Grab the RSS feed

Jenjalan

Semua dah tahu, esok adalah hari penamaan calon2 yang akan bertanding dalam pilhanraya tahun nie manakala 2 minggu lagi plak adalah hari mengundi kepada mereka2 yang layak...soalnya sekarang....


Ko tue layak ke nak mengundi?


kalau dah berumur 21 tahun dan dah mendaftar sebagai pengundi....hah dah layak la tue....cuma ada sesetengah yang dah berumur 41 tahun tapi tak mendaftar lagi, maka tak dapatlah nak mengundi...lagi satu ader yang umur dah cukup, pastu nak pi mendaftar....sekali orang kat kaunter tue cakap tak bley...apa pasal tak bley?...pasal orang tue warganegara Nepal....sebab tue la tak bley...yang bley cumalah warganegara Malaysia....kalau dah warganegara Nepal, pi la mendaftar kat Nepal, nak mendaftar kat Malaysia nak buat apa....

macam biasa....kalau dah musim pilihanraya nie....macam2 benda kita bley nampak kat merata-rata tempat....dacing la, bulan la, roketla....hah tayah susah2 nak jadi angkasawan nak tengok roket, kat malaysia pon bley tengok roket....tapi aku peduli apa semua simbol2....yang penting tengok orang yang bertanding, boleh buat keje ke tarak bley.... simbol tak penting....

Eh lupa plak, aku cakap pasal bebenda nie tak pe kan?....tak salah kan....tak kena tangkap kan...kan kan?


Korang ader tengok RTM tak?...ke korang asyik tengok Astro...ha kalau takde, takpela...saja je tanya....takde apa benda pon....


Oh nak citer, 2-3 minggu lepas aku pi Nilai 3 nun....teman my family....aderla nak beli bebarang sikit....kalau dah namanya Nilai 3, bebenda apa lagi kalau tak kain baju dan tekstil...oh ader juga kekedai karpet ngan kekedai alat2perkahwinan....so pusingla satu Nilai 3 tue....harganya aku tengok biasa2 aje...takdela murah mana pon seperti yang digembar-gemburkan oleh orang ramai...cuma ader banyak pilihan....itu aje....so dah pi ngan my family a.k.a orang pompuan, maka penatlah tawaf kedai2 kat situ....yang jadi mangsa nak bawak bebenda tue, aku ler...sapa lagi....

pas dah abis shopping, kitaorang decide nak pi cuti2 di Kuala Selangor but then tak tahu jalan dari Nilai 3 tue....so tukar arah nak pegi ke Bagan Lalang nun kat Sepang...kalau nak diikutkan, dekat aje Sepang ngan Nilai tapi disebabkan salah masuk jalan, maka sesatla kitaorang....after berpusing-pusing, barulah jumpa jalan yang betul nak ke Sepang tue....sampai kat hotel pon dah maghrib so check-in, lepak2 kejap then gi kedai2 makan kat sepanjang pantai Bagan Lalang tue...semua pon kedai makan seafood la...ngan ikan bakar, sotong bakar, ketam bakar pendek kata seafood bakar la...memang ramai sangat orang yang datang makan situ....nak kater sedap, oklah....harganya bley tahan jugak....depend apa yang korang makan...

esoknya sebelum balik, sempat lepak2 kat tepi pantai Bagan Lalang...memang best sebab tak ramai sangat orang....so aku recommend kepada sesapa yang nak lepak2, pegila ke Bagan Lalang di Sepang....kalau ikut highway, ikut exit KLIA, then ikut arah ke Sepang....dari Sepang, ikut arah ke Sepang Gold Coast sebab tempat tue kat pantai Bagan Lalang la....pergi lepak2 tepi pantai masa petang, pastu bila malam pegi makan seafood kat situ...

KTMB

It has been a month since the last post i tempek here...

So apa cerita dalam sebulan nie?

KL dah jadi my second home...in a month, dah 3 kali aku ulang alik ke KL....for what? adela, cannot tell you guys...so duduk la tersengguk-sengguk naik bas ekspress 4 jam dari rumah aku ke KL...tapi aku tak kisah sangat , sebab dah biasa....yerla dulu pon masa aku belaja kat Shah Alam tiap-tiap bulan pon balik kampung naik bas, bukan naik kapalterbang atau lori....

