan jiwa membara seperti api *hiks macam pepatah melayu-genggam bara api, biar jadi arang*, kami pon start la masak. Dengan menggunakan kemahiran hidup memasak yang diperturunkan dari generasi terdahulu,maka selesailah aktiviti memasak nie sebelum kul 8 malam.





Lepas tue terusla kitaorang makan malam. Memang sedap betul ayam ngan nasi goreng yang dimasak oleh bebudak lelaki. Sampaikan nasi goreng tue tak cukup. Nak wat camner, dah kenyataan nyer begitu. Lepas makan, sempat lagi kitaorang main friesbee. Aku rasa kan, asal ader masa free jer, main friesbee, asal free jer, main friesbee. Bebudak nie aku rasa dah ketagih kot ngan friesbee! Lepas dah siap mandi semayang semua, ader satu sesi *apa nama tatau*. Budak lelaki ngan Dr Hafizal manakala budak pompuan ngan Kak Mag. Bebudak lelaki buat kat tepi pantai dalam keadaan berdiri. Hadui, letih tau berdiri lama2. Tapi best sebab bley dengar bunyi ombak. Dalam sesi nie takder apa benda pon cuma Dr Hafizal ader kasi soalan sorang satu, pastu kena jawab soalan tue. Soalan2 tue berkisarkan alam sekitar. Ada gak yang berkisarkan ayat2 Al-Quran.
Dalam kul 12 baru habis aktiviti tue.Lepas tue baru masuk tido.

Esok pagi semua orang bangun lambat. Kul 4.15 pagi baru bangun nak semayang subuh. Apalagi, semua orang pon kelam kelibut la.Waktu tue langit dah hampir cerah dah pon. Tapi ader inisden yang x best berlaku hari tue. Lepas kitaorang abes semayang subuh, ader satu omputih nie marah kitaorang semua. Dier kater kitaorang kaco dier tido sebab kitaorang buat bising. Hiks, memang betul pon. Yerla, balik dari pantai semalam dah kul 12. Pastu sembang2 dalam khemah lagi. Lepas tue plak, kul 3 pagi ader bunyi alarm clock hp bunyi. Kononnya nak bangun subuh la kul 3 pagi tapi tak bangun pon. Itu yang omputih tue marah sangat. Well, kitaorang buat taktau jela.



Pagi nie disebabkan kitaorang semua dah terlambat bangun, maka semua orang tak bley masuk tido balik. Lepas subuh, terus kena khemas barang2. Ruslan ngan Hairi prepare breakfast manakala yang lain tue runtuhkan khemah. Menu asal pagi nie sepatutnya mee goreng tapi disebabkan kekurangan bahan2 mentah maka menu telah ditukar kepada roti telur. Disebabkan kitaorang akan check out awal dari camping site nie, maka untuk makanan tengahari telah di masak terlebih dahulu. Menu untuk lunch plak adalah Nasi Ayam pada mulanya tetapi telah ditukar jugak kepada Mee Sup. Lepas siap masak, makan breakfast, kemas khemah, buang sampah, maka ader sikit taklimat dari Dr Hafizal sebelum kitaorang memulakan perjalan balik.



Camping di Wales - Pt 2

Mak aih, gilerr sejukk tido malam tue. Dier punya sejuk tue sampai ke dalam tulang. Nak wat camna. Dah tido dekat ngan pantai. Sebab tue la waktu malam sangat sejuk. Dahla aku pakai sleeping bag murahan sajork, so lebey kurang macam pakai selimut jerla. Subuh plak pukul 2.30 pagi dah masuk. Tapi kitaorang solat subuh kul 3.30 pagi pastu ader kuliah subuh. Rasa macam nak pakai sleeping bag jer masa semayang subuh dan dgr kuliah subuh tue. Nasib baikla aku masih waras. Kuliah subuh tue pendek sajork pasal sejuk. So, lepas tue semua orang pon masuk khemah dan sambung membuta balik sampaila kul 7 pagi.

