Grab the RSS feed

Pistol Yang Bahaya Lagi Membahayakan

ha tue dia tajuk hari nie...pasal pistol...tapi aku bukan nak cakap pasal pistol yang tengah dihalakan ke muka korang sekarang nie...tapi nie pistol yang kat US nun....

Semalam satu dunia dikejutkan dengan tragedi amuk di sebuah universiti di Virginia,US...kalau mengikut berita hari nie, telah disahkan seramai 33 orang terbunuh termasuk pembunuh yang telah membunuh dirinya sendiri dengan menembak kepalanya dengan pistol...

Berderau darah aku bila first time baca pasal tragedi pembunuhan beramai-ramai nie...pihak polis telah mengenalpasti pembunuhnya iaitu seorang lelaki berasal dari Korea Selatan yang telah mendapat taraf penduduk tetap US....dan pembunuh itu adalah salah seorang pelajar universiti itu jugak....

Hish takutnya bila membayangkan yang salah seorang dari coursemate aku atau peajar universiti aku berpotensi untuk menjadi pembunuh...tapi inilah realitinya...kat barat nie macam2 perkara boleh terjadi...terutamanya kat US tue dimana sejata api seperti pistol amat mudah dibeli dan dimiliki oleh sesiapa sahaja...dan kes pembunuhan melibatkan pelajar universiti bahkan pelajar sekolah di US bukanlah satu perkara asing sebab tragedi2 seperti yang berlaku semalam pernah terjadi sebelum-sebelum ini...tapi kerajaan US tidak belajar dari kesilapan...tapi dah namanya negara yang bongkak...jadi mereka memang tidak pernah dan tidak akan belajar dari kesilapan...

Aku ingat lagi masa 2 bulan sebelum aku terbang ke UK nie...bulan 7 tahun 2005...dunia dikejutkan dengan tragedi pengeboman di London...masa tue mak aku memang risau....yerla anak kesayangan dia nak fly ke UK lagi 2 bulan...tup2 ader pengeboman lak...nasib baik mak aku kasi jugak aku fly...

Pastu dalam akhir tahun 2005 jugak berlaku rusuhan kaum kat Birmingham nie sehingga masuk berita di Malaysia...mak aku risau lagi sekali...dah la masa rusuhan tue aku ader kat tempat kejadian...nasib baik tak jadi ape2...

Tapi inilah cabaran bila duduk kat negara orang...jauh dari keluarga...jadi kenalah pandai jaga diri sendiri...dan alhamdulillah setakat nie aku ok aje duduk kat sini...

0 comments:

  •