Pernah tengok teater?
Aku dah pernah...
For the first time i got to watch a teater...teater bangsawan lagi ko...
Sabtu lepas, aku yang tak pernah tengok teater nie teringin sangat nak pergi...actually dah seminggu dah aku asyik ajak bebudak nie gie tengok teater tu tetapi semua pon busy but then hari sabtu malam tue akhirnya kitaorang gie jugak tengok...
Tajuk teater tue, Puteri Sakdung....di pentaskan di Panggung Budaya kat universiti aku yang tersohor nie (tersohor la sangatkan)...hasil gabungan para pelajar dan staf-staf Fakulti Seni dan Muzik kat uni aku nie ditambah dengan penglibatan sebuah kelab warisan bangsawan dari luar, memang teater tue sangat mantap...walaupun masih ada beberapa kesilapan yang mencacat-cela kan persembahan tersebut namun keseluruhannya aku masih bagi standing ovation kat para pendokong watak dalam teater tue...
Tapi sebagai orang yang pertama kali menonton teater, mungkin aku masih tak tahu akan rupa bentuk teater yang sempurna...adakah seperti teater Puteri Gunung Ledang?
dan di antara babak teater tersebut, diselitkan persembahan tarian dan nyanyian yang memukau jiwa...malah lagi sedap daripada nyanyian para pelajar AF...
Oh did i mention that Aisyah, the powerful singer also watched the teater with me?...yeah yeah yeah she might be not sitting beside me but in the same hall with me...and guess what? i think there is at least 2000 people watched the teater with me...memang tak cukup tempat duduk, terpaksa duduk kat tangga...
apa-apa pun, i'm proud to say i've been to a Teater
then petang semalam, boring-boring tak tau nak wat apa, aku ajak (asyik aku aje ajak, nampak sangat aku suka keluar berjalan-jalan) bebudak rumah aku gi merempit kat satu tasik dekat aje ngan kolej aku nie....hajat dihati nak main kayak kat tasik tu...tapi tengah jalan hujan rintik plak...so tukar plan kitaorang gi Hari Terbuka KHAR, salah satu kolej kat uni aku nie...macam biasa ada gerai2 jualan baju, cenderamata, produk kecantikan dan makanan-makanan la of course...selain tue ada jugak persembahan artis, forum perdana, dan lain-lain la...tapi banyak aktivitinya menjurus kepada wanita...almaklumlah lelaki kat universiti aku dah pupus...
Kalau minggu nie Hari Terbuka KHAR, minggu depan a.k.a start Khamis nie sampai ahad adalah hari terbuka kolej aku yang terchenta nie plak...pelbagai aktiviti2 telah disusun, pelabagai gerai jualan akan dibuka...dan pelbagai program akan dijalankan...so marilah beramai-ramai ke kolej aku, Kolej KAB...dan sepanjang Hari Terbuka KAB nie, aku busy...mana jadi ajk persiapan tempat, nak jaga gerai jualan lagi, pastu ada kemungkinan jadi mc (although i don't think i'll be called)...and mind you that on monday i have an assignment to send....die la me like this...
0 comments:
Catat Ulasan