Pukul 7 tue, bangun, gosok gigi, dan terus bersiap untuk bersarapan. Aktiviti pagi nie adalah aktiviti mendaki bukit. Nie semua cadangan Aishah la nie supaya buat aktiviti nie. Hasilnya, aku ngan Ruslan yang menjadi mangsa. Selepas sarapan, bebudak lelaki ditugaskan untuk memerap ayam untuk aktiviti babique pada malam nanti. Budak pompuan lak aku taktau apa depa buat. Tapi selepas sarapan, aku ngan Ruslan kena pi survey jalan yang akan digunakan untuk mendaki bukit nanti. Sapa yg lantik aku untuk in charge bende nie pon aku tatau. Patutnya ajk aktiviti tapi bedahari ngan kem komandan plak yang kena pi survey. Tapi takpa la, at least aku bley bakar lemak aku walaupon aku setengah nak mati masa nak mendaki bukit tue.



Maka berpandukan peta yang aku print dari tenet, aku ngan Ruslan pon pi la survey jalan tue. Memang berbukit betul. Tapi takdela tinggi sangat pon. Tempoh perjalanan untuk aktiviti nie adalah selama sejam untuk pergi dan balik ke camping site. Kejap jer akiviti nie. Lepas survey tue, aku ngan Ruslan pon balik ke camping site untuk bagi taklimat sikit kat bebudak lain. Tepat kul 8.30 pagi, kitaorang pon start la aktiviti mendaki bukit nie dengan aku menjadi pemandu arah. Tak susah pon nak wat aktiviti nie pasal memang ader footpath yang telah disediakan oleh forest authority untuk sesaper jer yang nak menjalankan aktiviti berjalan2. So, kitaorang just kena ikut papan tanda dan juga footpath tue. Sepanjang perjalanan kitaorang tempuh rumah2 orang, pastue ader caravan park, daki bukit sikit, lalu ladang ternakan, nampak lembu, arnab. Dah separuh perjalanan, kitaorang stop dekat satu kawasan lapang atas bukit yang ley nampak laut. Pemandangan dari bukit tue memang cantik. Bley nampak pulau2, pastu bley nampak satu pekan kecik. kalu tak silap aku Pekan Amroth.



Kat kawasan tue sepatutnya kitaorang makan bekalan sandwich yang kitaorang bawak tapi bebudak nie kenyang lagi hasil dari makan breakfast. So, bebudak laki just duduk2 menikmati alam. Bebudak pompuan plak buat sesi taaruf rasanya. Pastu kitaorang ader buat sesi tazkirah mengenai sirah nabi yang di sampaikan oleh Pian. Kejap jer pasal Pian nie pemalu sikit (ye ker ko malu, Pian?). Dah habis lepas tue, kitaorang pon balikla ke camping site tapi lalu jalan lain. Lebey kurang sama jer scenery yg kitaorang nampak iaitu caravan park, rumah2 orang, ladang ternakan dan jugak tanah lapang. Pastu ader kawasan semak samun sikit2. Tapi memang cantik scenery kawasan tue. Mostly yang tinggal kat kawasan situ adalah orang2 tua yg dah pencen. Yerla, mana ader orang muda yg nak duduk kat kawsan countryside yg jauh dari segala hiburan.






Kitaorang sampai kat camping site pon dah nak dekat tengahari. Yang pompuan sambung sesi tazkirah sikit. Yang lelaki plak ader yang sambung tido, ader yang borak2 kosong. Dah penat borak2, kitaorang main friesbee. Tengahari buta main friesbee. Dah kuar peluh bagai lepas main tue, sambung lepak2 kat khemah sementara tunggu makan lunch. Menu lunch ari nie sepatutnya masak lemak cili padi tetapi tukang masak iaitu cik siti teratai lupa bawak cili padi. Kalu takder cili padi, mana nak jadi masak lemak cili padi. Maka menu telah ditukar kepada masak lemak biasa sajork.



