Terkejut aku bila baca berita mengenai kemalangan di Kedah yang meragut 8 nyawa termasuk tujuh sekelaurga semalam....takziah la diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat....
Hari nie ader Jobs Fair kat uni...so aku, Hairi ngan Ruslan pon pergi la jenguk kot2 ader peluang part time jobs for summer...tak banyak stall pon kat fair tue...so just isi2 nama kat borang yang derang kasi pastu just tunggu...kalau ader rezeki, derang aka call...pastu singgah Jobzone pulak tengok ader iklan keje yang baru tak...lepas belek2...isi2 borang....pastu blah balik rumah....
Oleh sebab pagi tadi aku tak bekfes, terus masak nasi goreng kampung untuk lunch....tibai sampai 2 mangkuk.....disebabkan suhu sangat sejuk....tanpa sedar terlelap depan tv lepas makan....hehehe...bila tersedar, terus tutup tv, masuk bilik dan sambung tido sampai asar...hahaha...memangla nie catatan harian masa cuti yang sangat bosan dan buruk perangai sebab lepas makan terus tido tak ingat dunia
Catatan Harian Masa Cuti
Post Info
- Shunjike7
- 4:06 PG
- 0 comments
Is It Summer Or Winter?
Hari ahad lepas sehari suntuk hujan turun....pastu semalam kat Birmingham nie punyalah sejuk...pelik pulak rasanya...kalau bulan lepas bukan main panas lagi dengan matahari meancar-mancar, tapi bulan nie asyik mendung dan hujan pulak sepanjang masa...dan pastu rasa sejuk macam dalam winter plak...memang musim bunga tahun nie kureeng sikit rasanya...kalau tahun lepas boleh buat barbeque, boleh berjemur bawah matahari tapi tahun nie tak merasala nak buat macam tue...asyik duduk dalam rumah ajela...
Bosan plak bila dah habis exam nie...tak tau nak buat apa....nak pegi berjalan-jalan, duit takde...nak kena tunggu elaun masuk 2-3 minggu lagi barulah boleh plan nak ke mana-mana....
Post Info
- Shunjike7
- 6:29 PTG
- 0 comments
A Long Holiday
Yeaa....exam dah habis....akhirnya 2 minggu yang penuh penyeksaan dah habis....lega rasanya...rasa macam satu beban dah teralih dari bahu...yang penting sekali otak aku dah kososng sikit....sikit je la...tak banyak pon...takkan nak bagi otak aku kosong terus kot...itu namanya orang kurang waras....
Dengan berakhirnya exam, cuti panjang pon bermula....start dari hari nie sampai awal bulan 10....cuma aku kesian kat Amar ngan Ruslan sebab 2 minggu lagi baru diaorang habis exam...so derang still gigih membaca nota...
Mesti ada yang tanya....aku tak balik Malaysia ke?..errr jawapannya tak pasti lagi....80% aku tak balik dan 20% aku balik....bukannya aku dah tak ingat Malaysia...cuma tempoh aku kat UK nie aku rasa pendek sangat...cuma 3 tahun....so why not take the chance to explore this country and this continent?
Pepun...untuk cuti summer yang sangat panjang, aku tak plan lagi nak buat apa atau nak pergi mana....itupon kalau aku tak balik Malaysia la...tengokla....ingat nak cari part timejob but as i've a big lazy butt, i'll thinking bout it again...but as my bank account are empty, i definitely will find a job .
Pernah nampak kanak-kanak ini? Sekiranya anda pernah nampak budak perempuan diatas, sila laporkan kepada polis dengan segera....untuk pengetahuan anda, budak yang bernama Madeleine McCann ini telah hampir sebulan hilang dipercayai diculik pada 3 mei lalu ketika tido di apartmen yang disewa oleh keluarganya ketika bercuti di Algarve, Portugal....
Kehilangan Madeleine ini mendapat liputan yang meluas dari pihak media British dan juga Europe i think....malah pemain bola sepak terkenal seperti Cristiano Ronaldo dan David Beckham juga membuat rayuan kepada sesiapa sahaja yang melihat Madeleine agar cepat melaporkannya kepada polis...dan juga....a reward of $2.5 million will be given to anyone that found Madeleine...
