Grab the RSS feed

Api! Api!

Tengah malam tadi, dalam kum 1.30 pagi bunyi loceng kedengaran....

Serentak dengan itu aku kedengaran teriakan...'api.....api....api!!!'

Aku tersentak dari katilku....

Ketika itu aku sedang menonton filem seorang diri di atas katil di dalam bilik....

Bukan filem blue yer...

Tetapi filem ini....



Aku bingkas bangun...

Dan hosmet aku bergegas masuk ke bilikku....

Semua tertanya-tanya....

Melihat ke luar tingkap, perkataan api saling bertingkah disebut oleh para penghuni kolej

Aku dan hosmetku bergegas keluar dari bilik seterusnya keluar dari rumah....

Kami melihat semua orang berjalan lenggang lenggok menuruni tangga...

Terlihat Jaya Anak Sapa Ntah bersama-sama 2 budak Sarawak Izat n Fazul tersenyum simpul di depan bilik bacaan di tingkat bawah...

Kami saling berbalas lambaian tangan....

Aku dan hosmetku turut mengikut para penghuni lain berjalan lenggang lenggok menuruni tangga...

Arus penghuni semuanya menuju ke padang untuk berkumpul.....

Di padang, semua orang bersuka ria....

Bersembang, bergelak ketawa malah ada yang sempat bermain bola...

Berbagai pakaian ragam dipamerkan....

Baju pagoda, t-shirt lusuh, seluar pendek, berkain pelikat, malah boxer turut kelihatan

Berbaju melayu lengkap berkopiah ala-ala tengah buat tahajud pon ada...

Akhirnya selepas 10 minit tanpa ada apa2 pengumuman dari sesapa, semua para penghuni kolej blok lelaki beransur balik ke bilik....

Sekali lagi kami mengikut arus penghuni kolej...

Dan akhirnya kami selamat sampai semula ke bilik dan sambung semula kerja masing-masing...

Maka dengan bearkhirlah sesi....


0 comments:

  •