Aktiviti petang nie sepatutnya adalah sesi berjalan-jalan sekitar South Wales. Namun apakan daya kitaorang apabila terpaksa berdepan satu lagi dugaan iaitu enjin minibus tak dapat nak di hidupkan. Masa nie bebudak lelaki menjadi mangsa sebab terpaksa menolak minibus tue ke hulu hilir dalam cubaan untuk menghidupkan enjin minibus tue. Bayangkan dalam panas terik matahari kul 2 petang kitaorang terpaksa menolak minibus tue sementara budak pompuan plak melihat sapa budak laki yang curi tulang tak tolak minibus tue. Dah penat menolak dan berpeluh bagai, barulah Dr Hafizal decide nak tepon mekanik. Hasilnya, mekanik tue akan sampai dalam masa 2 jam lagi. Disebabkan itu, maka aktiviti meronda sekitar South Wales telah ditunda kepada keesokkan harinya.

Jalan dan jalan dan jalan lagi...

Aku rasa masa cuti nie banyak skali aku kuar jalan-jalan. Dari minggu lepas lagi masa pegi camping kat Wales tu, sampaila petang nie. Walaupun aku sekadar kuar jalan2 di sekitar Birm sajer tapi still jalan2 kan?

Semalam Eddie ngan Shimi datang ke Birm. Eddie nak shopping hadiah untuk famili dier pasal dia dah nak balik Mesia sabtu nie. Tue yang sanggup datang Birm nak shopping. Yerla, Birm kan terkenal sebagai tempat untuk bershopping! So semalam aku bawakla dia pusing2 kat city centre. Destinasi utama dah tentulah Bullring. Shopping complek yang besar lagi cantik itu memang ader banyak kedai2 yang menjual pelbagai barang *walaupun regenyer bley tahan mahal*. Memang sepanjang petang semalam aku berjalan jer. Nasib baik Eddie nie jenis yang tak cerewet masa shopping. Apa yang berkenan dimata, terus beli tanpa banyak citer. Memang kitaorang tawaf la satu Bullring tue.

Eddie siap beli beg baru yang besar lagi pasal beg yang dia bawak datang Birm tue tak muat nak letak barang2 yang dier shopping. Dah habis shopping, kitaorang lepak2 kat luar Bullring tue. Sajer lepak2 tengok orang lalu lalang. Pastu dalam kul 6.30 baru balik rumah aku. Aku masakla dinner untuk derang iaitu sup ayam ngan sambal ikan bilis. Tengah masak, si Nisa ngan Pana tepon ajak makan mee hailam kat Maple Bank. Apala derang nie. Aku dah masak dinner baru nak ajak makan. Lepas maghrib baru kitaorang gi sana makan mee hailam. Balik rumah aku pon dah kul 12 tgh malam.



Pagi nie rancangannyer nak gi beli cokelat kat Cadbury World. Lepas makan breakfast kat bilik Jija, kitaorang pon gerakla gi beli cokelat. Banyak jugakla bebudak nie beli barang. Hari nie Ruslan ngan Hairi pon ikut gak kitaorang kuar jalan2. Tapikan, masa on the way balik tue, Nisa call aku kater kena gi department sebab nak isi form untuk pilih module aper untuk 2nd year. So, aku suruh Ruslan bawak derang balik Tennis Court dan aku plak gi department sebab nak amik dan isi borang. Bengang tul aku ngan department aku nie pasal dier tak kasi e-mail pon kater hari nie ader meeting pasal 2nd year. Ader ker patut dier tampal notis jer kat notice board kasitau hari nie ader meeting. Mana ader bebudak yang rajin pegi department waktu cuti macam nie semata-mata nak check notice board.



Lepas zuhur, kitaorang kuar city centre. Eddie nak beli something untuk mak dier so kitaorang masukla Bullring lagi. Shimi plak nak ajak gi makan kat kedai melayu yang kat open market tue tapi apakan dayanya kedai tue tutup ari nie. So, aku bawak derang gi makan kat kedai halal sebelah new street station. Yang bestnyer pasal kedai tu adalah ayam goreng ngan sos cili dier sedap. Pastu tempat makan dier besar dan selesa. Kedai tue jugak ader surau. So, kalu kami kuar city centre, kami gi kedai tue jer pasal lepas makan bley semayang.