To find out more, go to this website: http://www.findmadeleine.com/
Post Info
- Shunjike7
- 2:58 PG
- 0 comments
Please and Thank You
waa aku tension....aku tension pasal aku rasa jikalau tiada aral melintang, aku akan kena repeat paper exam yang aku amik pagi tadi....adoiii tak bestnyer....memang teruk giler aku jawab tadi....kalau orang lain aku tengok paling kurang guna 2 answer booklets, malah ader yang sampai 4 answer booklets.....aku plak cuma guna 1 jer answer booklet....so korang bley agak ler sendiri betapa teruknya aku jawab paper exam pagi tadi....
Pastu habis jer exam pagi tadi, balik rumah masak lunch dan terus makan dengan lahapnya....sebab aku tension bebenor....jadi kalau mengikut dari saiz badan aku, aku rasa aku selalu tension....bila tension ajer makan....sebab tue aku jadi sihat....
Habis makan terus layan konsert akhir akademi fantasia....hahaha.... konsert akhir nie bagi aku tak best dan bosan sebab lagu2 semua tak sedap....tapi nasib baik ader Mila and Candy yang perform agak baik...Ebi plak walaupon nyanyian tak berapa sedap tapi dari segi persembahan dia sangat best....paling bosan sekali pada sesi pengenalan para pelajar yang ader pancaragam, pembaling bendera dan juga cheerleaders yang very tak perlu dan hanya mengundang kutukan dari aku....eh bukan dari aku ajer, Hairi ngan Amar pon cakap macam tue jugak....
Yang penting sekali Aswad tak menang....yessss....dan Juara AF buat pertama kalinya menjadi milik pelajar wanita iaitu Mila....akhirnya penonton2 AF yang rajin membuang duit mengundi membuat keputusan dengan bijak dengan memilih Mila sebab dia memang deserve pon menjadi juara berdasarkan bakat nyanyian dia....so tahniah kepada Mila...
Hari nie kakitangan kerajaan mendapat khabar gembira....gaji semua kakitangan awam akan dinaikkan diantara 7.5% dan 35%...elok la tue....sebab dah lama orang gomen tak naik gaji ...tapi kan...aji naik, harga barang2 dapur pon naik...so aku rasa takdela berita gembira sangat pon gaji naik....yang pentingnya, elaun biasiswa taknak dinaikkan ke? :)
Post Info
- Shunjike7
- 2:27 PG
- 0 comments
Satu Kosong
Sebentar tadi baru ajer habis perlawanan akhir FA Cup diantara Chelsea yang menentang Manchester United yang mana dimenangi oleh Chelsea....satu kosong....yeayyy....walaupon aku bukan kipas-susah-mati pasukan Chelsea tapi tadi aku sokong Chelsea....kenapa? entahla....sebab aku tak suka Heinze dan lebih suka Lampard kot....hahaha....
Tapi sebenarnya game tadi bagi aku bosan ajer....tak dramatik pon....ataupon mungkin sebab aku tak minat bola kot....tapi tak kisahla sebab pasukan pilihan aku menang hasil jaringan Drogba dalam masa tambahan....tapi sayangnya aku tak tengok kat tv sebab pi toilet....huhuhu....bila aku terpaku depan tv taknak plak sumbat bola masuk gol....bila aku terhegeh2 pi toilet, masa tue la dia nak sumbat gol...so tengok replay ajela....
so the official result is Chelsea 1 - Manchester United 0
Post Info
- Shunjike7
- 12:45 PG
- 0 comments
1 Down, 1 To Go
Alhamdulillah....aku tinggal seminggu lagi untuk jawab final exam....sekejapnya masa berlalu...tambahan plak macam skang nie yang aku bertungkus lumus untuk study....aku nie jenis last minute study....tapi bukanlah betul-betul last minute....motto aku, study hard and study smart....tak guna kalau study teruk2 tapi tak ingat apa yang dibaca....