Dan disebabkan bosan naik bas, aku naik ler keretapi....kalau sebelum nie, keretapi ke utara hanya ader sekali jer sehari iaitu pada waktu malam...sebab sebelum nie kan ader pembinaan landasan keretapi berkembar between Rawang and Ipoh, so sebab tue hanya ader keretapi sekali sehari aje...but now, since the project completed, there is 3 daily trip to North - satu pagi, satu tengahari dan satu lagi sebelah malam....

Bagi sesapa yang tak pernah naik keretapi, cubalah naik keretapi...gerenti best....dengan perjalanan yang lembap, bebudak yang tak reti duduk diam asyik melalak, dengan orang lalu lalang nak pi tandasla, cafe la....oh dan juga aircond yang sangat sejuk tanpa boleh dikawal suhunya....

hahaha i just kidding....that was the down side....actually the ride itself is fun....between KL and Ipoh, the ride is smooth....selain laju (in terms of KTMB ye, not Virgin Trains) tak bising dan tak terhuyung-hayang sangat thanks to the newly built double tracking....plus all the train station along the new track are brand new, modern and spacious...but i found it macam takde jiwa...sama macam KL Sentral compared to the old KL train station....and all the new design are like KTM Komuter Midvalley Station....except Ipoh station where they still retained the main train station building plus a few other old features like the chair around the pillars with full of characters....and the view along the track biasa2 aje....and there is no road crossing, it's all replaced with flyovers...

But as soon as the train pull out from the Ipoh station, it reminds me in the old days when i use the train to and fro Ipoh and my hometown every school holidays...tak banyak yang berubah....bising, tren terhuyung-hayang and slow, thanks to the old single train tracks....but i like it....because the view are marvellous...train akan lalu semua pekan-pekan kecil macam Tanjung Rambutan, Chemor, Sungai Siput....and in each town, there's still the old train stations...yang dah uzur dimamah usia....and there's still the road crossing where the train passengers can see frustrating looks on the road users face as they wait the train pass through slowly in front of them....

Pemandangan sepanjang landasan juga berbeza, dari pekan2 kecil macam Chemor, ke bandar2 macam Kuala Kangsar dan Taiping, dari ladang getah & kelapa sawit ke sawah padi....dari hutan tebal ke tengah2 tasik....ha tahu tak yang terdapat landasan keretapi di tengah2 Tasik bukit Merah?ala takkan tak pernah dengar Bukit Merah Laketown Resort, kat situlah ...cantik woo pemandangan kat tengah2 tasik...

Memang best kalau sekali sekala naik train...selain lebih selamat nak dibandingkan dengan bas ekspress, ia juga menyeronokkan...tapi sekali sekala ajela best sebab lembap kalau naik train nie...kalau nak laju, naik bas ekspress takpun kapalterbang la...

Setakat ini ajela promosi aku untuk KTMB...walaupun tak bergaji, tapi aku saje nak share pengalaman naik keretapi kat Malaysia

Hipokrit?

Hallo

Apa khabar?


Akhirnya semua orang pon dah tahu pemenang Juara Lagu tahun nie.....ke korang nie tak tau lagi?...duduk bawah tempurung ke?hah kalau dah cenggitu, aku bagitau ajela kat bawah nie...

Vokal Terbaik - Jaclyn Victor and Lah Ahmad
Ceritera Cinta

Persembahan Terbaik - Mawi
Angan dan Sedar

Kategori : Etnik Kreatif - Nora
Samudera

Pop Rock - Estranged
Itu Kamu

Balada - Sahri (Kaer)
Izinku Pergi

Juara Lagu - Estranged
Itu Kamu


hah itula senarai pemenang Juara Lagu ke-22....bagi kategori vokal, memang aku dah agak Jac n Lah yang akan menang sebab dah derang power....Mawi plak dah namanya raja sms, dah tentu la menang melalui khidmat sms but then i think he deserve to win compared to others performance that night...

yang lelain tue, memang aku rasa patut menang...cuma bagi kategori Balada tue, Maha Karya Cinta rasanya better dari lagu Kaer tue....cuma maybe sebab Fiq nyanyi tak sedap kot membuatkan lagu tue jadi hazab...nasib baik ler satu lagi lagu Faizal Tahir, Kasih Tercipta dinyanyikan oleh Bob yang persembahan dia sangat superb....thank god bukan Ajai yang akan nyanyikan lagu nie sebab aku tak yakin ngan vokal Ajai....Bob memang membawakan lagu tue ngan baik sekali...