Shimi ngan Eddie sebenaqnya nak gi Liverpool petang tadi. Derang naik bas dari Birm nak ke sana. Lepas makan, aku, Hairi ngan Ruslan pi antar derang kat coach station. Lepas antar derang, aku, Hairi ngan Ruslan masuk balik Bullring pasal si Hairi nak shopping hadiah untuk famili dier plak. Maka, berjalan lagi aku kat dalam Bullring.

Petang dalam kul 7 baru balik Tennis Court.Lepas maghrib aku dah plan nak wat tayangan perdana citer buli balik kat bilik aku.

Unlimited Bowling

Semalam kami pi bersuka ria kat Star City ngan main boling. Best sekali main boling ramai-ramai. Memang kecohla tempat tue. Seperti biasa ada adegan kutuk mengutuk yang di ketuai emmm dan dibantu oleh emmm. Almaklumlah, nak wat camna. Pin boling tue di tgh lane tapi bola yang di baling plak masuk ke tepi lane. Terpaksala 'ditegur' kan?

Yang best nyer main boling semalam adalah regenyer yg sangat murahhs skali. Kami cuma perlu bayaq 6 pound termasuk shoe hire dan bley main unlimited game. Sangat best. Cuma ader sikit restrictions iaitu main sebelum kul 6 petang dan kena ader at least 4 people yg bermain sama2. Jadi, sebaik saje pintu tempat boling tue di bukak pade pukul 12 tghari semalam, kami pon menyerbula masuk. Semangat nie nak main boling. Almaklumlah dah lamer skali tak main boling.

Dapatla kitaorang main dalam 7 game boling. Itupon sebab semua pon dah rasa penat dan lenguh2 tangan. Ader gak yang samapi melecet kat jari. Habis main boling, pi makan kat restoran Yussef plak. Restoran tue kat Star City gak. Best betul duduk Birm nie. Kat tempat macam nie pon ader kedai makan halal. Dan rege untuk makanan kat situ pon murahs skali. Bufet untuk lunch hanya 4 pound. Bley makan sebanyak mana yang korang mampu. Kualiti masakan dier aku kasi 6.5 dari 1o bintang. Okla untuk rege yang kami bayaq.

By the way, kalu sesapa yang tak tau Star City tue aper, star city tue adelah tempat bersuka ria. Dalam satu bangunan tue dier tempatkan pelbagai jenis aktiviti untuk bersuka ria. Antaranya boling, cinemas, pastu ader rock climbing, tempat gelungsur salji and etc. Ader gak 2-3 buah kedai baju dan a few restaurant like Nandos. Ha, kedai Nandos nie pon halal jugekk. Cuma jarak dari rumah aku ke tempat tue agak jauh dan kene naik 2 bas. Lebey kurang 1 jam jugak kalu nak pegi pasal bas tue banyak berhenti-henti dan masuk kawasan perumahan.

Balik petang semalam, Amar singgah rumah aku dulu pasal nak amik cd citer House yang aku belum burn dalam cd lagi. Pelikkan? Agakla... camna nak amik cd tue kalu aku belum burn lagi so terpaksa la dier lepak rumah aku dulu sementara nak tunggu aku burn cd. Rafizol ader gak bertandang ker rumah aku nie. Maka apabila dah cukup korum trilogy *bukan trilogy lord of the rings*, kami pon main la sejenis permaianan yang amat mengasyikkan lagi melalaikan * tapi jangan fikir bukan2 tau...tak baik speku speki nie*. Dari siang bawka ke malam, dari kat luar hujan sampila hujan dah nerenti, tapi tetap tak menghalang kami bermain. Lepas tue hairi pon ader gak bertandang. Dalam kul 10 tu kami order pizza pasal kami tak makan dinner lagi.

nie lagi satu bestnyer duk kat Birm nie, nak makan aper2, order guna telepon sajer. Dan tunggu sampai depan rumah. Regenyer pon takdela mahal sangat. Pastu tepon Pian ngan Ruslan untuk join makan pizza. Dah kenyang bagai makan pizza, sambung lagi main game tue. Kali nie Ruslan nagn Hairi pon join gak. Memang best betul pasal perut aku sakit sebab banyak gelak sangat. Nie semua keje Hairi ' hari-hari makan kari sambil pakai sari tapi tak pegang vavi'. Haram katanya. banyak tul cengkadak dan cengkedek dier.

