Grab the RSS feed

Hari-Hari Terakhir

Hari nie hari terakhir cuti...lepas nie masih ada 4 minggu lagi untuk menghadap para pensyarah untuk mendapatkan ilmu....lepas tue plak ada 1 minggu study week...lebih kurang macam cuti gakla...cuti sebelum exam

walaupun dipanggil study week, tapi berdasarkan pengalaman 2 semester lepas, teman manfaatkan dengan aktiviti tido.....ini adalah untuk mengcover akan ketidakcukupan masa tido teman di hari hari mendatang di kala exam tiba....terutama sekali malam sebelum exam ler....

selain tido, di minggu study week ler jugak teman akan pergi bersiar-siar zoom Malaysia....kalau semester 1 hanya bersantai di Midvalley Megamall, semester 2 teman ber'zoom Malaysia di Teluk Batik, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Taiping dan juga Karnival Sure Heboh di Lumut bersama kawan-kawan teman....

manakala untuk semester nie, beberapa tempat pilihan sudah teman bayangkan untuk pergi bercuti di kala study week....

dan seperti semester-semester lepas, di masa study week juga aktiviti wajib iaitu jamuan rumah akan diadakan dan beberapa pensyarah dan kenalan rapat akan dijemput memeriahkannya....

kesimpulannya, walaupun namanya study week, teman idakler study pon melainkan melakukan aktiviti-aktiviti di atas....

hari nie masih ada beberapa hosmet teman yang tak reti-reti nak balik walaupun esok masih ada kelas...tapi depa nie dari pantai timur so teman rasa takpela kot kalau nak balik sini lambat sebab depa kan jarang berjumpa ibubapa kan....yo la tue....

oh pastu teman nak kabor yang teman baru aje balik dari beraya nie...di rumah pensyarah di Kota Malim Prima....namanya Ustaz Anhar....stu-satunya pensyarah yang rapat dengan pelajar...walaupun dia tak ajar teman tapi disebabkan diarapat ngan hosmet teman yang kebanyakannya anak muridnya, secara tidak langsung teman pon rapat ler jugak...walaupun hidangan tidak seberapa tetapi kemeriahan di rumahnya dan keramahan tuan rumah yang penting....ingat tu anak murid semua....

0 comments:

  •