Semalam rakyat negeri Perak meraikan majlis perkahwinan Pasangan diraja, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Zara Salim Davidson yang berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar....pasangan itu yang seperti pinang dibelah dua memang sama cantik sama sepadan....memang sudah lama rakyat negeri Perak menunggu akan perkahwinan Raja Nazrin....sebagai Raja Muda, iaitu bakal menjadi Sultan Perak selepas Sultan Azlan Shah, Raja Nazrin perlu berkahwin...jika tidak, tidak lengkaplah seorang Sultan tanpa Permaisurinya...
Pastu kat Malaysia skang nie ader kisah pasal keracunan makanan kat sekolah2 seluruh negara....sana sini ader keracunan makanan....haiyoh....dah jadi macam PESTA keracunan makanan plak rasanya.....jadi apa agaknya tindakan kerajaan, terutamanya Kementerian Pelajaran dan juga Datuk Hishammuddin Hussein sebagai menterinya dalam menangani gejala keracunan makanan nie....adalah dikatakan banyak kes2 yang berlaku nie berpunca daripada susu bantuan yang dibekalkan disekolah2....jadi apa sebenarnya yang terjadi kepada susu yang dibekalkan itu?....
Heh teringat aku zaman dulu2 masa sekolah rendah....aku pon dapat jugak susu bantuan tue....best woo minum susu tue...sedap giler...tapi bukan yang susu putih tue la...tapi susu coklat...dan paling best sekali, budak2 yang dapat susu bantuan akan keluar rehat 10 minit awal dari budak2 lain....hahaha
Sumber Foto: Bernama
Post Info
- Shunjike7
- 1:52 PTG
- 0 comments
Selamat Hari Guru
Hari adalah sambutan Hari Guru...so aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu aku dulu dari tadika sampailah sekolah menengah...dan tak lupa juga kepada cikgu-cikgu lain macam Cikgu Nurul, Cikgu Hayad dan juga semua orang yang bergelar guru di Malaysia...
"By learning you will teach, by teaching you will learn. Happy Teacher's Day"
Itu aje...
Post Info
- Shunjike7
- 3:59 PG
- 0 comments
Saya Sibuk
Aku sekarang memang sibuk...sibuk aku mengalahkan orang yang nak berkahwin mahupun orang yang sibuk menghabiskan kerja sebelum deadline...aku skang nie sibuk baca buku...tak lama lagi final exam...errr 2 hari lagi kira lama la kan? hahaha...
Ok, pastu skang nie satu dunia dah tau yang Tony Blair, Perdana Menteri Britain nak letak jawatan 27 Jun, kiranya bulan depan la...well ekceli kat UK dari last two weeks lagi dah kecoh pasal Blair nak letak jawatan cuma tak tak confirm tarikhnya bila...so bila dia umumkan semalam yang dia nak letak jawatan, semua orang tak terkejut pon...tapi kan, yang menjadi topik perbualan skang nie adalah pasal Gordon Brown...iaitu calon utama yang bakal menggantikan Blair sebagai Perdana Menteri...dia dikatakan berperangai atau berpendirian sama atau lebih teruk dari Blair...dan ini bukan aku cakap...ini apa yang aku dengar orang putih kat universiti yang cakap...kalau betullah Gordon Brown nie lebih kurang macam Blair aje...nampaknya makin rosakla dunia ini...so just wait and see...
pastu dalam Redbrick minggu nie, ader berita tergempar...pada hari rabu lepas, ader satu serbuan yang dibuat oleh pihak polis kat Victoria Hall...memang aku taktau langsung pasal berita nie...kan aku dah cakap yang aku sibuk...dengar khabarnya dari serbuan tue, seorang lelaki telah ditangkap kerana disyaki lelaki itu terlibat dalam kejadian pengeboman London pada 7 julai 2005...ish ish ish...memang terkejut la...selepas hampir 2 tahun kejadian tue berlalu tapi still ader tangkapan yang dibuat...(baca lebih lanjut disini)
Tapi yang membuatkan aku terkejut lagi adalah tempat serbuan tue, iaitu di Victoria Hall....Victoria Hall tue terletak betul2 kat pintu masuk universiti aku dimana kat situ majoriti penghuninya adalah pelajar universiti aku...tapi Victoria Hall tue bukan kepunyaan universiti tetapi adalah private hall...tapi menurut berita yang aku baca kat Redbrick, lelaki itu bukanlah pelajar universiti aku tetapi hanya mengunjungi kawan dia kat Victoria Hall tue...hai nasib baik bukan...kalau tak, tercemar nama universiti aku...dan paling penting sekali semua penuntut Muslim kat universiti aku tak terjejas...dahla nak dekat final exam dah nie...
