Grab the RSS feed

Bekas Banduan

Dalam suratkhabar hari ini ada disiarkan berita mengenai Raja Muda Perak, Raja Nazrin Syah yang meminta seorang bekas banduan, Pak Rasyid supaya jahitkan satu kasut untuk baginda. Pak Rasyid yang baru-baru ini mendapat perhatian umum setelah dibebaskan dari penjara setelah mendapat pengampunan dari Sultan Kedah merupakan banduan yang paling lama tinggal di dalam penjara setelah dihukum penjara sepanjang hayat bersama seorang lagi rakannya, Jamil.

Nampaknya ini adalah satu usaha murni yang telah ditunjukkan oleh seorang kerabat diraja dalam usaha membantu bekas banduan untuk memulakan kehidupan baru setelah dibebaskan dari penjara. Sebabnya bekas banduan selalu dilabel oleh masyarakat sebagai manusia jahat. Tetapi masyarakat tidak sedar yang semua orang melakukan kesalahan cuma hanya segelintir saja yang dikenakan hukuman manakala yang selebihnya pula bebas.

Okay, semalam Dr Hafizal berbuka puasa di rumah kitaorang. Kalau mengikut plan asal, sepatutnya semalam ader program usrah di satu masjid Walsall tapi terpaksa dibatalkan sebab kat masjid tue semalam ader program lain. pastu tukar plan untuk buat majlis berbuka puasa kat rumah Dr Hafizal sajer tapi tak jadi jugak sebab tak muat. Last sekali majlis buka puasa tue buat kat rumah kitaorang ajer tapi untuk bebudak lelaki sajer manakala budak pompuan tetap buat majlis bukak puasa kat rumah Kak Mag.

Ekceli aku pon tatau apa2 pasal petang semalam aku tido. Bila bangun tengok Dr Hafizal dah sampai. Hehehe dan yang bestnyer Dr Hafizal siap bawak lagi makanan yang Kak Mag masak. Jadi kitaorang takyah masak apa2 pon semalam. Alhamdulillah dapat rezeki free. Banyak giler makanan yang Dr Hafizal bawak. Karipap, popia, mee goreng, pastu nasi putih, masak lemak daging kambing, ayam goreng kicap and sambal ikan termenung. Memang banyak giler sedangkan cuma ader 8 orang jer.Muarah rezeki kitaorang malam semalam termasukla hari nie pasal banyak betul makanan lebih.

Ha pastu seorang lagi tue kawan Pian. Kevin kot nama dia. Tak sure plak betul ker tidak. Kevin nie third year student amik course Mathematics jugak macam aku. Pastu si Kevin nie baru ajer peluk Islam. dah beberapa bulan dah. Pian kenal si Kevin nie pon sebab dia selalu ader kat praying room kat universiti. Jadi semalam pian ajak la dia datang bukak posa ngan kitaorang. So dapatlah si Kevin nie makan masakan melayu yang sememangnya sedap. Hingga menjilat jari.

Pastu Dr Hafizal, Pian, Ruslan and Kevin gi terawih kat masjid meninggalkan kitaorang berempat-aku, amar, rafizol ngan hairi kat rumah. Yerla mana muat nak naik kereta Dr Hafizal gi masjid jadi kitaorang semayang terawih kat rumah ajela sambil menjaga anak Dr Hafizal, Uwais. Tak sempat habis semyang terawih lagi si Uwais dah sibuk ajak main monopoly. haiyah jenuhla dok pujuk budak 6 tahun tue tunggu sampai habis semayang terawih baru gi main monopoly. hai susahnya nak layan budak-budak nie...dahla si Uwais nie tak reti nak cakap Melayu...bukan sebab dia takut bodoh bila cakap melayu...tapi sebab dia tak reti....dahla lahir kat sini pastu gi sekolah pon kawan ngan anak2 omputih...manala dia nak reti cakap melayu...itupon jenuh nak ajak dia berhenti bermain pasal kitaorang ader bende lain nak buat....last2 ajak dia tengok kartun kat tv sementara nak tunggu bapaknya balik dari masjid.

0 comments:

  •