Main punya main sampaila masuk subuh. Dapat semyang di awal waktu.Bukan macam selalu *matila sebab selalu TERbuat di akhir waktu*. Pastu semua orang dah ngantuk dan masuk tido. Amar plak tinggal kat dapur aku tengok citer House pasal kalu dier nak rumah awal lagi. kang kalu jadi apa2, sapa yang susah, mereka dan keluarga mereka. The result for today, i woke up at 10.30 tihs morning. terus on kan laptop dan hupdate blog ku ini...

Barbeque lagi...

Assalamualaikum...maaf la yer pasal semalam aku tak dapek nak hupdate blog. Penat sangat la semalam pasal dari pagi sampai malam aku sibuk.

Semalam pepagi lagi dah kuar ke city centre pasai nak beli barang. Ruslan, Pian,Amar ngan P-jo nak beli beg. Yerla, derang kan nak balik Mesia 2 minggu lagi. So, depa terpaksa beli beg baru yg besar sebab nak letak barang2. Aku plak? Takdak beli apa pon saja teman derang. Pastu pi singgah Sing Fatt jap pasai nak beli barang2 untuk aktiviti hari nie. Sing Fatt nie supermarket cina. Ader jual barang2 dari asia termasukla barang2 dari Mesia macam instant mee meggi, sos meggi, kicap cap kipas udang. Seafood pon ader gak macam ikan selar, ikan kembung, sotong, udang, tiram dll (babi pon ader jual gak). Tapi semua tue frozen product. Kiranya tak segar sangatla. Rege barang2 kat situ takdela mahal sangat.

Pastu ronda2 Bullring pasai nak window shopping katanya. Nak survey barang2 beserta regenyer sebab derang nak beli bawak balik Mesia. Memang penat gakla berjalan waktu kat city centre tue. Pastu sebelah petang semalam kami pi rumah Abang Sulaiman. Dier jemput pi umah dier untuk makan2. Dia pon nak balik Mesia summer nie. Flight dier ari rabu nie. Lagipon dier nak mintak tolong sikit dari kitaorang untuk mengangkut barang2 pi rumah baru dier kat Harborne. Ekceli bukanla Harborne tapi kira sempadanla. Dari rumah baru dier ke universiti tak jauh sangat. Lebih kurang 20 minit sajork jalan kaki. Rumah baru dier lebey kurang jer ngan rumah sekarang nie cuma lagi cantik sikit. Lupa nak mention yang kitaorang makan nasi lemak masa kat rumah dier tue. Gilerr sedap....Tak pedas langsung sambal udang yang wife dier masak *matila sesapa yang pernah rasa sambal aku buat*.

Hairi, Fuzana, Siti ngan aku



Kat depan The Beeches



Pas balik dari rumah dier, kami ramai2 ngan bebudak pompuan pi serbu rumah fido plak kat Beeches. Bukan nak wat aper pon cuma nak pi main kad Uno. Sajer lepak2 kat situ. lagipon dah kemaruk nak main Uno. Tapi sempat main 2 round sajork dan au kalah waktu second round tue. Sampai bilik semalam pon dah pukul 10.30 malam. Memang penat waktu sampai bilik semalam. Tapi still takleh nak rest lagi pasai nak kena prepare bahan2 untuk aktiviti ari nie iaitu usrah + barbeque.