Oh, lupa plak nak cakap...Redbrick tue adalah suratkhabar mingguan milik persatuan pelajar universiti aku yang keluar setiap hari jumaat...pelbagai isu melibatkan universiti aku akan disiarkan...selain tue ader juga beberapa segmen lain macam hiburan, sukan...pendek kata macam suratkhabar biasa...dan tebalnya lebih kurang macam The Sun yang kat KL tue...dan juga Redbrick nie free...dan skang nie Redbrick nie telah maju setapak lagi dengan mempunyai websitenya sendiri (www.redbrickonline.co.uk)...
So, aku nak pi sambung study nie....aku rasa dalam 1-2 minggu nie mungkin jarang aku update kot...dan juga kepada sesapa yang datang melawat ke sini, thanks a lot...by the way mungkin lepas exam baru aku akan melawat ke blog korang...
Post Info
- Shunjike7
- 3:38 PG
- 0 comments
Makan Sampai Kembung
Hah, petang tadi kitaorang makan dekat Restoran Momo's, kat Small Heath...ader orang belanja so ikut ajela...kalau ikutkan hati nie, malas sebenarnya nak join tapi takut nanti ada yang berkecil hati jadi ikut sajalah...rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari bak kata orang Melayu...
Restoran tempat kitaorang makan tue menghidangkan masakan Arab...makanannya tidaklah sesedap mana tapi tidaklah pula teruk...bagi aku...value for money...lagipon mungkin jugak masakan Arab memang begitu rasanya...yerla first time aku makan makanan Arab...sebelum nie mana pernah...tapi seriously bagi sesapa yang sangat lapar dan yang berperut besar seperti aku, aku rasa kedai nie memang best...
Sebab apa aku kater best?...sebab makanannya murah dan banyak...starters kat kedai tue hanya berharga 2 pound manakala main course pulak berharga 4 pound...macam tadi kitaorang amik Hummus ngan Falafeel sebagai starters manakala untuk main course pilih sendiri...Hummus tue adalah sejenis kacang yang aku tak ingat namanya, yang ditumbuk lumat sehingga menjadi seperti dip, lebih kurang macam mayonis la...dan Hummus tue dimakan dengan roti nan...pastu falafeel tue plak adalah kacang dal (kalau tak silapla) yang digumpal2 dan digoreng...
untuk main course, aku amik 1/2 roast chicken yang dihidangkan bersama nasi beriani...tapi aku tak rasa nasi beriani pon, rasa macam nasi minyak kot...mak aih...banyak giler nasi yang dia bagi ...aku rasa macam lebih kurang 3 pinggan nasi kot...pastu dengan 1/2 ekor ayam lagi...memang best...atas nasi tue dia letak macam kari yang ader sayur2 campuran dalam tue...memang kenyangla makan satu pinggan hidangan tue...err dia kata pinggan tapi macam mangkuk tambah nasi aje bentuknya...
burpp...memang perut mengembungla...kalau nak tahu, orang Arab memang makan banyak...sebab tue kalau pergi Restoran2 Arab, memang hidangan2 dia banyak dalam satu pinggan tue...kalau orang Melayu makan 2 keping roti canai, orang Arab akan makan at least 4 keping...
Pepun thanks la kepada orang yang belanja...lenkali belanja la lagi...
P/s: to Azwan, sori sebab tak ajak pasal bukan aku yang belanja...aku ikut orang lain aje...
