Grab the RSS feed

Camping di Wales - Pt 1

Tepat pukul 3 petang, kami pon memulakan la perjalanan yang tak berapa nak selesa nie ke destinasi iaitu Jambatan Orang Pandai a.k.a Wisemans Bridge di Pembrokeshire,South Wales. Kami berkonvoi menggunakan 1 kereta, 1 mpv dan 1 minibus (ala, bukan minibus pon. aku tengok macam van yang besar jer). Sepatutnya ada satu kete lagi milik Ustaz Isa tetapi beliau menarik diri pada saat-saat akhir.Oleh sebab itu, maka kuranglah tempat duduk untuk para peserta. Hasilnya, bebudak lelaki seramai 6 orang terpaksa duduk berhimpit di dalam kereta. Aku dgn driver iaitu Miqdad di bahagian depan manakala Amar, Pian, Rafizol dan Hairi berhimpit di belakang. Yerla, takkan aku duduk kat belakang plak. Kang ader yg tak sampai Wales tapi sampai kat hospital pasal sesak napas. 3 orang peserta lelaki lagi iaitu Syarul (driver), Wan dan Ruslan bersama peserta2 pompuan plak naik minibus dan satu keluarga Dr Hafizal plak naik mpv kepunyaannya.





Dari Birmingham ke South Wales sepatutnya amik masa 3 jam jer tetapi oleh kerana kitaorang bergerak secara konvoi maka hanya selepas 4 jam baru sampai ke tapak perkhemahan. Kesian kat bebudak lelaki yg berhimpit dalam kereta. 4 jam tue duduk berhimpit. Dalam duduk berhimpit tue pon derang bley tibai tido jugak. Heee geramnyer aku sebab aku tak bley tido pasal aku kena tengok jalan nak ke Wales.Aku pon tak banyak cakap dalam keter pasal ader orang yg aku tak kenal iaitu Miqdad. Pian jer yang banyak sembang ngan Miqdad. Nak harapkan 3 budak lagi tue, erm tak dapatla den nak nolong. Memang cantik giler la pemandangan kat Wales sepanjang perjalanan. Ader hutan2 yang bukan macam kat Mesia. Pastu tanah lapang yang seluas mata memandang. Ader nampak kambing biri-biri, kuda pastu macam-macam lagila. Memang jauh beza nak di bandingkan ngan Mesia. Dan akhirnya kitaorang pon sampailah ke tapak perkhemahan tanpa ader kejadian yang di ingini. Itupon dah pukul 7 malam. So, cuma tinggal lebey kurang 3 jam lagi sebelum langit bertukar menjadi gelap.





First impression waktu sampai kat tempat tue adalah 'la, camni je ker pantainya!'. Sebabnya pantainyer tak menarik sangat. Ada batu2 kat pantai. So, takdela nampak cantik seperti diharap-harapkan.Walau apapon, masih lagi rasa teruja pasal boleh dengar bunyi deruan ombak yang menghempas pantai (chewah, gilerr ah ayat BM aku. Kalu cikgu BM aku kat Semesti baca, mau dapat markah A++ nie. Kalah Cik 17 A1 tue). Pastu kitaorang bergerakla ke tapak perkhemahan yang terletak 3 jam perjalanan bagi siput babi untuk ke pantai. Untuk manusia normal dan sihat plak, ia cuma mengambil masa 3 minit. Tapak perkhemahan tue okla. Agak bersih kawasannya cuma terdapat bauan yang kureennngg menyenangkan pasal ader tong sampah yang besar kat belakang camping site tue. Pastu ader banyak agas dan unggas yang berterbangan kat kawasan tue.



Kat camping site nie ader di sediakan toilet dan tempat mandi. Toilet bley digunakan secara free of charge manakala untuk shower kena bayar 50p untuk 15 minit. Pastu, siap ader cctv kat camping site nie bagi menjamin keselamatan tourers.Selain tue, ader juga di sediakan suis elektrik untuk kegunaan barang2 elektrik seperti lampu dan juga heater.Kos elektrik telah dimasukkan dalam bil bayaran untuk tapak khemah.Yang tak bestnyer pasal camping site nie adalah ader orang putih juga yang bercamping. So tak bley nak wat sesuka hati. Kena jaga perlakuan agar tak ganggu orang lain.



First sekali yang kena buat adalah memasang khemah. Hadui, susah betul nak pasang khemah nie pasal ia adalah sangat complicated bukan macam khemah kat Mesia. Kat sini khemah2 ader pelbagai saiz dan bley memuatkan lebih ramai peserta berbanding khemah2 yang ader kat Mesia. Bayangkan kitaorang bebudak lelaki seramai 9 orang tido dalam satu khemah dan bebudak pompuan seramai 15 orang tido dalam satu khemah jugak. Bezanya kemah diaorang lagi besar dari khemah kitaorangla. Dalam 2 jam baru selesai memasang khemah.Itupon dah nak dekat kul 10 malam.

Sambil pasang khemah, bebudak pompuan kemas tempat untuk memasak dan prepare untuk dinner. Dah habis kemas tempat2 camping, kitaorang pon solat maghrib dan isyak disusuli ngan sedikit taklimat oleh Dr Hafizal. Dah habis semua, tibalah masa untuk makan malam. Menu malam tu adalah mashed potato bersama baked bean,sweeetcorn dan kacan peas. Memang western. Last sekali, barulah bley masuk khemah. Ingat tak bley terus tido. Sekali kem komandan iaitu Ruslan suruh buat sesi taaruf untuk lelaki iaitu sesi kenal-mengenal dulu. Dengan mata separuh tertutup, maka kenal-mengenal la kami antara satu sama lain walaupon sebenarnya dah kenal dah pon. Mana tak kenal. Asyik-asyik muka Ruslan, Amar, P-jo, Hairi ngan Pian jer aku jumpa. Cuma tak kenal 3 orang lagi iaitu Miqdad, Wan dan Syarul. Lepas tue barulah bley tido.

0 comments:

  •