Lepas siap mandi+ semayang maghrib, sempat lagi amik napas dalam 5 minit sebelum pi dapur yang jaraknya 7 langkah dari bilik aku. Malam semalam kami kena prepare barang2 untuk aktiviti ari nie. Kena kupas bawang, halia. Pastu nak kena blend lagi bende2 tue sebab nak marinate ngan ayam. Pastu kena rebus nasi impit ngan masak kuah kacang. Nasib baik kat Asda ader jual nasi impit segera. Jadi, takyah la susah2 nak buat mende tu. Cuma tinggal rebus jer lagi. Tapi kejap jer buat semua tue pasal ramai yang buat keje *hiks kecuali aku yang banyak mengarah orang lain*. Menu untuk aktiviti ari nie adalah ayam bbq, sosej, udang ngan daging steak panggang.

Cuma yang lamanya sebab nak masak kuah kacang tue pasal nak kene tunggu bende tue pecah minyak. Dalam kul 2.30 baru settle semua keje2 memasak. dah settle semua, derang pon blah kecuali P-jo pasal nak tgk citer scary movie 4 ngan aku. walaupon penat, tapi sebab aku dah lamer nak tgk citer nie, sanggup tido lambat pasai nak tgk citer nie. Bangang lawak betul citer nie. So, dalam 4 pagi tadi lepas subuh baru aku tido. Pagi nie kul 9.30 pagi baru bangun. Kira lambatla dari selalu. Selalunya kul 9 dah bangun. Pastu sempat lagi sambung tengok citer house plak pagi nie.

Usrah suppose be start at 3 p.m but Dr Hafizal arrived a little bit late around 3.30 p.m. So, sambil dok panggang ayam, sambil la dok berusrah. Hari nie usrah pasai Hadis 40 oleh Pian dan juag pasal sahabat nabi oleh Ruslan. Tak concentrate sangat pon aku hari nie pasai dok bau ayam panggang ngan ader asap. Kembang kuncup kembang kuncup hidung aku dok bau ayam tue. Tapi still bley masuk juga sikit2.Kami dok berusrah nie kat bawak pokok kat tasik The Vale. Orang putih semua dok berjemuq kat tengah panas, kami sajork yang dok lepak kat bawah pokok. Mesti omputih tue kater kami nie pelik.



Memang penat betul hari nie ngan semalam. Sedar tak sedar tinggal 5 hari lagi sebelum result exam kuar. Agaknyer apala result yang aku dapat nanti?

Camping di Wales - Pt 1

Tepat pukul 3 petang, kami pon memulakan la perjalanan yang tak berapa nak selesa nie ke destinasi iaitu Jambatan Orang Pandai a.k.a Wisemans Bridge di Pembrokeshire,South Wales. Kami berkonvoi menggunakan 1 kereta, 1 mpv dan 1 minibus (ala, bukan minibus pon. aku tengok macam van yang besar jer). Sepatutnya ada satu kete lagi milik Ustaz Isa tetapi beliau menarik diri pada saat-saat akhir.Oleh sebab itu, maka kuranglah tempat duduk untuk para peserta. Hasilnya, bebudak lelaki seramai 6 orang terpaksa duduk berhimpit di dalam kereta. Aku dgn driver iaitu Miqdad di bahagian depan manakala Amar, Pian, Rafizol dan Hairi berhimpit di belakang. Yerla, takkan aku duduk kat belakang plak. Kang ader yg tak sampai Wales tapi sampai kat hospital pasal sesak napas. 3 orang peserta lelaki lagi iaitu Syarul (driver), Wan dan Ruslan bersama peserta2 pompuan plak naik minibus dan satu keluarga Dr Hafizal plak naik mpv kepunyaannya.





Dari Birmingham ke South Wales sepatutnya amik masa 3 jam jer tetapi oleh kerana kitaorang bergerak secara konvoi maka hanya selepas 4 jam baru sampai ke tapak perkhemahan. Kesian kat bebudak lelaki yg berhimpit dalam kereta. 4 jam tue duduk berhimpit. Dalam duduk berhimpit tue pon derang bley tibai tido jugak. Heee geramnyer aku sebab aku tak bley tido pasal aku kena tengok jalan nak ke Wales.Aku pon tak banyak cakap dalam keter pasal ader orang yg aku tak kenal iaitu Miqdad. Pian jer yang banyak sembang ngan Miqdad. Nak harapkan 3 budak lagi tue, erm tak dapatla den nak nolong. Memang cantik giler la pemandangan kat Wales sepanjang perjalanan. Ader hutan2 yang bukan macam kat Mesia. Pastu tanah lapang yang seluas mata memandang. Ader nampak kambing biri-biri, kuda pastu macam-macam lagila. Memang jauh beza nak di bandingkan ngan Mesia. Dan akhirnya kitaorang pon sampailah ke tapak perkhemahan tanpa ader kejadian yang di ingini. Itupon dah pukul 7 malam. So, cuma tinggal lebey kurang 3 jam lagi sebelum langit bertukar menjadi gelap.