Lagu2 lain tue, ader yang menarik ditonton, ader yang k.o....ader yang biasa2 aje macam kat funfair (Hint:Sofaz)...

Oh lagi satu, apa yer fungsi pompuan baca sajak pastu pegang lilin menyemak semasa Sahri nyanyi? aku tak dapat tangkap la maksud pompuan tu ngan lagu Izinku Pergi tu...

Ok dahla pasal Juara Lagu....aku nak citer pasal Hajah Sheila Rusly....wah nampak anggun sekali dia bertudung sejak pulang dari Mekah...cuma bila dia pakai tudung nie nampak tembam sikitla pipi dia tue...hahaha...mintak-mintakla dia akan pakai tudung sampai bila2...bukan untuk sementara waktu aje...yerlah skang nie rakyat Malaysia dah tak kisah samada artis atau selebriti memakai tudung....contohnya Wardina, Ziela Jalil dan ramai lagi selebriti kat Malaysia...kalau dulu susah nak nampak selebriti memakai tudung keluar di kaca tv, tapi skang nie dari penyanyi ke pelakon, dari pengacara ke model, sudah banyak yang memakai tudung tapi masih lagi laku dan keluar di kaca tv....

cuma aku nak tarik perhatian korang terhadap seorang pelakon, penyanyi dan pengacara yang femes dengan mulut laser dia....wah dulu masa mula2 dapat hidayah bukan main lagi jadi ustazah....tudung bertutup rapi, baju ala2 jubah....siap pakai stokin tangan lagi takut2 aurat nampak bila lengan baju terselak...

tapi la nie, wah tudung berfesyen2....telinga sentiasa terdedah menampakkan anting-anting, leher sentiasa terbuka menayang rantai, lengan baju hanyalah 3/4 tanpa alas didalam, baju berfesyen ala2 tak cukup kain....hah gitu la jadinya selepas beberapa tahun mendapat hidayah....

orang sebegitu aku rasa orang yang hipokrit....yerla berbeza sungguh

aku tulis bukan nak memfitnah yer...kalau tak caya cari la gambar2 dia 3-4 tahun lepas masa baru2 dapat hidayah pastu comparekan dengan gambar dan penampilan dia yang terbaru...memang jauh berbeza...

oh lagi satu orang yang hipokrit dalam memakai tudung nie adalah orang yang berbaju kurung, bertudung tapi tetap menunjukkan jambul rambut...hah ini kita selalu nampak kat tv bila ade acara2 rasmi....ala golongan atasan la senang kata...nak tutup sambil nak menunjuk....tak segan ke diaorang nie dengan Raja Permaisuri Agong kita yang sekarang ini....ayu bertudung litup disisi Yang DiPertuan Agong...Daulat Tuanku

bagi aku, lebih baik la tak bertudung langsung dari tutup sekerat-sekerat....sebab walaupun tak sempurna tapi derang tak hipokrit....

hah okaylah, aku nie pon tak sempurna nak menegur orang, jadi sama-samalah saling memperingati....

What A Waste...

Do you know Adiputra? If you don't know, goggled his name and whoosh you'll get what you want...


This week, or is it last week? Bulletin Utama TV3 have aired special news about him...to raise Malaysian especially politicians awareness about a weakness in our eduaction system when dealing with a special kids such like Adiputra....

Alagkah ruginya jika bakat yang ada pada Adiputra disia-siakan begitu sahaja tanpa mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang sepatutnya dia terima...jika ada yang menonton cerita Malcolm In The Middle, Malcolm himself are categorised as a genius where he has such a high IQ....and in the show, dia diletakkan dalam kelas khas bersama-sama pelajar2 lain yang mana mereka diajar mengikut tahap pemikiran mereka...(honestly, i won't and don't want to be in that class although i'm a genius since it was...how to say...weird, dorky and geeks)...but tak tahula samada kelas tue benar2 wujud di Amereka atau tidak since the show was a fiction...tapi kalau kelas sebegitu benar2 wujud, bukankah bagus?