Post Info
- Shunjike7
- 6:45 PG
- 0 comments
Penulis blog perlu diklasifikasikan
KUALA LUMPUR 5 Mei – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata, Malaysia perlu mengklasifikasikan antara penulis blog profesional dan bukan profesional sebagai satu mekanisme untuk mengawal laman blog daripada disalahgunakan.
Ini kerana bagi beliau penulis blog yang profesional adalah mereka yang berasa lebih bertanggungjawab memastikan bahan yang mereka siarkan adalah bahan yang benar dan bukan sekadar khabar angin.
“Pengklasifikasian ini juga akan memudahkan untuk tindakan diambil terhadap mereka yang didapati melanggar undang-undang negara,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Zainuddin berkata, jelas berlaku di negara ini bahawa ada pihak tertentu yang telah menyalahgunakan laman blog untuk kepentingan individu dan kumpulan mereka, termasuk menyentuh perkara yang termaktub dalam Perlembagaan negara seperti soal agama dan perkara yang menimbulkan rasa kurang senang kalangan masyarakat berbilang kaum.
“Yang ini kita perlu kawal. Kita bimbang ia akan disalahgunakan oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri untuk menyebarkan fitnah.
“Seharusnya ada satu mekanisme untuk mengawal perkara ini termasuklah dengan mengklasifikasikan antara bloggers (penulis blog) profesional dan juga yang bukan profesional,” katanya.
Zainuddin berkata, perkara itu penting bagi membolehkan rakyat menentukan sama ada sesuatu perkara itu boleh dipercayai atau tidak, dan sama ada bahan yang disiarkan itu adalah sesuatu yang tepat atau hanya berdasarkan khabar angin, yang sebahagiannya boleh menimbulkan rasa kurang senang sehingga menjejaskan perpaduan.
“Kita tidak mahu ia berlaku di negara kita, kerana mempercayai berita yang berasaskan khabar angin hanyalah amalan kita sebelum negara memiliki sistem akhbar, dan ia amat berlainan dengan zaman ini yang mempunyai akhbar serta televisyen untuk menyebarkan maklumat,” katanya.
Menteri itu berkata, dalam lawatan beliau ke Perancis baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Nice-Matin Press Group, Michel Camboul turut membangkitkan mengenai perlunya kerajaan negara itu mengklasifikasikan penulis blog dan menyuarakan kebimbangan beliau mengenai laman blog yang memberi kesan kepada pengedaran dan pembelian iklan akhbar di sana.
Zainuddin berkata, di Malaysia, Internet belum digunakan secara meluas oleh rakyat dan jika laman blog dijadikan alternatif sehingga akhbar terpaksa memberhentikan operasinya, masyarakat luar bandar yang masih bergantung kepada akhbar akan dinafikan hak mereka untuk mendapatkan maklumat.
Beliau turut mengingatkan penulis blog supaya tidak menyentuh atau menyalahi perkara yang telah menjadi konsensus penduduk berbilang kaum di negara ini seperti kedudukan dan hak istimewa orang Melayu, Raja-Raja dan agama Islam, dalam tulisan mereka demi memelihara keamanan dan keharmonian negara.
Sumber : Utusan Malaysia
Post Info
- Shunjike7
- 6:31 PG
- 0 comments
Malaysia Yang Kelakar
Nampaknya sekarang ader satu isu baru yang timbul kat Malaysia...tetapi isu nie aku rasa kelakar la sebab tak lama dulu ader satu isu jugak timbul kat Malaysia tapi sampai sekarang masih taktau akan puncanya....isu yang heboh kat malaysia nie adalah isu kekurangan minyak masak paket 1 kilogram...aku baca pasal isu nie kat website Utusan Malaysia hari nie (baca di sini)
hai tak ke pelik tue?...tetiba plak isu nie bley timbul...ermm isu nie bagi aku lebih kurang jugak macam isu yang timbul masa akhir tahun lepas iaitu isu kekurangan gula kasar...kan lebih kurang sama ajer...minyak masak - gula kasar...bukankah kedua-dua bahan adalah barang penting dalam list senarai keperluan dapur?...kesian kat makcik2, nenek2, kakak2 yang penat2 buat list barang yang nak kena beli kat pasar/kedai... pastu tetiba apek kedai tue cakap "Alo amoi ah, itu balang ah...tarak woo...tarak stok"
Dalam kes gula dulu kan, sampai sekarang pon taktau apa pasal tetiba ajer bekalan tadak...peruncit tuduh pembekal kurangkan bekalan...pastu pembekal plak salahkan peruncit yang sorokkan gula tue...pastu dalam kes minyak masak nie plak khabarnya salah pemborong, pengilang dan pengedar yang memperlahankan bekalan dengan alasan harganya telah naik...selain tue peruncit plak cakap derang takmau jual sebab tak dapat banyak untung...so salah sapa sekarang nie?...yang kerajaan plak macam tadak tindakan aje...ke aku yang tak nampak kerajaan bertindak?...entahlah...yang penting famili aku kat Malaysia tak terjejas pon ngan krisis kekurangan minyak paket nie pasal dok pulun pakat minyak masak botol sri murni yang melalui 2 pemeringkatan...hahahaha...
