Grab the RSS feed

Ramalan Sifat

Ramalan untuk sesaper yang lahir bulan disember, bulan aku lahir ke donia.kalu nak baca ramalan-ramalan untuk bulan kelahiran yang lain, klikla kat Rahsia Bulan Kelahiran oleh Datuk Dr Fadzilah Kamsah

Bulan Disember

* sangat setia dan pemurah

-erm, aku nie memang peminat setia citer shin chan. tak ketinggalan drama-drama korea ngan jepun. memang aku nie setia sungguh tgk citer-citer camtue. pemurah? ader kot sesikit macam murah ngan senyuman...kesimpulannya yang ramalan ini benar melainkan yang benar sahaja...

* bersifat patriotik

-yang nie memang takleh di sangkal lagi sebab aku memang cintakan tanah air aku iaitu UK MALAYSIA. sapa berani kutuk negara aku, siapla dia akan di tibai oleh aku...

* sangat aktif dalam permainan dan pergaulan

-ramalan ini memang tepat sekali sebab aku memang aktif dalam permainan. contohnya permainan yang aku aktif bermain adalah sim city, need for speed underground, prince of persia dan lain-lain lagi. dan kalu dalam pergaulan, nak kater aktif tue, takdela aktif sangat. biasa-biasa sajork...

* sikap kurang sabar dan tergesa-tergesa

-mana ader aku tak sabar dan tergesa-gesa. selalunya aku sabar tau. sabar tu kan separuh daripada iman. kalu kurang sabar, maksudnya aku punya iman sikit jela. mungkin 1/3 atau 1/4 daripada iman aku...ish, tak baik tol dia buat ramalan cam nie.

* bercita-cita tinggi

-salahnya ramalan nie. aku mana ader cita-cita. so automatiknya tak tinggi la cita-cita aku. camna nak tinggi kalu dah takder cita-cita.

* suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi

-nie pon salah jugak sebab kalu bley aku taknak la jadi orang berpengaruh. jadi kuli pon ok gak pasal takder tanggungjawab yang perlu di pikul. tapi kalu dah ader orang pengaruh aku jadi orang yang berpengaruh, semestinya aku akan terpengaruh ngan cadangan pengaruh ittew. takkan ditolak plak rezeki yang datang

* seronok bila di dampingi

-hai, ini pon salah jugak. aku cukup tak suka di dampingi sebab tue aku tak banyak kawan oleh orang-orang yang aku tak kenal. kalu orang-orang yang aku kenal tue, lainla.

* suka bercampur ngan orang

-ni lebey kurang macam kat atas tue jugak. aku memang tak suka bercampur ngan orang lain walaupun aku suka makan nasi campur. tapi sayur goreng campur aku tak makan. aku lebey suka bersendiri

* suka di puji,di beri perhatian dan di belai

-yang nie plak, betul kot. masalahnya takder orang nak puji dan belai aku. apatah lagi nak beri perhatian kepada aku. so, terpaksa la aku puji, belai dan beri perhatian kepada diri sendiri.

* sangat jujur, amanah dan bertolak ansur

-confirm yang ramalan nie betul. contohnya kalu masakan seseorang tue tak sedap, aku akan kater tak sedap walaupun aku akan tibai 2-3 pinggan sampai abis makanan tue.memang jujur kan aku nie? sifat amanah tu tak yah cakap la.memang amanah aku nie. kpm bagi duit datang UK nie suruh belaja, aku pun dengan tekunnya mendonlod sambil tgk citer korea ngan jepun belaja ngan bersungguh-sungguh.

* tidak pandai berpura-pura

-nie pon lebey kurang yang kat atas tue. kan aku nie jujur orangnya, automatiknya aku nie tak pandai berpura-pura

* cepat marah

-yer, tepat sekali. aku nie memang suka marah. kalu ader yang berani cari pasal, siapla korang. mahu ader yang kene telan ngan aku nanti (itu kalu daging korang rasa cam ayam la. kalu rasa cam daging kucing, tak dapatla aku telan).kesimpulannya, jgn buat aku marah.

* perangai yang mudah berubah-ubah

-yang nie, entahla. betul kot. kadang-kadang aku kebudak-kebudakan. kadang-kadang kedewasa-dewasaan (matila aku fail BM). kadang-kadang macam orang bodo pon ader gak.

* tidak ego walaupon harga dirinya sangat tinggi

-tepat sekali ramalan ini. aku nie memang takdak ego. walupon aku nie mahal, aku tetap akan berkawan ngan orang yang takder harga diri. kesian kat korang semua yang nak beli aku tapi tak mampu. lain kali kumpul dulu banyak2 duit, pastu baru bley beli aku occay?
* benci pada kongkongan

-aku memang tak suka di kongkong. buat per nak kongkong aku. tak der keje ker nak kongkong aku?

* suka berlawak

-eh, takla. aku mana suka berlawak. lagi satu aku nie mana pandai berlawak. kalu aku buat lawak pon, lawak aku tak der orang faham nyer pasal lawak aku lawak berkelas gitu. kalu ader pon orang2 yang berkelas jer yg faham lawak aku.

* berfikiran logik

-betul pon ramalan nie. sebab aku kalu nak buat aper2, aku akan fikir kelogikkan benda tue dulu. kalu tak logik, aku akan pertikaikan mende tue.



so, apa yang bley di simpulkan dari ramalan sifat diatas? aku rasa memang tak leh cayer ramalan-ramalan yang di buat. sebab tak semua betul. kalu yang betul pon aku rasa hanya kebetulan sajork.