Then after a few days since Buletin Utama aired the news, Unisel make a statement to accept him as a university student...oh my god? are they insane? He's just a 12 year old boy!....bukanlah aku cemburu tetapi sudahkah mereka (his parent and Unisel) berfikir baik2 apa akan terjadi kepada masa depan budak tue sekiranya dia terima tawaran itu...

yeah yeah i know he is a genius, he can cope with studies in university, he can learn more about mathematics, he may produce a new theory or equation, he can be a researcher whatsoever and bla bla bla...but then, can't he, his parents or Unisel think about what he'll miss in his life?

Bilamana bebudak lain yang seusia dengannya sibuk bermain, sibuk belajar untuk UPSR, going to tuition, mendengar leteran ibubapa, dia pulak sibuk bukak buku calculus or algebra yang mungkin dia sendiri tak larat nak angkat...bukanlah aku nak cakap bila dia baca buku tue, tak elok tapi maksud aku, dia akan kehilangan social skills....and the life experience like others...

Because for me, the best years in my life so far, adalah bila aku bersekolah....dari tadika, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah....dan semasa bersekolah tue la aku gain knowledge, confidence, social skills, dan macam2 lagi yang aku rasa semua orang pon sama...yeah i know there is a time when we keep thinking when we'll finish school, having stress with homework, books, teachers, and exam, but then it's just a part of 'asam garam' persekolahan...and now i'm reallt miss all of that...

So, don't you guys agree with me that Adiputra will regrets if he miss all that kind of stuffs...but then, i still agree that we should improve our education system...for me, Adiputra should take all public exam...UPSR, PMR n SPM to prove samada dia excel dalam semua subject atau hanya dalam matematik dan sains...sebab kalau setakat maths and science aje dapat A, Sejarah fail, BM fail, BI fail takdela genius namanya...but there should be a flexibility like he don't need to wait till 15 for PMR or 17 years old for SPM...and only after that he should go to University no matter how old he is...

Oh and i really agree with Kasvini - Klik sini kalau nak baca tulisannya

Uniquely Malaysia

Assalamualaikum...

Skang nie memang aku jarang sangat dapat online...seminggu dapatlah 2-3 kali aje online...bukan sebab takde internet, ader tapi dial-up aje...so faham2 sendiri ajela kalau dah guna dial-up nie....lembap nak mampuh bila nak connect internet...nak check email pon susah...inikan pulak nak update kat sini...kadang2 aku punya blog sendiri pon tak bley bukak, kalau bley bukak pon sempat la aku pi pekena kopi o dulu sementara nak tunggu dia load...

So sebab tue la jugak aku tak berkesempatan nak pi jenguk blog2 orang lain...sori bebanyak....kalau ader pon aku jenguk, aku tak tinggalkan jejak pon....so jangan kecil hati...hah kepada cikshoe, apsal tarak update, merajuk ngan aku ke?...rilek la beb, janganla cenggini....tak rock la merajuk...tak cool...hah ataupon sebab ko sebok ngan Edo kesayangan ko?...ooo habis madu sepah dibuang ek....takpela aku sedar sapa la aku nie....

Kepada Wan, ko tue kan ader tenet yang super laju....walaupon busy, update la jugak....walaupon belum tentu aku dapat pi jenguk blog ko tapi at least bila ader chance, aku pi la jenguk...

Oh, aku nak citer pasal perpaduan kaum kat negara kita sebenarnya....biasalah kan kalau kita tengok dalam drama, selalunya mesti ader pelakon melayu, cina, india konon-kononnya hidup aman damai bersatu padu....kalau dulu-dulu, memang aku percaya pasal perpaduan kaum nie...tapi biler ader perhimpunan Hindraf kat KL hari tue, ala pasal kaum India di Malaysia konon-kononnya tertindas @ ditindas, kepercayaan aku tentang perpaduan kaum kat Malaysia macam sedikit goyah....