First impression waktu sampai kat tempat tue adalah 'la, camni je ker pantainya!'. Sebabnya pantainyer tak menarik sangat. Ada batu2 kat pantai. So, takdela nampak cantik seperti diharap-harapkan.Walau apapon, masih lagi rasa teruja pasal boleh dengar bunyi deruan ombak yang menghempas pantai (chewah, gilerr ah ayat BM aku. Kalu cikgu BM aku kat Semesti baca, mau dapat markah A++ nie. Kalah Cik 17 A1 tue). Pastu kitaorang bergerakla ke tapak perkhemahan yang terletak 3 jam perjalanan bagi siput babi untuk ke pantai. Untuk manusia normal dan sihat plak, ia cuma mengambil masa 3 minit. Tapak perkhemahan tue okla. Agak bersih kawasannya cuma terdapat bauan yang kureennngg menyenangkan pasal ader tong sampah yang besar kat belakang camping site tue. Pastu ader banyak agas dan unggas yang berterbangan kat kawasan tue.



Kat camping site nie ader di sediakan toilet dan tempat mandi. Toilet bley digunakan secara free of charge manakala untuk shower kena bayar 50p untuk 15 minit. Pastu, siap ader cctv kat camping site nie bagi menjamin keselamatan tourers.Selain tue, ader juga di sediakan suis elektrik untuk kegunaan barang2 elektrik seperti lampu dan juga heater.Kos elektrik telah dimasukkan dalam bil bayaran untuk tapak khemah.Yang tak bestnyer pasal camping site nie adalah ader orang putih juga yang bercamping. So tak bley nak wat sesuka hati. Kena jaga perlakuan agar tak ganggu orang lain.



First sekali yang kena buat adalah memasang khemah. Hadui, susah betul nak pasang khemah nie pasal ia adalah sangat complicated bukan macam khemah kat Mesia. Kat sini khemah2 ader pelbagai saiz dan bley memuatkan lebih ramai peserta berbanding khemah2 yang ader kat Mesia. Bayangkan kitaorang bebudak lelaki seramai 9 orang tido dalam satu khemah dan bebudak pompuan seramai 15 orang tido dalam satu khemah jugak. Bezanya kemah diaorang lagi besar dari khemah kitaorangla. Dalam 2 jam baru selesai memasang khemah.Itupon dah nak dekat kul 10 malam.

Sambil pasang khemah, bebudak pompuan kemas tempat untuk memasak dan prepare untuk dinner. Dah habis kemas tempat2 camping, kitaorang pon solat maghrib dan isyak disusuli ngan sedikit taklimat oleh Dr Hafizal. Dah habis semua, tibalah masa untuk makan malam. Menu malam tu adalah mashed potato bersama baked bean,sweeetcorn dan kacan peas. Memang western. Last sekali, barulah bley masuk khemah. Ingat tak bley terus tido. Sekali kem komandan iaitu Ruslan suruh buat sesi taaruf untuk lelaki iaitu sesi kenal-mengenal dulu. Dengan mata separuh tertutup, maka kenal-mengenal la kami antara satu sama lain walaupon sebenarnya dah kenal dah pon. Mana tak kenal. Asyik-asyik muka Ruslan, Amar, P-jo, Hairi ngan Pian jer aku jumpa. Cuma tak kenal 3 orang lagi iaitu Miqdad, Wan dan Syarul. Lepas tue barulah bley tido.