Grab the RSS feed

Merdekakah Kita?

Ulangtahun kemerdekaan tahun ini buat kali ke-49 sungguh meriah...bukan meriah dengan acara2 memperingati para pejuang kemerdekaan...bukan juga meriah dengan acara2 untuk memperkukuhkan kemerdekaan negara kita...tetapi meriah dengan acara2 yang melibatkan kehidupan para artis...

Hari nie kat Malaysia...semua orang dah tahu yang Siti dan Datuk Khalid melangsungkan upacara persandingan mereka di KLCC...upacara yang penuh gemilang nie di siarkan secara langsung oleh TV3 supaya seluruh rakyat Malaysia dapat saksikan perkahwinan yang dikatakan 'Wedding of The Year' or maybe 'Wedding of The Decade'...mengalahkan upacara perkahwinan Erra-Yusry yang berlangsung beberapa tahun lepas... tahniah kepada Siti yang berjaya bergelar Datin...dan juga bergelar Ibu/Mama/Mommy walaupun kurang seminggu berkahwin....huhuhu...kalu nak kutuk bebanyak pon bukannya dapat Nobel Prize...so baiklah saya ucapkan semoga perkahwinan nie berkekalan...janganlah pulak bila upacara perkahwinan nie lebih gah dari masa Erra-Yusry kahwin...nanti tempoh perkahwinan lebih singkat dari mereka jugak...membazir jer buat upacara perkahwinan besar-besaran...last-last tak sampai berapa tahun dah bercerai...kalu cenggitu...baiklah bagi duit kat aku untuk kahwin...walaupun takder pasangan lagi (hint: saya masih single)...

Pastu hari nie jugak...nie pasal artis lain...yang tak kahwin lagi tapi dah kecoh-kecoh...mana tak kecoh...artis nie umpama mee segera...cepat di masak mudah dimakan...murah pulak tue..maka mestilah diminati ramai...terutamanya yang selalu sengkek seperti saya...oleh sebab tue segala perihal artis nie mendapat perhatian ramai...dan saya rasa malam nie artis segera nie telah dipergunakan (Read : dieksploitasi)...oleh berberapa pihak (maksud aku RTM ngan Astro)...konon-kononya telus untuk menolong menghuraikan kepada peminat2 artis nie...mengapa dia bertindak memutuskan hubungannya dengan tunang nya....haiyohh baru tunang tapi dah kecoh-kecoh...

Tolonglah wahai RTM ngan Astro...kalu nak tipu pon...agak-agakla...cakap jela yang korang tue jeles ngan TV3 sebab dapat siarkan perkahwinan Siti ngan Datuk K...kan senang...takyah tipu-tipu...nie tidak...konon nak jernihkan keadaan la...hello...derang tue hanya putus tunang...bukannya bercerai talak 3...apa yang keruhnya...realitinya artis segera tue dah feymes...watper nak kahwin ngan gadis kampung....ehh tapi skang nie still gadis kampung ker??...bukan dah jadik artis gak ker??...confius jap...pepun perlu ker nak wat program yang mempergunakan kehidupan peribadi para artis...biar jela depa tue denga kehidupan depa...watper nak korek2 lagi kisah silam depa....yang Erra-Yusry bercerai tue tak nak plak wat program macam tue...sebabnya Erra-Yusry tue dah ketinggalan zaman kan...lagipon depa bukan mee segera?

Selain tue sebenarnya kan...pihak media elektronik nie bergantung kepada iklan2 yang disiarkan kat saluran tv mereka...lagi banyak penonton yang tonton saluran tv mereka...lagi mahal la harga iklan yang pengiklan perlu bayar kepada stesen tv tue...oleh sebab tue la depa bersaing untuk tarik penonton ke saluran tv mereka...dengan guna pelbagai cara...TV3 siarkan pasal Siti kahwin...RTM ngan Astro siarkan pasal mee segera...ehhh silap...artis segera...camtue la cara nak kaut untung...

Nanti kalu siarkan program bersifat patriotik...atau yang memperingati kemerdekaan...tak ramai la penonton nak tengok saluran tv mereka...jadi rugi la stesen tv nie pasal iklan yang dibayar kepada mereka adalah murah...

Jadi...adakah kita sudah merdeka sepenuhnya?

0 comments:

  •