Bukanlah aku nak percaya sangat ngan cakap2 derang tue tapi kadang2 aku terfikir, betul ke apa yang ada dalam drama tue sama macam kehidupan sebenar rakyat Malaysia, yang hidup bersatu padu tanpa mempunya rasa syak wasangka terhadap kaum-kaum lain....sebab kadang2 aku sendiri ader perasaan syak wasangka terhadap kaum lain....tapi itu mungkin sebab persekitaran aku kot yang membuatkan aku fikir macam tue....

Even among my friend who studied at UK, mereka juga ada syak wasangka terhadap bangsa lain seperti cina dan india....they always had some kind of weird thoughts about other races in Malaysia...

Tapi semalam, masa lepak2 depan rumah lepas balik dari semayang jumaat, aku nampak 3 budak pompuan sek. men. nak pegi sekolah naik basikal....hahah usha aweks....2 pakai pinafore, satu pakai baju kurung bertudung....yang menarik minat aku, bukan sebab derang cun....bukan sebab derang pakai pinafore sambil kayuh basikal...bukan sebab senyuman derang menawan atau gelak tawa yang kiut tapi sebab mereka terdiri dari 3 bangsa - melayu, cina dan india...

Erm memang benda nie membuatkan aku kembali percaya yang memang rakyat Malaysia yang terdiri dari pebagai kaum hidup dengan aman damai....walaupun kalau dilihat benda nie simple aje, tetapi benda nie penting sebab walaupon negara kita dah merdeka selama 50 tahun tapi kita still lagi bercakap tentang perpaduan kaum....dan 3 budak pompuan tue menjadi bukti akan perpaduan kaum di negara kita...

Di negara kita, ingatlah warna kulit, bahasa dan budaya tidak membataskan pergaulan kita semua...

Di Mana Sharlinie?


I think ha, i'll get a fever....why?...because one day it's freaking hot, while the others are freaking raining and cold....so how? what to do?

Herm skang nie Malaysians tengah kecoh tentang Sharlinie yang hilang diculik....hai apa la nak jadi skang nie... baru beberapa bulan lepas kecoh mengenai Nurin Jazlin yang hilang diculik dan kemudiannya dijumpai mati...dan skang nie Sharlinie plak....

manusia jenis apala yang sanggup buat semua nie...apa takdak hati perut ke...tak terfikir ke perasaan mak bapak budak tue...pastu dengan budak tue yang ade pennyakit lagi...bodo betulla orang yang menculik tue...kalau ye pon nak culik, pi la culik anak Bush ke, anak Blair ke...barula gempak....ini setakat culik budak berpenyakit buat apa...kesian kat budak tue yang tak berdosa, yang tak tahu apa2....

Kalau sapa yang ingat pasal Madeline, budak UK yang hilang sewaktu di Portugal, yang aku pernah tulis jugak kat sini, sampai sekarang budak tue tak ade khabar berita....hidup ke....mati ke....kenapa la ader orang yang sanggup buat semua nie...

Merapu Meraban

Rasa macam ada banyak nak tulis sebenarnya tapi bila dah pegang keyboard, semua benda yang nak tulis tue pon hilang...memula ingat nak wat entri jiwang tapi dah tak rasa jiwang dah...pastu nak wat entri sedih, pon dah tak rasa sedih...nak wat entri happy, pon tak rasa sangat

So apa yang aku rasa skang nie?...err tak rasa apa pon sebenarnya...rasa macam kosong aje, blur memanjang...banyak fikir camna nak kayakan diri...baik dengan harta benda, mahupon dengan budi bahasa...hahaha poyo aje...

Oh lupa nak cakap, last week aku ader jumpa rakan sekelas aku masa kat K.E...tapi aku tak tegur dia, dan dia pon tak tegur aku...bukannya aku taknak tegur dia cuma aku pon tak sure sangat samada dia tue memang kawan aku ke idak...and maybe dia pon dah tak ingat aku lagi kot...almaklumlah dah berzaman lamanya tak berjumpa...ala lagipon masa sekelas dulu pon bukannya kitaorang rapat sangat pon...but then bila aku check frenster tadi, sah lagi sahih dia tue kawan sekelas aku...