Pastu ader satu lagi berita dalam website Utusan Malaysia hari nie mengenai buaya mengganas...tajuknya 'Elak ceroboh habitat buaya'...erm nie semua gara2 tindakan buaya2 yang mengganas di Sarawak...dimana bulan lepas terdapat tiga kes serangan buaya ke atas manusia yang dua kes daripadanya berakhir dengan kematian...dan satu daripadanya adalah kematian seorang pekerja pembalakan...
Hai kesian buaya2 tue...derang tak bersalah...nak buat camna...dah sumber makanan derang skang nie terhad akibat aktiviti2 manusia seperti pembalakan dan penerokaan...jadi apabila makanan takdak, derang makan la manusia...kalau tidak, tak lalunya buaya tue makan manusia pasal banyak lemak...lagi satu, buaya tue mana ada akal macam manusia, so dia bedal ajela manusia yang terhidang didepan mata...
Tapi itula, sepatutnya la kan...buaya tue jangan makan pekerja pembalakan tue...sebabnya pekerja hanya makan gaji aje...yang buaya tue patut makan adalah tokei syarikat pembalakan tue...pasal derang tue yang sebenar-benarnya pemusnah hutan dan perosak habitat buaya tue...lagipon derang tue kaya...bila kaya mesti gemuk...bila gemuk lagi banyak isi yang ada kat badan tokei tue yang boleh dijadikan santapan oleh buaya2 tue...
Heh...tetapi ini pandangan aku aje...so kalau yang tak setuju ngan aku, sukati korangla
Post Info
- Shunjike7
- 4:02 PG
- 0 comments
Mengenai Saya
- Shunjike7
- Lembah Bernam, Perak, Malaysia
- aku nie seorang yang kuat makan, kuat tido dan tak suka belajar...
Labels
- ADV xxxx (1)
- Afrika Selatan (3)
- Argentina (1)
- Bad Mood (1)
- Batu Kurau (1)
- Belanda (1)
- Bernam 22 (3)
- BookCafe (1)
- Brazil (1)
- Bukit Jana (1)
- Catatan Kenangan (1)
- Cuti Sekolah (1)
- Cuti Semester (2)
- France (1)
- Geng Ayu Tapi Ganas (1)
- Geng Gila2 (1)
- Geng Otai (1)
- Geng Serumah (2)
- German (2)
- Ghana (1)
- Jenjalan (1)
- JPJ (1)
- K'naan (2)
- Kenduri Kawen (1)
- Kg. Baru (2)
- KL (3)
- Kolej (1)
- Lagu (1)
- MPHOnline (1)
- Nancy Ajram (1)
- PTS (1)
- Ramadhan (3)
- Road Tax (1)
- Rumah Sewa (2)
- Selesema (1)
- Semester 5 (6)
- Setiawangsa (2)
- Shah Alam (1)
- Shakira (1)
- shopping (1)
- Syah Jihan (1)
- Tg. Malim (3)
- TV3 (1)
- UPSI (2)
- Uruguay (1)
- Video (1)
- World Cup 2010 (6)