Dia aku rasa sama aje macam dulu, tak berubah banyak sangat...cuma yang berubah aku nie ha...kalau nak dibandingkan zaman aku kat sekolah dulu ngan sekarang nie, memang lain bebenor...saiz badan bertambah...ader janggut misai...pastu berambut panjang....dulu2 mana aku ader rambut panjang...sentiasa buat rambut askar...almaklumlah zaman sekolah...pastu dulu2 aku nie lain sikit dari yang lain...kalau orang yang kenal aku kat K.E tentu tau dulu aku nie camna, dan skang nie aku camna...kalau dulu merempit naik basikal, skang merempit naik motor...tak begitu Hafez?

Budi Bahasa Budaya Kita

Hari nie pepagi buta dah bangun pasal nak hantaq kakak aku pi kerja...pasainya dia dok belasah guna motor aku, so kalau aku nak guna motor, aku kena pi hantaq dia...kalau nak tau, bukannya dia takdak motor sendiri, ada tapi lingkup pasal eksiden 2-3 bulan lepas...masa tue aku pon tak balik lagi so aku taktau citer yang sebenarnya...dah pulak tue, punya la pemalas, dia tak hantaq motor dia pi kedai baiki tapi dok belasah guna motor aku (bukannya motor aku ekceli tapi saja gatai ngaku motor sendiri)...

Alkisahnya hari nie aku kena pi Jab. Pendaftaran Negara pasal mykad aku rosak, tue yang bangun awai tue...kalau hari biasa tue, selagi mak aku tak bising, takdenyer aku bangun...

Ha, yang aku bleh tau mykad aku rosak tue pasai semalam aku pi maybank, nak bukak akaun baru...pastu isi borang, amik no, pastu cantik punya tunggu, punya tunggu, sampai giliran aku sekali dia cakap mykad aku rosak, derang tak bley nak baca details yang dalam mykad tue...punye la bengang...so aku pon pi la JPN lepas tue nak wat mykad baru aku, sekali tengok queue dia bukan main panjang lagi...malas la aku nak tunggu, terus balik rumah...

Tu yang pagi nie aku kena pi JPN pepagi buta bagi mengelakkan queue panjang...dan memang nasib aku, aku orang ke sembilan pagi nie buat mykad...tapi disebabkan ader orang potong queue aku, membengangkan aku...nasib baik akak kaunter (akak la sangat, padahal taraf mak aku aje) tue pon kata tunggu sekejap dengan muka manis ditambah senyuman, tak jadila aku nak ngamok pagi tadi...kalau tak, rasainla amukan aku...

Lagi satu skang nie kat maybank dah tak guna kaunter ke? semalam aku pi tengok kat maybank tue dah takde kaunter, semua dah ganti ngan kerusi dan meja yang lebih mesra alam berbanding sistem kaunter...dan ade mesin2 yang berderet-deret...pastu semua pekerja maybank tue pon aku tengok senyum aje memanjang (kecuali dua akak kekwat kat kaunter depan pintu masuk yang memanjang kekwat yang tugasnya bagi no giliran aje)...wah ini manyak bagus...tapi ini maybank kat tempat aku la, kalau tempat lain tak tau la plak aku...

Sorotan 2007

Selamat tinggal 2007

Selamat Tahun Baru (or is it baharu?) 2008

Bertambah lagi usia kita semua...tapi bertambah sampai bila tue, tak tahu la kan pasal hanya tuhan aje yang tahu...apa yang berlaku sepanjang tahun 2007 hanya tinggal menjadi memori dalam ingatan dan juga sejarah hidup kita semua...manakala tahun 2008 yang bakal hadir diharap dapat membawa sinar baru dalam hidup kita...

Usia kita pon bertambah, seiring dangan kedatangan tahun baru, semakin lama semakin tua...kitaran hidup la namanya...ada yang meninggalkan dunia, dan ada yang baru melihat dunia...

Topik paling hangat pula sekarang ini sudah tentulah berkaitan azam tahun baru...ada yang berkobar-kobar mengkhabarkan pada orang akan azam tahun baru nya, dan ada yang hanya diam apabila ditanya tentang azam...

Apapun, aku tak kisah sangat sebenarnya dengan tahun baru nie...life must go on...sama ada awal tahun, akhir tahun mahupon tengah tahun, yang penting jalani hidup dengan baik, bersemangat, dan ceria...supaya hidup ini bermakna dan bukannya sia-sia...

Hi There

Kepada semua....


saya akan berehat buat sementara dari dunia blog...


sebabnya saya penat....


oh by the way saya cuma nak cakap yang saya dah balik Malaysia...


after 2 years saya tak balik ke Malaysia, saya rasa sama aje seperti masa saya tinggalkan Malaysia...


skang nie lepak2 dulu kat rumah...


2-3 bulan lagi baru akan sambung belajar...


ye tuan-tuan dan puan-puan....saya tak abih belajar lagi....saya akan sambung belajar kat Malaysia pulak....


sekian terima kasih.

Kata Hikmah

.













"Kita kenal diri dahulu, kemudian barulah kita boleh mengenalpasti siapa sahabat sejati. Sahabat sejati amatlah penting terutamanya ketika kita berada diambang kegawatan..."















Sayonara Birmingham...

Malas

Selepas penat melayan semua tetamu yang datang semalam, hari nie hanya duduk bermalas-malasan kat rumah...


Tapi dalam duduk-duduk tue, banyak bende jugak aku tengah fikirkan


Macam-macam bende ade dalam kepala otak den nie ha...


Pikir pasal tue, pikir pasal nie...


Pastu nak hilangkan runsing di kepala, aku kemas bilik...


Tapi lepas kemas bilik, still berselerak jugak aku tengok.


Runsing kepala otak bila tengok bilik berselerak nie.


So, turun bawah tengok tv.



Itu ajela.


Oh by the way, Hamilton kalah kat Brazildan tak dapat jadi juara Formula 1.


Alonso pon kalah jugak. Yang menang si Kimi Raikkonen.


Padan muka McLaren, dari satu pasukan yang dijangka menang, terus kalah baik pasukan mahupun pemandu.


Disebabkan Hamilton kalah, rakyat Britain pon kempunan jugak untuk lihat rakyatnya menjadi juara Formula 1.


Dan England juga kalah dalam perlawanan akhir Rugby World Cup menentang South Afrika.


Maka Britain kempunan berturut-turut.


Aku tetap aku. Tak kisah samada derang menang atau tidak. Dalam dua-dua bende tue, takde nama Malaysia. So, lantak pi la kat depa.

Kemeriahan Berterusan

Selamat Hari Raya


Dah masuk 8 syawal hari nie, tapi kemeriahan berhari raya tetap tak berhenti-henti...

Hari nie rumah aku buat open house...ekceli memula takdela open sangat pon since ini hanya untuk invited guest aje...but then in the end kitorang ajak semua orang jugak...

So yang semalam tue yang chaos tue sebab nak prepare untuk hari nie la...memang tak cukup kakitangan sebab ader yang sibuk nak siapkan projek universiti...but in the end, siap jugak semuanya...

Open house rumah kitaorang ader 2 sesi...lepas zuhur for girls and lepas asar plak adalah untuk boys...sebabnya...jeng jeng jeng takde sebab pon...saje je...


Starter : Satay with Kuah Kacang


Main Course : Mee/Bihun Kari


Main Course : Passembur / Rojak Mamak



Desserts : (Clockwise) Puding Roti with Custard Sauce, Swiss Roll,
Agar-agar Tembikai, Air Cincau, Air Sirap, Anggur

Mostly semua yang kitaorang jemput hadir kecuali beberapa orang yang ader urusan lain seperti beraya di Notts, berpuasa dan aderla alasan2 lain...tetapi kemeriahan dan keriuhan tetap ader ...even orang yang kitaorang tak kenal pon datang...



Sebahagian dari tetamu yang datang



Alhamdulillah makanan yang dihidangkan memenuhi selera dan tembolok para tetamu...tidak kurang, dan tidak pula berlebih-lebihan makanan tuesehingga membazir...malah dipuji lagi kesedapan makanan2 tue...yerla mana tak sedap...tengokla sapa yang masak kalau tak bujang 6 orang trang tang tang...

Agar tembikai, hasil air tangan aku...satu lagi adalah puding roti.
Lupa plak nak amik gambar trifle yang dibuat oleh Amar.



So thanks kepada kawan2 yang sudi datang memenuhkan tembolok masing-masing...it's great to have you guys coming to our house....next year, we celebrate raya at Malaysia, so this is our last open house...

Chaos...chaos

Dialog below started at 3 p.m...after jumaat prayer!



Ayam tak potong lagi...tak perap lagi...tak cucuk kat lidi lagi...



Bawang tak kupas lagi....halia dah habis....arghh dessert tak buat lagi...



Cepattt mee tue nak kena masak...bihun tue nak kena rendam...



Tak cukup bekas la nak rendam bihun tue...



Eh sotong ngan udang tak defrost lagi....hadui macamana bley lupa nie....



Eh kuah mee tue biler nak masak? nak tunggu dapur clear dulu ke?



Ko punya cucur tue biler nak bancuh? kacang tanah tue dah goreng dah?



Ayam nie bile nak bakar? sempat ke nak bakar esok pagi?



Aku rasa bakar guna oven senang sikit kot...dahle kat luar tue sejuk kalau nak bakar guna arang



Esok nak hidang air ape? Ko punya dessert dalam peti ais tue dah keras ke belum?



Dah hidupkan api ke belum kat arang tue?



Laa tak siap cucuk lagi ayam2 tue kat lidi...cepatle...



Ha, dah hangit dah tue, cepat pusingkan ayam tue....





In the end, we finished at 11...boom terus atas katil!!
Cerita ini bersambung esok hari.




.

3rd Year Gathering

Oh, what a night, last night....

Memula nak citer pagi semalam...bangun awal pagi sebab nak ikut Amar gi Wing Yip nak beli barang2 mentah macam ayam and sayur...memula nak gi Sing Fatt aje tapi memandangkan Wing Yip lagi besar dari Sing Fatt, maka tukar destinasi...

Then on the afternoon, i had a meeting with committee of Birmingham Uni. Malaysian Students Society (Masoc)...they heard about Mines Open House on 27 oct and they decided to collaborate with Mines to organize the open house....and the meeting yesterday is all about how are we gonna divide the workloads...so after a quick introduction of Mines, answering a few questions, stated a few facts, the meeting is over...

Although there are a few points that we don't agree, in the end i would say it went well...

Then, after zuhur, Ruslan and i went to Nana's open house in Jarrat Hall....at first we're hesitate to go since we are not so close with them plus the host didn't invite us directly....but then Hubert called and say he want to meet us there...by the way, Hubert is my friend who came from Nottingham for a day trip...

We lepak there quite a while since we need to wait Amar n Hairi to turn up...and it's already 5 p.m when we reached home...

In the night, we got an invitation for an open house by Zwan...unfortunately we already got a plan...all the third year student(all KPM and 6 Mara students) having a gathering at The Flame, StarCity....the purpose, this might be the last time we'll meet together since after this, we're all busy with something plus we're still in Hari Raya mood...


The Flame, StarCity


So, as usual when we're there, we'll eat as much as we want...and in the end, semua pon tersandar kat kerusi...after that, as usual ader sesi bergambar...nasib baik masa tue restoran tue dah kosong, tinggal kitaorang aje yang tak reti-reti nak berambus...so tangkap gambar here, tangkap gambar there...

By the way, kat the flame tue ader orang buat statement berani mati...




"Abang, why are you wearing a necklace?" asked Adik A



"Cos it will make me PRETTY!" said Abang B


Bawah hidung ader misai, bawah mulut ader janggut seciput, will make me pretty konon (sempena hari raya bulan mulia, saya memohon ampun zahir batin kepada Abang B...hahaha)


and we're home, just go to bed early since i'm really tired

Rantai Kontroversi


Today, dengan muka tak malu i asked Zwan to open his house for us since we can't go there last night...so tonight we went to his house...got bihun boreng, nasi with tomyam, kuih2 raya and desserts...they also got kerepek ubi pedas which is my favourite...and apparently it was not just me that like kerepek ubi pedas...and since i'm really hungry, ended up with 2 plates of bihun plus kuih2 raya...

So, thanks to the host yang sudi buat open house today only for us...